
Perkahwinan
merupakan sesuatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah.
Perhubungan suami isteri merupakan satu rahmat dan tanda kebesaran Allah kepada
umatnya
Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat
dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada
suami ataupun dari pihak isteri.
Pasangan seharusnya menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu perkongsian
hidup dua insan berlainan jantina dan mempunyai latar belakang yang berbeza.
Akibat perbezaan itu, ia mempengaruhi cara berfikir, sikap, nilai dan cita rasa
individu dan seterusnya menimbulkan perselisihan faham dan pertelingkahan.
Menurut Kaunselor Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat, Nor
Shadira Jamaluddin perselisihan faham boleh dielakkan sekiranya kedua-dua belah
pihak saling menghormati.
"Dalam kehidupan normal, mana mungkin tidak berlaku pertelingkahan bak
kata P. Ramlee sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula suami isteri,''
ujarnya tegas.
Katanya lagi, dunia rumah tangga boleh diibaratkan seperti air lautan ada
pasang surutnya. Ada masa air laut bergelora dan ombak akan mengganas
menghempas pantai.
"Begitulah juga dalam kehidupan berumah tangga ada masa kita gembira serta
bahagia dan kadangkala pula dirasakan rumah tangga begitu membosankan sehingga
berlaku pergaduhan,'' ujarnya lagi.
Walau bagaimana rapatnya hubungan suami isteri, pasti akan berlaku
pertelingkahan kecil atau terbitnya rasa tidak puas hati kerana perkara seperti
ini mudah berlaku ibarat lidah dan gigi
pasti akan tergigit juga.
Namun, yang membimbangkan ialah sekiranya perkara seperti ini tidak
dibendung akan mengakibatkan hubungan suami isteri retak dan seterusnya hancur.
Seharusnya dalam pergaduhan antara pasangan,
jangan ungkit perkara-perkara yang telah berlaku.
"Hal sedemikian hanya akan menimbulkan lagi kemarahan antara pasangan,
sebaliknya salah seorang perlu bertindak mendiamkan bagi mengelak keadaan terus
panas,'' katanya lagi.
Katanya, dalam pergaduhan, kadang kala ia boleh mematangkan perhubungan suami
isteri.
Namun harus diingatkan supaya elakkan
perselisihan di hadapan orang lain termasuk anak-anak kerana ia akan
membuatkan mereka mengikuti perangai yang tidak baik itu.
Dalam perkahwinan kita terpaksa berkongsi segalanya dan melalui perbalahan,
kita akan tahu kelemahan dan kelebihan suami atau isteri namun harus diingatkan
supaya tidak menggunakan bahasa yang kesat.
"Walaupun pedih disakiti pasangan
namun jangan sesekali mengeluarkan
kata-kata yang kotor,
lucah, mencarut kepada pasangan sebaliknya berfikirlah
secara bijaksana," katanya.
Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang
berkisar perkara kecil atau remeh-temeh
boleh berlarutan kepada 'perang dingin' atau krisis lebih besar.
apabila kita
berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu
suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf
dulu.
Cara paling baik ialah, tak kira siapa pun yang bersalah
dalam hal tersebut, katakan saja pada
pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.
Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan
lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan
tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras
masa berbalah tadi.
Jadi jangan tunggu lama-lama dan ikuti saranan ni ya setiap kali kita ni naik angin..
Cute pulak Karikator ni... i Like
Kebetulan 2 Girl dan 1 boy dan abah pakai cermin mata.. comey comey..
Doa keluarga bahagia Semoga keluarga Kita terhindar dari perkara yang tidak diingini Aammiin
sumber