Showing posts with label Malaysia Ria. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Ria. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Kalau gayat jangan naik jambatan ini.


HUNAN – China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu.

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kaca pada ketinggian 1,432 meter dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi. Bagi memastikan kebersihan laluan tersebut, pelancong diminta membuka kasut, sebelum melalui jambatan sepanjang 60 meter yang disambungkan ke kemuncak cenuram bahagian barat antara Gunung Tianmen dan Zhang Jiajie tersebut.

Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara. Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak.

Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu. Sebelum ini, sebuah kawasan pelancongan di Gunung Shifou terletak di wilayah Hunan juga telah menerima kritikan banyak pihak. Mereka mendakwa laluan pejalan kaki diperbuat daripada papan kayu nipis tersebut, tidak dilengkapi ciri- ciri keselamatan, sekali gus membahayakan pelancong.



p/s : Emm maunya tak gayat... belum nai dah luruh jantung ini..

Sunday, 25 September 2011

DR. Rozmey bersama kereta Ferrarinya




Ferarri F430 kini telah menjadi milik Datuk dR.ROZMEY CHE DIN atau panggilan mesra beliau DDR, kini DDR melangkah laju dengan penuh bergaya yakin dan sekaligus melambangkan perniagaan yang semakin maju hari demi hari.


Elegan, Stylo, Bergaya, Macho dan Laju, itulah ungkapan yang di lontarkan peminat-peminat kepada Datuk dR.ROZMEY CHE DIN bila mereka terdengar deruman Kereta idaman ramai Ferrari f430 milik DDR. Jom kita lihat gambar Ferarri F430 DDR. Sumber Malaysia Ria

Wednesday, 15 June 2011

Bakar khemah kerana suami nak kahwin lagi

MANAMA: Mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap seorang wanita yang dituduh membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan keduanya sehingga menyebabkan 57 wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Akhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua.
Bagaimanapun, ketika kejadian suami dan bakal madunya tidak berada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.

Wanita itu pada awalnya berkata beliau mahu membalas dendam terhadap suaminya kerana mahu berkahwin lain.

Beliau kemudian mendakwa yang beliau marah dengan kakak iparnya. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan tuduhan itu dan berkata pengakuan dibuat atas paksaan dan ancaman.

Wanita itu mendakwa yang beliau turut kehilangan bayinya selepas diberi pil khas oleh pekerja penjara yang juga saudara suaminya.

Hukuman mati itu disokong Mahkamah Rayuan.
Nasra adalah wanita kedua menerima hukuman mati. Pada Mac 2005, seorang wanita Kuwait dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu kepada 15 tahun penjara pada Februari 2006 dan
permohonannya untuk pengurangan hukuman ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. – Agensi

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers