Pagi di Danau Toba, Internasional Cottage Parappat, Sejuk gila kami malam tu memng tidur tak payah berekon bagai, memang sejuk sampai ketulang... bangun pagi auuu macam tak mau mandi... tapi nak ke destinasi seterusnya kenalah bangun awal bersiap...
Permandangan di waktu pagi dari bilik kami
lepas check out wajib posing dulu
Sarapan ditepi tasek harus berfoto dulu ye pakk

lepas tu kami gerak untuk naik boat ni kami nak ke Simarjarunjung
Naik Boat dalam 20 minit
Sampai disana banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderahati , baju kain pasang kain batik dan lain-lain.
Sedikit penerangan dari Tour Guide disana
Lepas habis melawat dan shopping serba sedikit kami kembali ke Danau Toba untuk makan tengahari...
Ha ni restoran dia... lepas makan kekenyangan kami solat lalu berangkat ke Parapat
Cantik Permandangan disini dan sejuk pulak tu

























































