Friday, 6 January 2012

Bila Allah Sayang

Bila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya. Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati.

Namun, boleh jadi keadaan berbeza seketika kadang-kadang. Bila Allah sayang kita, diuji kita dengan rasa kesempitan dada, kepayahan dan penderitaan. Diberikan kita ujian yang paling berat yang tidak diberikan kepada orang lain. Kita selalu merasa keliru pada mulanya sebelum Dia memberikan jalan keluar dan petunjuk. Manusia mencemuh, mencaci dan merendah-rendahkan kita hanya kerana kita membawa risalah-Nya. Bila kita meminta, tidak diberi-Nya serta-merta, dibiarkan kita merintih sampai rasa penghambaan itu benar-benar lahir dan terasa manisnya. Benar janji Allah bahawa barangsiapa bertakwa, akan diberikan jalan keluar baginya, namun boleh jadi jalan keluar itu berliku-liku sebelum sampai kepada penyelesaian yang paling memuaskan.

Oleh itu, haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala apa yang kita inginkan tidak diberi-Nya? atau apa yang kita hajatkan tidak ditunaikan-Nya? Haruskah kita merasakan bahawa Allah membenci kita tatkala hidup kita penuh kesengsaraan dan kepayahan? Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah. Pasti ada rahmat disebalik ujian.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar: 53)

Persoalannya, kita selalu bertanya-tanya sama ada Allah sayang kita atau tak, sebaliknya pernahkah kita risau sama ada kita betul-betul sayangkan Allah melebihi segala-galanya?

Thursday, 5 January 2012

Bermulalah Episod Baru

Wah tajuk macam ada satu drama best jer.... haaha... bukan apa... lepas cuti New Year ni belum ada kesempatan nak update blog... bukan apa sibuk uruskan anak-anak yang baru nak mengenal dunia persekolaan... walaupun pra- jer kira alam persekolaanlah yer....

Orang lain dok sibuk pasal Anak Sabariah Hassan, sudah-sudah la tu, tak baik bercerita pasal anak orang, baik kita sibukkan diri dengan anak-anak kita yang blum tentu apa nak jadi...tah macamana pelajarannya, dan tah macamana tingkah lakunya bila besar nanti.
Ibu mana yang tak mau lihat kejayaan anak-anak kan,
so jom lah kita sibukkan diri tuk anak-anak kita,
tak usalah kita sibukkan pasal anak orang yang dah tentunya dapat belajar free... yer tak?

Malas citer panjang, sama-sama kita ambil iktibar dan renungkan..


Hari Isnin lepas ada pendaftaran kat Pasti Dina so kami kesan lam kul 9, emm sampai sana, rupanya masi ramai belum daftar, coz baru selesai medengar sedikit kata oleh Guru dan Ustaz disitu, so lepas setengah jam baru le daftar, alamdulillah selesai juga...
Rupa-rupanya nak daftar anak belajar ni makan duit banyak jugak la yer... eeehhee maklumlah ni baru permulaan, sebelum ni hantar Taska Permata jer...
daftar seratus jer... kali ni ni beratus-ratus.. eeeehhehe

Mudahan anakku mendapat berkat untuk meneruskan perjuangannya di tempat baru....


Hari Selasa pula hadir majlis pendaftaran tuk Dania pulak kat Taska Permata...
Hampir jam 12 jugak semuanya selesai... memang dua hari tu amat memenatkan....

Hari selasa pulak bermulalah episod baru bangun pagi kejut anak-anak tuk bersiap ke sekolah masing-masing.... sebelum ni hanya kejut
kan Kakak jer, adik plak cuma bangun dan hantar ke rumah pengasuh
kali ni kena siapkan adik dan kakak...

Biasala anak masi kecil macam-macam feel dan gelagat yang ada, hari pertama Alamdulillah Dania ok jer bangun mandi... susah sikit nak mandikan si Dania ni bila kita jirus air, dipeluknya kita, so kalau nak mandikannya janganlah kita bersiap dulu alamatnya kita mandi 2 kalilah....

Kakak Dina pulak dah boleh mandi sendiri, ....
Seronok sungguh dia nak ke tempat baru, nak jumpa kawan baru...

Mudahan kedua-dua anakku akan mendapat Ilmu yang berkat yer....

Mama doakan yang terbaik tuk anak-anak mama...
Dengan sedikit rezeki yang Allah kurniakan ini, dapatlah mama salurkan untuk pembelajaran awal anak-anak mama, kalau dulu mama seusia kamu berdua masi lagi bermain -main dirumah, sampailah umur 6 thn barulah dapat mengenal apa itu ABC...
Bertuahnya insan sekecil kamu hari ini........

p/s Hari ni Dania menagis kat Taska... waktu bangun tidur... mama balik tengok mata dia aduh.........kesian....jangan la nangis.. ..

Dina plak petang tu abah kata dia main bedak Yong kat rumah tok habis rosak....aduh sedihnya... abah marah betul mama pun rasa bersalah, selalu pergi rumah tok tak buat hal pun, hari ni baru sehari transit dah dengar yang bukan-bukan... emmm sabar jerlah....
Dah Warning dina jangan main barang Yong lagi.....

Kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak sementara nak cerdik... emmmm

Photobucket

Monday, 2 January 2012

Try Watermark

Salam Tahun Baru.. em dah melangkah ke Tahun Baru nampaknya Alhamdulillah masih bernafas di bumi ini... kawan-kawan yang lain macamana mesti lebih gembira ditahun baru ini.

Entry kali ni dah ada Watermark yer... dah lama tempa tapi tak guna lagi... harini baru berkesempatan nak insert dalam gambar... hehehe tu pun lintang pukang lagi belum betul-betul statik... kalau yang dah pro jangan mare yer... chek baru nak berlajar... hehehe

Sebenarnya Watermark ni aku tempah kat eB, kebetulan nak tempah Header kat atas tu teruslah wat watermark sekali.... sebelum ni berangan gak nak wat sendiri tapi tak tercapai pun... + tak berapa nak reti sama + kemalasan nak berfikir... heheh so harapan tinggal harapan..

Bila dah ada kemudahan ni so tempah jer kat kawan-kawan kan senang...

Kat sini Zie tempekkan gambar anak-anak tengah menikmati aiskrim masa kenduri... ha memang tak lekang kalau kenduri tak makan aiskrim kan...
So jom layan....






Nanti nak pk balik nak letak posisi mana yang sesuai.....

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers