Sunday, 21 August 2011

Tart Nenas Gulung & Semperit


Dah Buat Kueh raya? Tahun ni macam biasa tak pernah lupa buat Biskut yang dua ni...
menjadi kesukaan zaman-berzaman.... suka betul dengan tart nenas gulong ni...
hampa semua pun mesti suka punya.. maklumlah biskut ni kurang manis...
gebu dan enak dimakan. begitu jugak dengan semperit...
menjadi kesukaan sebab kegebuannya..
perhh bila masuk mulut hanyut jer...
relai sekelip mata....



Kira tahun ni ada permintaan kawan-kawan so beranikan diri untuk buat serba sebalang dua untuk kawan-kawan.. Alhamdulillah sudah siap dan esok akan diedarkan... emm seronok bila dah habis... lega...




Jom Layan tengok dania makan kueh raya...
Ni gambar pagi tadi.. bangun tidor mama nanak....
sambil tarik tangan mama suruh amik kueh tuu.
lepas satu satu dia makan sampai 4 biji... emmm sukalah tu.....


Muncung mulut Dania di penuhi biskut semperit mama


Mama, nak gi...
Dapppp

Nasi Daging dan Air Asam


Salam Semua ha hari ni menu ringkas tapi menyelerakan... tak pernah pun buat...nasi daging ni... biasalah search jer pastu dapat resipi nasi daging ni... tak pernah pun cuba.. bila cuba menjadi lah pulak tu yang nak share tu..

Diubah mengikut selera Zie

Bahan A

2 pot kecil beras ( beras basmati atau beras biasa pun tak pa)

Setengah kilo daging dihiris nipis

2 sudu makan rempah kurma

1 helai daun pandan

½ cawan susu cair

1 sudu tomato puri

2 helai daun limau perut

Garam secukupnya.

1 Sudu kecil gula

1 Sudu minyak sapi

Bahan B

1 Biji Bawang Besar (dikisar)

3 Ulas Bawang Puteh (dikisar)

½ Inci Halia (dikisar)

Kulit Kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang

1 Batang Serai diketuk

Cara-cara

Daging direbus didalam periuk yang berasingan sehingga daging lembut.

Panaskan minyak sapi didalam periuk, kemudian tumiskan bahan B hingga wangi, masukkan rempah kedalam periuk, Bila sudah naik minyak masukan daging bersama air rebusanya tadi, masukkan juga pes tomato dan daun pandan, dan serai, masukan beras yang telah dibasuh tadi, kacau rata.. jangan lupa masukan gula dan garam biarkan seketika serta tuangkan susu bersama daun limau purut dan masak beras hingga masak dengan sempurna.

Bahan untuk Air Asam

1 biji cili besar

7 biji cabai Melaka

Seketul belacan sebesar ibu jari

Garam, gula,perasa

Tumbuk cabai seperti biasa

1 biji bawang besar dimayang

1 biji buah tomato dimayang

Air asam jawa / air perahan limau nipis/ kasturi

Masukan kedalam mangkuk gaul rata..

Selamat Mencuba…


Saturday, 20 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Kat Opis aku

Alhamdulillah, setelah selesai Khatam Alquran disiang harinya malam tu kami adakan majlis berbuka puasa kat Ofis pulak... Menu utama Nasi Daging.. kueh mueh lebih kepada juadah yang dibawa oleh kami sendiri.. masing-masing ada menu tersendiri... termasuk aku... Menu aku laksa... tapi taaak cukup untuk semua orang makan... coz buat sikit jer... ingatkan tak habis rupanya ramai yang berminat nak makan... so kepada kawan-kawan yang tak sempat makan jangn marah yer... lain kali kita gotong royong buat yer.... heheheh
Jom Layannn....... tak banyak Pic coz tak sempat nak snap..

Banyaknya juadah..


Kak Ima & Famili


Husna & Bos



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers