
“Sebagai seorang isteri, saya faham dengan status Ashraf. Sebagai seorang pelakon sudah pasti ada peminat yang akan menegur atau ingin mengambil gambar dengannya apabila kami berjalan bersama nanti. Selagi Ashraf menjaga batas-batasnya, saya tidak ada masalah. Tetapi, jika dia melebihi batas, siaplah dia!” ujar Dayana yang ditemui ketika majlis resepsi pasangan ini Sabtu lalu.
Dalam masa yang sama, Dayana juga mengakui dia dan Ashraf sebenarnya masih dalam peringkat saling mengenali di antara satu sama lain. Ini kerana walaupun mereka sudah berkenalan hampir dua tahun sebelum berkahwin, tetapi mereka tidak bercinta seperti pasangan lain.
“Kami ini boleh dikatakan bercinta selepas kahwin. Jadi, saya masih dalam proses berkenalan dengan Ashraf dan juga keluarganya. Begitu juga dengan Ashraf. Walaupun begitu, saya mengharapkan perkahwinan kami ini akan kekal sepanjang hayat,” ulas Dayana lagi.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 April lalu setelah sering menghabiskan masa bersama di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah yang diusahakan oleh ayah Dayana bersama Ashraf. Pada majlis pertunangan tempoh hari, Ashraf akan memberitahu yang dia mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan Dayana bagi mengelak daripada menjadi buah mulut orang di sekeliling.





Alhamdulilah, pelakon Faezah Elai telah sah bergelar isteri buat pengarah drama, Heykal Hanafiah dalam majlis penuh gilang gemilang, sekitar pukul 3.30 petang tadi, di Pulang Pinang.
Heykal Hanafiah dengan sekali lafaz mengikatkan tali perkahwinan mereka beserta dengan mas kahwin sebanyak RM1100 tunai. Faezah Elai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture turut menerima set barangan kemas bertatah berlian “Hearts On Fire” daripada Habib Jewels.








No comments:
Post a Comment