Wednesday, 15 June 2011

Bakar khemah kerana suami nak kahwin lagi

MANAMA: Mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap seorang wanita yang dituduh membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan keduanya sehingga menyebabkan 57 wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Akhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua.
Bagaimanapun, ketika kejadian suami dan bakal madunya tidak berada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.

Wanita itu pada awalnya berkata beliau mahu membalas dendam terhadap suaminya kerana mahu berkahwin lain.

Beliau kemudian mendakwa yang beliau marah dengan kakak iparnya. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan tuduhan itu dan berkata pengakuan dibuat atas paksaan dan ancaman.

Wanita itu mendakwa yang beliau turut kehilangan bayinya selepas diberi pil khas oleh pekerja penjara yang juga saudara suaminya.

Hukuman mati itu disokong Mahkamah Rayuan.
Nasra adalah wanita kedua menerima hukuman mati. Pada Mac 2005, seorang wanita Kuwait dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu kepada 15 tahun penjara pada Februari 2006 dan
permohonannya untuk pengurangan hukuman ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. – Agensi

Tuesday, 14 June 2011

Dania Demam Panas


Dania

Pagi tadi badan Dania panas sikit ingatkan demam sikit je.. Petang balik kerja masih lagi panas. bila malam lagilah panas, kesiannya...terasa bahang panasnya bila pegang atau dukung Dania. Tak baik biarkan badan anak panas takut 'tarik' so kenalah rajin jelom kepala dan badan. nak cuti tapi.. emmm keja tengah banyak... tapi mama harap esok Dania sihat yer...agaknya demam beralaih angin kot maklumlah berjalan sampai ke selatan tanah air..


Irdina* masa kecil

Bila Dania Demam teringat lagi masa keseorangan di Langkawi dulu, masa tu berdua je dengan si Kakak yang masih kecil, bila Dina demam, mama apa lgi menangis semahunya. Maklumlah tak biasa dengan situasi anak yang demam tu. tinggal pulak berjauhan dengan suami dan keluarga. Apa lagi kesedihan melampau-lampaulah... sib baik ada kawan-kawan yang baik hati datang tolong bagi nasihat nak buat macamana kalau baby demam. So dri situ belajarlah,, bila Dina demam lagi mama dah boleh ready dengan air asam tuk jelom kepala dan badan baby. Yelah kalau nak ke klinik mak ai jauh tu... tak sangguplah kalau malam. So keesokannya barulah gi klinik pandu sendiri bawak baby. semuanya dilakukan sendiri. Suami hanya pantau melalui telefon. Sedihnya waktu tu bukan kepalang....Hampir 2 tahun jugaklah, hidup sendiri dengan si kakak. sekarang alhamdulillah dah kembali bersama.


Monday, 13 June 2011

Dina n Dania @ Melaka & Johor


Salam semua, bertemu lagi 2 hari menghilangkan diri, sebenarnya Zie n family gi Johor n Melaka Kat Johor kami sekejap sahaja, hanya singgah-singgah shopping apa yang patut je.. mulanya kami gi Ayer Itam, kemudian terus ke Tangkak... lepas ke tangkak kami terus ke Melaka... Jom tengok corat coret ketika perjalanan kami ke Melaka bandaraya bersejarah...





Dania dan Yong...
Tak sah kalau datang Melaka tak masuk Zoo.. tapi macam tak ada binatang pun... apapun terima jelah... anak-anak yang best nak tengok binatang...

Dania terlena disamping Achik..
Dina tak larat nak pusing Zoo.. dia suruh abah yang dokong... emmm seronoklah dia...

Dalam tak larat tu bila nakpak mainan terus kuat sihat walafiat... seronok naik buaian.



Dina n Dania depan pintu Zoo Melaka

Nilah pendokong -pendokong Dania... Mak Ilah





Wan yang banyak jaga Dania... Dukung Dania... uhuks Tq... Kalau tak penat juga Mama nak jaga Dania





Dina awal-awal dah meragam nak naik mini car ni... emmm dah dapat naik baru nampak happy..masa ni Dania dah tido kalau tak tentu adik pun sama naik dengan Dina


naik boat ke persisir sungai kat Bandar Melaka... wah panjang betul sungai tu yer.. katanya nak panjangkan lagi 2 kilometer... nanti kena pergi lagi.


Tengah tunggu turn nak naik boat

Dania dah nampak muka mengantuk Masa naik boat Dania dah tido Penat agaknya..

Depan jety utama untuk naik boat

Dania sebelum tido
Serba serbinya dah ada kat Melaka. Baru je 2 tahun tak kesini dah macam-macam ada kat sini. Katanya roller coster pun akan siap tak lama lagi.. em oklah.. t datang boleh lah try...

Ha ni pun baru gak ni Menara Taming Sari.. emm gayat jugak nak naik ni...

Tengah menunggu tuk naik Menara


Dania penuh dengan gelagatnya...pot pet pot pet.. apa yang dicakapkan tah... tak duduk diam...

Dah kat dalam menara




Kat Perigi Hang Tuah


Mama adik nak ni...

Tiga anak Dara ni shopping sakan
Wah apa ada kat dalam tu Mama?

Perigi hang tuah


Kat Muzium Madu Lebah terbesar..

Masa ni kat Tangkak.. jom shopping...
Mama adik nak semua......


Kat Tangkak.. Johor

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers