Friday, 9 January 2015

Lanskap Pepohon Tamar di ILKM Jawi

Wajah kami di Laman Blog Syful Tamar  usaha Pengarah kami kini Tanah ILKM di dihiasi lebih 250 pokok Kurma MAdu dan Kurma Ajwah. penanaman pokok kurma ni dilakukan sendiri oleh pekerja Syful Tamar.. selama 3 hari mereka usahakan.. Alhamdulillah selesai semoga pokok2 ini membesar dan berbuah dengan hasil yang melimpah ruah..










Tuesday, 6 January 2015

Victoria Sandwich Cake

Dah lama teringin nak cuba kek ni.. akhirnya dapat buat... maklumlah baru balik Cameron beli buah strawberry banyak2 balik buat jem dan buat kek ni... jom try jangan tak try memang sedap..


Resipi dari Kak Ita Masam Manis

CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE

250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon
12 gm butter tanpa garam
Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
Keluarkan dari tempat rebusan
Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Bahan Kek

220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor (saya letak 200gm) ni pun dah manis
250 gm butter tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur
Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Vanilla Cheese Krim
Resepi Oleh :  Rima

1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream ~ ita guna non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon paste
Putarkan cream cheese dan lemon paste hingga lembut
Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag.
Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras
Letakkan satu keping kek atas lapik kek
paipkan cream di atasnya
Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
Tutup dengan satu keping kek lagi
Ulang proses yang sama
Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar
Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi





Bagi saya kek ni memang sedap... lembut tak padat macam kak ita cakap... kalau nak makan kek ni saja pun dah sedap... ditambah jem strawbery ni perh lagi mengancam... best terbaik tq kak Ita atas resipi yang best ni..

Friday, 2 January 2015

Kek Frozen untuk Dania

Kek Frozen Segera siap untuk Dania... sepantas kilat je... hehehe 
Tahniah Dania dah 5 Tahun... 


tengok tu muka happy dapat kek ni...
kalau kat rumah niat mama nak buat lagi gah... memandangkan masa mencemburui... mama buaat simple2 je kat rumah MakLang

tak kisahlah kan kat mana pun... kecil atau besar janji anak2 happy


love you Dania... emmuah



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers