Saturday, 3 September 2011

Raya bersama Lemang dan Ketupat Bonda



Dina orang pertama yang merasa ketupat Tok emmm teliur mama tengok.. hehehe. sedap Dina cakap, sebelum balik lagi dina merenget mama dina nak makan ketupat.


Ketupat Ibuku

Lemang oleh abang sulung ku..



Wah tahun ni seperti tahun-tahun lalu aku takkan lepaskan peluang makan ketupat dan lemang yang dibuat oleh mak dan abangku... makan bersama rendang atau serunding atau susu perhh sedap hingga menjilat jari.. yum yummm
selang sebulan pasti teringat kembali ketupat dan lemang ni..
emm huk huk
suka makan lemang yang kat kepala dia... emm lemak pastu pening ...

Takziah buat keluarga Jurukamera bernama TV

Foto
Penembak curi Somalia serang konvoi misi kemanusiaan Malaysia

KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.
Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil.
Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

Mangsa terkena tembakan ketika berada dalam kenderaan terbabit sebaik tiba di depan hotel penginapan mereka.

Difahamkan, mangsa menginap bersama jurukamera dan wartawan televisyen Malaysia di sebuah hotel lain, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan wartawan media cetak serta sukarelawan misi berkenaan.
Mangsa cuba diselamatkan oleh doktor yang menyertai misi berkenaan, namun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar, yang turut menyertai misi berkenaan ketika dihubungi malam tadi berkata, mangsa dikatakan sempat menghubu­­ngi ahli keluarganya di ibu negara sebaik ter­­kena tembakan itu.

Beliau berkata, setakat malam tadi tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Berikutan kejadian itu, semua sukarelawan dan wartawan akan dibawa keluar dari Mogadishu secepat mungkin menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kini berada di Seychelles yang mengambil masa tiga jam perjalanan untuk tiba ke ibu negara terbabit.

“Mengikut perancangan, semua anggota misi akan cuba dibawa keluar malam ini (malam tadi) tetapi keadaan sangat berbahaya dan semuanya bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Nor Azizah berkata, semua anggota sukarelawan lain dan petugas media kini dalam keadaan selamat dan diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh pasukan keselamatan.

“Kami semua dikumpulkan di hotel penginapan, tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik masing-masing,” katanya.

Misi kemanusiaan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama 55 sukarelawan terdiri daripada 18 doktor dan 17 pengamal media berlepas dari ibu negara pada 28 Ogos lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini.

Al Fatihah buat mangsa
sumber BH

Raya & Jumpa kawan : Fida

Raya datang lagi, harini raya keempat Fida datang bertandang kerumah, terima kasih coz sudi singgah, hehehe, orang yang paling banyak kali bertandang kerumah aku. emm suka kali ni dah masuk berapa kali yek, walaupun dok jauh bila balik kampung Fida tak pernah ketinggalan tuk berjumpa aku tak kira walau kami berada kat mana, janji leh jumpa, kat jalan ka, kat hutan ka, janji leh jumpa bersua muka, ni pun kawan terbest aku...
Anak-anak Fida dah besar-besar pun

Dania dan Izzati.. bersembang-sembang dihadapan rumah..
Selamat jalan tahun depan datang lagi yekkk...
esok depa nak bertolak balik bangi...
haritu aku ada bertandang kerumah dia...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers