Berpeluang melawat Wang Kelian memang saat yang tak dapat dilupakan, setelah bertahun inilah buat pertama kali saya menjejak kaki disini.. dulu masa kecik-kecik mak selalu datang sini bawa rombongan cik kiah... emm selalu sangat.. tak pernah pulak nak ikut.. maklumlah budak-budak lagi hehehe
sekarang suami yang bawa.. itupun kami kesini kerana menghadiri kenduri mak dan abah Rayyan ( pengasuh) kira kenduri kat kg depa lah ni... so kami pun hadir sama yang bestnya ni kenduri Majlis Khatan anak buah Mak Rayyan a.k.a kak Ida. majlis khatan kat Perlis ni dikatakan memang meriah sampai tumbang seekor lembu lah... meriah sangat2.
jemputan dia sama macam majlis kahwin..
Kami pun tak ketinggalan di jemput..
apa lagi dah dekat sangat dengan Waang Kelian kami pun setelah selesai Makan2 berangkat terus ke sana.. dalam 20 minit dari rumah mak kak Ida sampailah kami ke Wang Kelian ni..
naik bukit turun bukit jugaklah jalan nak kesini
Pasar dia memanjang sepanjang jalan,, sama lah juga macam Pasar Serikin Kat Sarawak .















































