KUALA LUMPUR – Siapa sangka filem komedi romantik gandingan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang mendapat gelaran Golden Couple in Bollywood menerusi filem berjudul Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood di negara ini.
Sambutan itu dapat dilihat apabila Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Panggung Sabtu pada 11 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta menurut sumber daripada Nielsen Audience Measurement.
Menurut sumber rasmi daripada Media Prima Berhad yang menaungi TV3, slot Panggung Sabtu di TV3 itu terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan ceita yang bagus, malah tiada siapa dapat menyangkal kehebatan dan keserasian di antara pelakon popular Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee.
“Filem Kuch Kuch Hota Hai merupakan filem Hindi box-office pada tahun 1998 yang berjaya menarik perhatian para penonton bukan sahaja melalui gandingan tiga pelakon popular terbabit tetapi juga jalan cerita serta lagu-lagunya yang menarik,” kata sumber rasmi TV3 tersebut. – mynewshub.my
P/s Zie pun layan.. sampai mengaliaq ayaq mata... huk huk huk







15 comments:
masa ni kajol cuteeeeee sgt..k.atie sukerrr!
masa tgh ngetop cite ni kak fieda baru kawin kot rasanya...mmg best pun cite ni..
nana xingat dah jalan cerita dia...dekat tv3 baru neh nana xnengok pun,hee....da siap download da,tp xnengok2 pun lagi ceritanya...:)
citer febret lya... tiap kali tgk msti nngis.. klp dulu..msa kecik2 la.. bla psg j lagu dia..msti siap menari skali.. krn citer ni gak..lya smpai ponteng kerja sabtu hari tu.. hehe..
Hope lepas nie cerita Mohabbatin . HAHA ,
Sayalah tu slh sorg..hihii.. 10 kali tgk pun nangis lg..hihii
Itulah masa ni rambut ku yg panjang pun dpotong pendek macam kajol heheheh
oh ye ker? saya baru lapan belas kak.. hehehe budak sekolah lagi..
tengok tau jangan tak tengok
ooo kelas kau lya.. sampai ponteng keja. heheheh memang ada video tapi malas nak pasang, kalau siaran penuh tu.. layan je lah kan
emm ok gak tu... layan jugak
hahah memang menangislah...
Salam..
Ingat lagi tak kita tengok video kat umah i cerita nie..?
Masa tu video tau bukan cd..hehe..cer ingat...
emm ingat2 lupa.. tapi i ada beli Video apa yek kat pasar malam rumah u tu? emm Dil to Pagal Hai kot... video pertama dan terakhir.. hehe
mmg best cerita ni.. dulu siap ulang2 tgk. tp sejak akhir2 ni kurang minat pula cerita hindustan. citarasa dh berubah agaknya ;)
Post a Comment