Friday, 24 February 2012

Doa Amalan Ketika Mengandung


Salam Jumaat semoga hari2 kita dipenuhi dengan bunga2 cinta bersulam keimanan...
terlanjur sedang berbadan dua ni saja nak sharekan amalan doa ketika mengandung, mudahan bermanfaat untuk kita semua...
Mudahan dapat dikongsikan bersama
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…

Thursday, 23 February 2012

Gambar Penikahan Lisasurihani dan Yusri


Nak jugak ucap tahniah kepada Lisasurihani dan Yusri...
Sama cantik dan sama padan...
mudahan kekal ke anak cucu..
cepat2 dapat anak yer..





Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

Busana baju kurung moden Lisa  adalah rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.
Hantaran ada lagu The Beatles
Hantaran berupa 9 dulang daripada pihak perempuan iaitu,  tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone.
Manakala 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila.
Majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Lisa dan Yusry berbulan madu di mana?
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi.
Kredit to : Oh Bulan..& Rotikaya & Beutifulnara

Heliza AF @ Jawi Penang

Emm bertuahlah badan tak payah nak bersesak2 nak bergambar dengan retis ni kan..
 emm lapang jer...
Ni semua kerana Konsultant Amin Idris yg telah menjemput Heliza Af ni khas untuk satu slot dalam ceramah Kursus Magnet Pentas yg diadakan di ILKM Jawi ni... 21-23 Feb 2012
Kursus ni utk Guru2...
Credit utk Kak Zarina... kerana buat kursus ni kat sini,, kalau buat kat hotel tak berpeluanglah kami2 ni bergambar dengan Heliza... 2 hari dia kat sini...so sweeat jer Heliza ni....

Suka kat mata dia, alamak sedondon lah plak...



Kecil molek betul Heliza ni... kami ni bahagi 2 dgn dia..hehehe


ni hari kedua waktu Lunch .. kami kat Paya Serai Banquet Hall...

Terselit sekeping gambar hari pertama dia tiba .. hehehe


Lepas makan ada satu slot yang di sampaikan oleh Heliza... kami2 yg kat opis ni walaupun tiada nama dalam list Kursus tu pun tu pun turut tumpang sekaki kat dalam Kursus tu..
jom tengok aksi Heliza menyampaikan slotny itu..






Tak kering gusi kami dibuatnya memang best... oklah... bijak menarik perhatian peserta kat dalam kelas ni..
last sekali dia menyampaikan sebuah lagu yg dipopularkan oleh Ella...
standing in the eyes of the world

nilah Amin Idris...

Jom ke Fan Page dia


Amin Idris

Promote sket... 

P/s : oo rupanya ramai lagi staf yg bergambar yer... emmm bukan main lagi... tu pun sorok2 yer...
 emm rahsia dah pecah... sukanya

Sian plak Dina nak tengok Heliza ( cikgu Shuhada) Filem Syurga Cinta...
Suka sangat dia tengok Filem ni berulang kali... Bila mama kata mama jumpa cikgu Shu terus dia tanya Awal dan Ikmal... emmm ingat betul dia...ingat ptg semalam nk wak Dina jumpalah.. rupanya Heliza balik jam 5 ptg tu jugak.. emm sianlah pulak...tak palah tengok gambar mama dan Heliza udah lah yer...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers