Alhamdulillah selesai semuanya, yang tinggal kepenatan lah..majlis yang tak dirancang... emm mcam nak tercabut kaki eden ni.. hahaha tu camna nak buat majlis besar2an.. emm kalau pakai katering ok kot.. ni semuanya eden yang masak... mana nak buat kek lagi... nak masak lagi... emm apapun berasa sangat puas hati bila kita yang masak sendiri dan jamu kawan2 jiran tertangga makan...
rasanya sekali lagi nak buat kena double dari yang ni... yang ni satu periuk penuh tu.. cukup2 15 orang famili termasuk anak-anak2 2-5 orang.. kena catat untuk next dah boleh bajet dah.. huhu
Kalau tak silap ini kali kedua mama buat birthday anak2 kat rumah.. dulu kat Dania ada buat jugak.. panggey kawan2 ofis mai rumah, pastu petang sambut kat rumah makngah...
dan sambutan, dan banyak kalilah juga mama sambut kat rumah makngah... masak2 bawak pi makan kat sana...Kali ni oleh kerana Birhday Rayyan mama buat kat rumah sendiri.. dan mungkin untuk yang seterusnya akan buat kat rumah sendirilah.. rasa lagi meriah dengan kehadiran kawan2 jiran2.. dan kawan2 Dina.. maklumlah anak dah besar, dia seronok bila kawan2 mai rumah dia. dapat makan2 sama2,
Mama buat keputusan potong kek awai, sebab dah tau dah kalau tunggu orang mai,, sat lagi kalut..alhamdulillah sebab potong kek awai ada jugak gambar kami ni.. tukang ambil gambar abah lah...
tapi tengok tu muka bufday boy tak manis.. sebab dia nak pegang kek tu mama tak bagi.. habis lunyai kalau dibiarkan kat dia..
Suka dina hari ni jugak dia pandai tiup belon..
Terima kasih pada tetamu yang datang walaupun haritu banyak panggilan kenduri last sekali depa mai jugak buat penutup kat sini..
Mak Rayyan
Sukalah Rayyan mak dia mai... terus dipangkuan..
Mama susah hati tetiba orang datang membuatkan ruang rumah jadi sempit.. mintak maaf pada yg kurang selesa.. maklumlah rumah teres.. memang ruang terhad.. mama suruh abah hampaq tikaq kat luar dia tak nak.. dia letak meja dan kerusi ja.. tak pa2.. nanti kami perbesaq rumah.. sabaq sat...
Juadah semuanya manis manis.. huhu.. apam tu mak Rayyan bagi.. tq kak Ida.
Kawan opis Ann Dillah dan Shahril tq sudi mai... Dillah dah makan Kek Rainbow dah amacam sedap dak?
Malam baru MIL sampai dengan 2 orang adik.. pas ada budak tu nangees nak ikut tok balik... sapa lagi kakak Dina lah..