Tuesday, 10 April 2012

Dania Sakit Tangan Kaki dan Mulut

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. 
Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Tanda-tanda dan gejala
 Demam yang ringan
 Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
 Sakit tekak

Rupanya demam Dania semalam adalah kerana sakit Tangan Kaki dan Mulut...
Bangun pagi Isnin mama rasa badan Dania dah ok. Tengok dia macam sihat jer...
Mandikan dia bersiap terus gi Taska macam biasa...
dalam Kul 12 abah kol bagitau Dania demam lagi...
cepat2 mama isi brg keluar opis nak gi klinik amik ubat Dania dan jumpa doktor terus...

Bila mama jumpa Dania kat Taska rasa badan Dania tak Panas cuma tangan dia berbiji macam ruam tu ingat kan biasa ja...
Dah jumpa doktor 
doktor cakap ni Sakit Tangan Kaki dan Mulut...
Ya Allah ye ke, punyalah rasa diri ini terlalu mengabaikan Dania
Sampai anak sakit itu pun tak tau...
mama rasa Dania tak merap merenget dan macam tak sakit, tu yang susah kita nak jangka...
...
tapi masa badan dia panas tu memang dia merap...
tapi hari ni masa pi amik ubat tu pun ok jer,,
makin cergas adalah... tak macam org sakit...
                                            memang tak ada bezanya... main macam biasa ja.





yang ni hari first Dania Demam panas tu.. kita dok sibuk nak berkemas nak balik dia boleh tertidur.
Mengantuk selepas makan ubat...

Emm masa gi amik ubat doktor cuma bagi ubat demam ja, 
dengan ubat kebas titik dalam mulut. supaya tak sakit bila makan,
pastu ubat sapu.

Alhamdulillah bangun pagi hari ni selasa: bintik tu dah surut.
badan dah tak demam.
tapi mama amik cuti hari ni nak jaga Dania, 
Taska mesti tak bagi pi kalau sakit yg berjangkit ni..

Monday, 9 April 2012

Join Kelas Buat Slice Kek Bersama Suzana Raman

Selesai sudah semalam, heheh kenapa? Kerana kelmarin telah selamat menjoinkan diri buat kali pertama Kelas buat Kek Slice bersama Kak Suzana Raman. Baru kenal kak Ana ni bulan lepas dia banyak buat kelas untuk buat kek, biskut, cokelat dan kueh tradisional, emmm memang wanita terhebatlah kak Ana ni... tengok kehebatannya..

Tah macam mana hati teringin nak join kelas dia, mungkin geram kot dok tengok kek yang dia dok tayang kat FB tu.. emmm memang terbaik.... rasa pun memang kelaslah....

Tak ada apa yang nak dikongsikan cuma gambar sekitar kelas kelmarin yang hadir tak ramai cuma 8 orang tapi semua tu kira otai2 lah coz mereka ni dah beberapa kali join kelas kak Ana ni.. yang mana kebanyakan dah mula terima tempahan.




Slice Tiramisu

Slice Choc Cake


Slice Fresh Fruit Cake

Slice Snow Cheese With Bberry Layer











Gambar 7 terakhir ni dari Sis Suzana sendiri... memang terbaik..

Jom layan gambar Kek Yang telah menjadi santapan kami ber lapan, memang terbaik... sedap sangat..
Terima Kasih Kak Ana sebab sudi share Ilmu ni untuk kami semua... kalau ada masa lagi boleh join lagi...
memang best..


P/s: bangun pagitu Dania pulak demam macam tak jadi nak pi, tapi oleh kerana dah janji. pi jugak, balik tu dalam kul 3 petang... tengok2 Dania memang panas... huk huk sian dia... apapun Tq Abang coz sudi jaga anak2. Esok mudahan Dania dah sembuh...

Thursday, 5 April 2012

Homework

Sejak kebelakangan ni Dina selalu ada kerja sekolah yang cikgu beri... sampai je rumah terus dia keluarkan buku dan buat, pastu siap cakap kat mama lagi..

"Kalau ada kerja rumah kena buat siang-siang takut nanti malam elektrik tak ada kan dah tak boleh buat... "
mama pun ia betul tu....kena buat awal2...

ni gara-gara tengok cerita Upin dan Ipin yang episod elektrik tak ada  tulah... dia ambil kata-kata Kak Rose masa meleteri Upin dan Ipin yang tak sempat buat kerja sekolah... gara-gara elektrik terputus..

Emm bagus jugak kadang-kadang walaupun ianya cerita Kartun.. tapi banyak mengisahkan tentang masyarakat nasihat dan pengajaran kepada anak-anak...

So jangan marahlah kalau anak-anak suka rancangan Upin dan Ipin ni.... banyak manfaatnya

Bila dah siap dia akan tunjukan semula pada mama setelah kita kata ok baru dia simpan semula dalam beg..

dan keluarkan buku mewarna pulak... itu kerja sampingan atau hobi dia yang suka mewarna....







Semangat terserlah kalau mewarna... 
Semoga cepat belajar yer sayang dan jadilah insan yang bijak pandai..
Mama sayang Dina & Dania


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers