Saturday, 5 May 2012

Russian Black and White Cake

Macam tak berapa nak jadi jer... 
heheh apapun rasanya memang terbaikkk..
sedap sangat.... 
rasa cokelat dengan cheesenya yang memang kena gabungannya..
membuatkan kita nak lagi bila makan...
Tapi kek kan.. sepotong je pun dah cukup....

Kek Untuk Diri sendiri sempena Anugerah APC...
heheeh buleh gitu?




Russian Black n White Cake
Jemput makan....

Lain kali boleh cuba lagi memang tengah belajar lagi... mungkin percubaan seterusnya lebih menarik...
boleh tiga layer jer kalau 4 lagi cantik...

p/s :
Hari Isnin Zie dan Suami akan berangkat ke KL doakan kami selamat pergi dan balik yer...
Jadi jugak nak kesana selepas berfikir panjang.... emmm bila lagi kan nak amik anugerah ni sendiri bukan selalu dapat kan... terima kasih pada kawan2 yg ucap Tahniah... mudahan Allah membalasnya...

Friday, 4 May 2012

Kelebihan Al-Qur'an



Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke surga atau ke neraka.

Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan quraan dan hadis tentang faedah2 membaca al quraan. Di antaranya:


1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, 

2. Mendapat tempat istimewa diakhirat  dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 

3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.

4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat

5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut

6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw

7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat

8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan

9. Mententeram jiwa yang resah

10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi

11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".

12. Dapat membina akhlak yang baik

13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim) 

14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.

15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.

16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan. 

17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. 

18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.

19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.



Thursday, 3 May 2012

APC eh biar betul..

Alhamdulillah, nampaknya macam dah ok... hari ni dan semalam.... memang diikutkan abah dah tak mau hantar kat situ... tapi mama berkeras nak hantar jugak... ye lah nak cari pengasuh baru bukan senang... tambah2 Dania dah besar... takut banyaklak ragam dia nanti..

emmm semalam hantar jugak ke TASKA tu, abah kata kalau ada lagi komplain pasal Dania itu ini, dia nak tarik diri terus... sib baik tiada komplain... walaupun kesan gatal itu masih ada tapi tak ada air bisa pun... takan lah boleh jangkit... kalau dikatakan berjangkit jugak memang tak tahu Cikgu jenis apa lah ni....

Hari ni masih lagi hantar Dania kat situ... semoga semuanya kembali normal....

Dan kemarahan abah semakin reda...( rupanya abah pun memang dah tak tahan dengan Taska tu, mama baru tahu...) ye lah sebelum ni apa2 sket cikgu2 tu akan berhubung dgn abah, maksudnya kalau nak mintak apa2 pertolongan atau apa2. Manalah tahu dia pun dah bosan dengan depa...

mama dah kool dah hehehehe.... Done selesai dah bab Dania.....


Masalah kedua.....


Semalam dapat berita baik, Zie dan 2 lagi rakan sekerja telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) bagi tahun 2011
Yahoooo... hehehee gembira bagai...
memang tak pernah target pun nak dapat tapi Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami bertiga...so terimalah sebagai penghargaan... setelah 5 tahun bekerja... amin..

Tapi masalahnya funtion tu kat KL... alamak hai nak kena berangkat lah pulak gi sana.... minggu depan 8hb..
yg dua kawan tu sorang gi naik fligt coz ada kerja yg perlu dia balik awal... yang sorang lagi tak boleh pi coz ada Kursus Induksi...

so tinggallah Zie sorang...ingat macam nak pi tapi tak laratlah..... nak gi jalan jauh2..
Apapun tengah pk...


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers