Tuesday, 6 May 2014

WANG KELIAN PASAR BORONG SEHARI

Berpeluang melawat Wang Kelian memang saat yang tak dapat dilupakan, setelah bertahun inilah buat pertama kali saya menjejak kaki disini.. dulu masa kecik-kecik mak selalu datang sini bawa rombongan cik kiah... emm selalu sangat.. tak pernah pulak nak ikut.. maklumlah budak-budak lagi hehehe
sekarang suami yang bawa.. itupun kami kesini kerana menghadiri kenduri mak dan abah Rayyan ( pengasuh) kira kenduri kat kg depa lah ni... so kami pun hadir sama yang bestnya ni kenduri Majlis Khatan anak buah Mak Rayyan a.k.a kak Ida. majlis khatan kat Perlis ni dikatakan memang meriah sampai tumbang seekor lembu lah... meriah sangat2.
jemputan dia sama macam majlis kahwin..
Kami pun tak ketinggalan di jemput..
apa lagi dah dekat sangat dengan Waang Kelian kami pun setelah selesai Makan2 berangkat terus ke sana.. dalam 20 minit dari rumah mak kak Ida sampailah kami ke Wang Kelian ni.. 

naik bukit turun bukit jugaklah jalan nak kesini



Pasar dia memanjang sepanjang jalan,, sama lah juga macam Pasar Serikin Kat Sarawak .






Niat mama nak kesini nak cari Hadiah Birthday Untuk Rayyan tengok apa yang Rayyan dapat.. emm ni bukan Rayyan yang nak Mama je nak beli... hehehee so dapatlah dia motorsikal besar ni.










Sakan depa try itu try yang ni... last last beli satu jew..



Kakak Dina dan Dania Beli Gitar sorang satu..







Dapat Lah Rayyan Hadiah Birthday paling Awal... hehehe takpa lah kan...
nanti 29 Mei ni  birthday dia  mama tak yah pening kepala PK..





Saturday, 3 May 2014

Resipi Rainbow Kek





RAINBOW CAKE

sumber :  K.Nor Secubit Garam

Bahan2:
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
11/4 cawan gula
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau


Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati & gebu . (masukkan sedikit demi sedikit)
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Pastu bakar satu per satu guna loyang 8 inci setiap kaler lebih kurang 141gm  bakar pada suhu 150C 20 minit/ 170 C dlm 15 minit. Bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai.. (jgn buang lg kertas alas utk mudahkan kerja melayer)
8. Boleh guna topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee



Resepi Krim Cheese : 

Bahan :
500 grm whipping cream
250 grm cream Cheese
50 grm gula icing
100 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

Resepi Ittalian Buttercream :

250 gm gula
60gm air
140 gm putih telur ( 4 biji )
300 gm butter
300 gm shortening

Caranya:
1) 'Whisk' putih telur sampai medium fluffy ( agak berbuih )
2) Sambil tu masak gula dengan air hingga jadi suhu 118'C. (jika tak ada termometer: masak air gula hingga mendidih , lepas tuu biarkan selama 20 minit atas api paling kecil ( air gula akan memekat )
3) Tuang air gula panas tadi terus ke dalam mixer yang masih bergerak tu. (step ni teruskan aje, 
jangan takut ya )

4) Mix hingge jadi meringue *terbalikkan mangkuk adunan, adunan tak jatuh kira dah jadi meringue*
5) Last sekali masukkan butter dan shortening dan putar hingga krim menjadi kembang dan soft.
6)Boleh letak esen vanilla @ ape2 paste yang di sukai.
7) Hiaskan atas kek anda. 




Dress untuk Anak -anakku

Gigih nak buat sendiri kan.. akhirnya jadi juga dress untuk anak2-anak...
emm mencabar juga nak menjahit ni kan... kena banyak bersabar...
inipun jahit litang pukang je nih... mana dengan mesin yang problem...
naik bebai juga mama...

Mula-mula mama jahit baju Dania. potong terus jahit... dah siap
Gunting baju dina pulak sekali kecik da...
selamat beli kain lebih so buat semula...
sekali lagi potong oklah muat2...  2 kali juga jahit dan tetas...
ada je yang tak kena kat bahu dia...
Dres ni sensuai untuk kanak2 sebesar Dina

Ha akhirnya muat juga lah... macam sekali pakai ja... heheh kan anak mama cepat membesar...
ingat nak tunggu raya design dress ni nampaknya dah rasmi dulu dah.. so Raya 2014 ni nak try Dress macam mana pulak yer?

Kawan-kawan mesti dah ada design baju tersendiri tuk Raya tahun ni kan...
me plak tengah mencari yang terkini.. macam-macam kan sekarang ni.. emm jom servey.. ada idea nanti bagitau..

Nilah hasilnya dapat pakai pi Kenduri Kak Zarimah bulan lepas... 
Masa ni masih belum jahit lace... saja menerai letak sebelah ok jugak...



P/s Macam nak buat sepasang lagi design macam ni kat depa dua Raya nanti... emmm larat ker?.. jom jom semangat ni...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers