Showing posts with label produk pilihan. Show all posts
Showing posts with label produk pilihan. Show all posts

Friday, 15 June 2012

Mandian Herba Dalam Pantang

Alhamdulillah, bertemu lagi di pagi Jumaat yg indah ini.
gembira dan ceria si Ibu apabila anak yang di rindui kini berada di depan mata..
Dania dah balik semalam, emm nampak dia semakin ceria, dan mulut ringannya kembali memecah suasana rumahku yg sunyi ini... memang nampak dia heppy dan dah pulih, perasaan seperti biasa.. alhamdulillah syukur..cuma kesan biji tu je masih ada.. insyaallah semoga semakin berkurang...


Panjang betul intro mama yang kesukaan ini
heheeh 
ha bukan apa hari ni cheq nak kongsi apa yang cheq guna masa dalam pantang

ni ha mandian herba bersalin.. memang rasa segar je badan selepas mandi air herba ni... 
lagipun senang nak dapat, gi cari kat kedai ubat cina je.. tak payah nak ke S/ market...
kat pekan kedai kampung pun ada...
tentulah dari TYT punya produk...
Satu lagi kalau baby ada demam kuning, ambil sedikit air rebusan ni dan mandikan baby...
insyallah demam kuning akan kurang,,,,Zie sendiri telah cuba pada Baby Khalish Rayyan
Alhamdulillah kuningnya tak lama pun...



emm kalau untuk baby kembung perut pulak, Zie guna minyak TYT ni...
Alhamdulillah memang puas hati, sejak Dina lahir hinggalah baby Rayyan memang guna minyak ni,,
Try jugak guna minyak Telon dan minyak lain yang untuk baby, tapi tak puas hatilah, 
memang tak boleh tinggalkan minnyak ni,,,
kiranya minyak ni dah sebati dengan anak2 Zie...


Korang pulak guna minyak apa untuk baby? macam2 kat pasaran, tepuk dada tanya lah selerakan.
masing2 ada pendapat sendiri bila mengetahui keberkesanannya,,
bukan tak cuba produk lain tapi tak berkesan, huk huk so inilah pilihanku
kalau minyak yuyee pulak terlalu panas, tak sesuai kalau nak buh kat perut baby, tu yang guna minyak ni, dia tak rasa panas, cuma rasa nyaman lagi,,,

Heheh panjang pulak dok promot produk **** ni hehe jangan mara yer..
chekidaut,,,,




Sunday, 20 May 2012

Set Bersalin?

Aduh masih tercari2 nak makan ubat apa lepas bersalin nanti... heheh walaupun dah nak masuk anak 3 masih tercari2 produk lepas bersalin ni... bukan apa... satunya nak mencuba sesuatu yang baru lah katakan...
maklumlah sekarang ni terlalu banyak produk di pasaran hinggakan rambang mata makcik ni...
hehehe
Kawan ada bagitau satu produk ni... Amber Kenanga emm chek tak pernah dengar lagi nih... ada sesiapa yang pernah mencuba?.. ok ker?
Bila dah baca dia punya khasiat dan kelebihan kat link dia terasa ingin mencuba jugak... emm agak2 ok ker....

Atau sama jer dengan produk set bersalin yg sediada di pasaran sekarang?...

Nona roguy dah pernah cuba tapi chek tak suka sebab bila makan ubat dia perut selalu memulas.. nak buang air tak tahan lah...



Harga RM 200.00

Mengenai Produk :

Ceria dan sihat selepas bersalin dan keguguran. Cuba Set Bersalin Ibu, pantang tetap pantang, Cuma Anda tidak perlu Urut / Sengkak, Tangas, Param / Pilis, Panas / Berbau, Pantang Melampau tetapi kesannya sama seperti berpantang secara tradisional.

Set Bersalin IBU Ambar bukan sahaja sesuai untuk Ibu-Ibu Bersalin Secara Normal atau Pembedahan tetapi juga untuk Wanita Keguguran kurang dari setahun sekiranya lebih dari setahun amalkan SET SAYYIDA AMBAR agar sihat dalaman, mental & fizikal dan memudahkan proses kehamilan semula.
SBI Ambar menurut amalan pantang Timur Tengah yang mengambil rempah ratus seperti ketumbar, cengkih, kulit kayu manis, jintan hitam dan lain-lain untuk mengawal emosi kembali ceria & tenang, mengembalikan tenaga, menaikkan rahim, menguatkan badan wanita selepas bersalin atau keguguran dan memudahkan penyediaan kehamilan semula .
Bezanya ia mudah, ringkas dan tidak banyak produk yang perlu dimakan. Untuk 3 hari Pertama makan 3 produk sahaja iaitu AK IBU, TUJU DARAH & TUJU MEROYAN dan hari-hari seterusnya hanya makan 1 produk iaitu AK IBU sehingga habis. Kesemua Produk kami berbentuk kapsul sayur-sayuran mudah larut.
Cukup ke?? Jawapannya: MEMANG CUKUP sebab setiap kapsul AK IBU dirumus daripada 16 jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai khasiat& kebaikan untuk membaikpulih & menyihatkan kesihatan dalaman wanita bersalin atau keguguran.
Dan Secara Jujur, semasa dalam pantang siapa yang pernah habiskan produk yang dibeli? Kebanyakkan tidak & rasa bersalah! Jadi Apakata cuba SBI Ambar, pantang tetap pantang secara sihat cuma tak payah berparam, berpilis, tangas atau sengkak tetapi kesan pantangnya sama seperti berpantang secara tradisional Melayu/Jawa.
Jangan risau pasal berat badan, perut buncit, angin badan, masalah meroyan dan rahim kerana anda pasti anggun, sihat, ceria & berseri selepas pantang. Ini adalah kerana TUJU DARAH berfungsi sama seperti bertangas atau bersengkak yang dipercayai membantu membaikpulih & menaikkan rahim tanpa perlu disengkak atau diurut .
Manakala TUJU MEROYAN pula dipercayai membantu mengecutkan batu meroyan & mengawal emosi kembali ceria tanpa perlu berparam dan berplis. Dan AK IBU pula membantu membuang angin badan, lebihan air dan menyihatkan badan selepas bersalin atau keguguran kembali anggun
Nasihat kami kepada WANITA KEGUGURAN , bukan Ibu-Ibu Bersalin sahaja yang layak menjaga diri mereka selepas bersalin. Wanita yang mengalami keguguran janin juga harus peka menjaga diri selepas mengalami keguguran tersebut Kenapa ?
Ini adalah disebabkan wanita keguguran telah melalui proses yang sama seperti ibu-ibu yang mengandung hanya tidak sampai ketahap bersalin seperti kebengkakan rahim, perubahan hormon dan emosi. Oleh yang demikian, penjagaan selepas keguguran amat penting untuk memudahkan proses kehamilan semula. Oleh itu, dengan mengambil SBI Ambar membantu mengawal emosi,membaikpulih & menguatkan rahim dan badan agar mereka boleh hamil semula tanpa sebarang tekanan.


p/s :Ada sesiapa nak cadangkan ubat atau set apa yg bagus... mana tau berkenan leh gi cari... emm mana tau berkenan dan lehlah cuba...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers