STICKY POST
Selamat Hari Raya untuk semua kawan2 yang mengenali diri ini secara langsung ataupun tidak, mohon ampun dan maaf sekiranya, terdapat silap dan salah sepanjang perkenalan kita dialam maya ini moga kita akan bertemu kembali selepas cuti Raya...mungkin hari ni dah ada yang bercutikan, Zie tahun ni cuti raya tak yah aply coz masih diberi cuti... lepas raya baru masuk kerja.. jimat cuti kan.. hehehe
ok kepada yang jauh perjalan semoga selamat tiba ke destinasi yer.. mudahan dapat bersua dengan insan2 yang disayangi.
Kad untuk tahun ni huhu simple jer? nak tengok kad tahun lepas
SINI ni gambar tahun lepas, maknanya baby Rayyan belum muncullah, emm tak pa, tahun ni berlima,
Macam tahun2 sebelumnya, raya balik rumah abang, dulu ada mak, sekarang mak duk Parit Panjang so, lepas solat Raya baru gi rumah mak dan ayah. Pastu plan nak balik Air Itam Kedah hari Raya kedua.
( semua ni plan jer, hari raya esok maybe berubah ikut waktu)
So pada kawan2 kalaulah terselisih kat jalan tau kat stesyen minyak ker, kat rumah sedara yang kita singgah ker, jangan lupa tegur yer... maklumlah kenal kat alam maya ni kadang tu tak berapa nak pastikan, dan kalau cam anak2 zie pun jangan lupa cari mama dia.. hehehe..
sELAMAT hARI rAYA dari Khalish Rayyan Jugak
pose istimewa untuk semua.