Showing posts with label Kisah Dania. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dania. Show all posts

Thursday, 24 December 2015

Bahaya Kutu Babi atau Sengkenit dan Kesannya


Sebelum ni tak pernah jadi kena gigit sengkenit atau kutu babi ni kat luaran. Sebelum kena kat Dania.. Dina dahulu masa kecil kena gigit kat dalam telinga kesan dia mana lah kita nampak kan... sebab kat dalam.. tapi kalau nak pegang telinga dia memng tak dapat lah... berminggu mingu makan bulan gak lah nak dapat korek taik telinga dia... macam tu jugak terjadi kat Rayyan.. ken gigit sengkenit ni kat dalam telinga.. menjerit bila bawa gi jumpa doktor.. dr cuci bagai.. Tu semua kisah tahun tahun yang sudah... dan kali ni musim cuti sekolah ni terjadi pulak kat si Dania zahira.. Memula mama hairan kenapa dia tak bagi sentuh mata dia.. lepas tu kalau mandi tak boleh kena air.. menangis2 dia.. mama nak tengok dia tak bagi langsung.. Sekali mama nak bawa ke klinik mama try tengok kat mata tu... sekli binatang ni yang singgah.. sengkenit atau lebih dikenali sabagai kutu babi... Ya Allah kesian Dania.. mama apa lagi tok pun sapu minyak dulu lepas tu baru cabut.. Alhamdulillah selesai dah 2 hari berlalu tengok elok ja... ingat dah ok rupa rupanya masuk hari ketiga mata dia bengkak.
Makin hari makin teruk dah 4 hari berlalu pun masih bengkak ubat makan dah habis.. sambung ubat baru pun masih tak reda... adoi bahaya betullah sengkenit ni kan... baru kutahu... siksanya kesan gigitan sengkenit ni.. Ya Allah semoga anak aku kembali sihat seperti sediakala... 
Tak sanggup dah nak tengok dia dengan mata dia macam ni..
Kesianlah dah lah sekolah nak buka lagi seminggu.  Ya Allah sabar jelah. Semoga anak mama kembali sihat dan ceria seperti selalu...

Kesian Dania masa mula2 mata bengkak dia cakap... mama Dania dah jadi raksasa ke... alahai siannya...
Nak kata dia sakit sangt tak jugak sebb dia tak merenget pun.. cuma dia rimas sebb bengkak tu menutupi mata dia... mata dia masih terbuka tapi sedikit shaja.

Gambar hari ke 5
Lain sangat muka dia ...sebelah anak cina sebelah anak melayu kan heheheh.
Ni hari ke 4 

Ni gambar hari kedua dan ketiga..

Hari ni pulak adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran Dania Zahira.. semoga Dania beroleh kejayaan kebahagiaan dan dilindungi Allah didunia dan Akhirat..semoga anak mama tabah hadapi ujian di Dunia ni.. mama sayang Dania selalu. 

Amiin

Monday, 20 January 2014

Kemalangan Kecil di Rumah



Cemas seketika... sambil dok relek2 main dgn adik... tah macam mana si Rayyan ambil frame kaca terbaling kena kepala kakak... betul2 tgh hidung... darah keluaq meramu2... cpt ambik ais letak kat luka... tgk2 dalamnya luka... letak ais dlm 2 minit baru kurang sikit2... Allahukakbar berderau sat darah mama tadi ...alhamdulillah tak kena mata... ... kalau pi spital mau kena 2 3 jarum....
Kejadian berlaku Sabtu malam Ahad
Ala kesian... hari ni Dania pulak kena seterika... emmm camno leh teringin pi pegang tah... adohai... anak2... tu merenget sakit... suh mama tiup... tetiba dia cakap eh tak payah pastu dia letak tangan kat econ kereta.. hehehe sampai sekolah baru dia alihkan.. huhu sian sakit sgtlah tu... siap ajak mama jom pi spital... hehehe

Kejadian berlaku pagi tadi...

Pss : entry copi paste dari FB.. dah maleh nak menaip... bz tahapgaban huhu

Monday, 30 December 2013

Gambar konvo Dania Zahira

Alahai kenapa tak senyum.... manis gituw... alhamdulillah dah habis masa 2 tahun kat Taska Permata ni... sangat2 bangga dengan Dania.. moga akan lebih maju lagi di tahun hadapan... Tahun hadapan Dania mama dan abah akan masukan dia ke Pasti pulak..  kat situ moga Dania akan lebih berlajar lagi... walaupun agak terlalu kecil umur moga Dania sebijak kawan2 yg dah berusia lebih dari dia.. maklumlah anak akhir tahun... anak bongsu lah dari kawan2 yg awal tahun dari dia... 

Bersama Tenaga Pengajar Taska Permata Sg Kechil 

Nur Dania Zahira

Thursday, 26 December 2013

Majlis Sambutan Birthday Dania 4y Dengan kek Barbie


Alhamdulillah rasa lega dapat buat kek Sendiri untuk anak2... syok rasanya... 
Tak payah keluar modal banyak2 hehehe
kek ni memang Khas untuk Dania Zahira

Tahun Lepas mama Buat Cup Cake Princess
tahun ni Kek Barbie... 
Dania kalau mama masak kek kat dapur dia datang emm mama masak kek ke? 
Ania nak sikit boleh? amboi manja betul ayat tu..
pastu ada lagi emm sedapnya mama masak kek..
emm yelah sedap sangat hehehe...

Tahun Lepas mama buat makan2 kat Rumah Tok (makngah) kali ni mama sambut kat Taska Permata... tahun lepas tak sempat nak sambut kat Taska sebab semua kanak2 ramai yg tak hadir bila hujung2 tahun... kesian Dania tak berkek.. Alhamdulillah tahun ni tercapai Hasrat mama nak sambut Birthday Dania kat Taska..
Kek Barbie Hasil Tangan Mama untuk Dania



Sedikit gambar2 kenangan pada majlis Haritu... ha tengok boleh diakatakan semua hero.. 
Heroin sikit je... heheh


Kakak, mama dan Abah pun datang...

Nampak Dania teruja dengan Kek Barbie pada Majlis haritu....



Ha comel tak Dania Dengan Kek Birhday dia Kek Barbie

Ha ni Kek barbie mama yg Pertama haritu... buat sempena Birthday kakak... comey tak?
Maksudnya kek Birthday Dania adalah kek ke Dua lah..

Tuesday, 24 December 2013

Happy Birthday Dania Zahira 4Y



Alhamdulillah Hari dan Saat Telah tiba hari ni genap Dania 4 tahun... makin2 pandai berani dan macam2 lah yg best cakap Jerman dah tak ada dah... kalau ada saja2 dia buat... sekarang ni masa melayan dia yang banyak bersoal jawap... 

anak mama yang kedua ni manja sikit... ada garang jugak... nampak lembut tapi kekadang timbul garangya.. adoi... sabar je lah...

Doa mama semoga Dania berjaya dalam pelajaran dalan kehidupan panjang usia sihat sejahtera... dan yang penting jadilah anak yang solehah.. hormati ibu bapa...
Selamat Hari Lahir Nur Dania Zahira..
4 tahun kamu sekarang ni
Love u Ya...emmuah




Wednesday, 11 December 2013

Hai Semua Kawan-kawan Saya dah Tak Cakap Jerman dah

Alhamdulillah Dania sekarang perkembangan dia A plus... sangat2 mengujakan... bercakap sekarang ni dah pandai... banyak pulak soalannya.. 3 tahun lebih dah ..mestilah ada perubahan kan..

so kepada ibu bapa yang anak dia cakap Pelat janganlah risau yer... lambat laun anak anda akan boleh bercakap macam orang biasa... biarlah dia dengan dunia fantasi dia sebentar... nanti dia tahulah nak bercakap...

Bila dah boleh cakap dan kita dah boleh faham apa dia cakap... banyak pulak benda yang dia cakap... pot pet pot pet...

Tak terlayan mama ni... kadang kalau kita salah sebut dia pula yang betulkan...

Semalam abah tersalah panggil dia Dina... eh abah ni bukan Dina... Danialah...

hehehe patut arahan tak diterima rupanya salah panggil..

Hah kan abah terkena balik...

Tahun depan masuk pasti.. moga anak mama cepat belajar dan ilmu yg diterima diberkati Allah.

Tuesday, 27 August 2013

hA bUAT aPA tU..

Anak-anak zie memang suka main gunting kalau kita simpan tempat yang senang dicapai dengan senyap-senyap depa akan ambil main. ... terutama cik Dania yang sorang ni duk dalam bilik senyap2 ingatkan dia buat pa... sekali mama terjah... ooo main gunting dia... 
apa jadi bilik penuh dengan sisa guntingan dia.. emm tapi tak lah saya marah dia.. dan akan ambil gunting tu simpan semula bila dia dah tak guna... sekali terperhati kat cadar bilik kakak terkoyak macam kena hirisan.. emm apa lagi bekas gunting lah tu..
Itulah sebab tak nak bagi depa pegang benda2 tajam tu... mula2 elok lah gunting kertas sekali kita tak perhati skelip mata jer depa dah meneroka ke tempat lain...
adoi hai... kalau zie ok boleh lagi biarkan kalau anak-anak main gunting.. tapi kalau abah dia tahu emm memang tak berpeluang lah depa ni nak sentuh benda tajam.. kalau main sesorang tak pa.. ni kalau ramai takut tersilap melawak atau berebut tu yang bahaya balik tu.. 
nak bagi anak main atau explore benda2 cam ni kena lah diawasi selalu tak leh nak biar macamtu..
dah pulak sekarang ni si baby selalu join kakak2 dia main emm lagilah tak harap... 

gambar dibawah ni ketika Dania dok sorang kat rumah senyap2 je dia masuk bilik sekali mama usyar ooo main gunting...

sekali mama terjah... lain mukanya... 

ingatkan nak simpan,  tapi dia kata wat kerja sekolah... emm


p/s : dekat taska Dania memang didedahkan menggunakan gunting.. tu yang mama tak kisah dia nak main..
tapi yang tak sioknya di guna gunting untuk gunting benda lain.. so sekarang ni penggunaan gunting adalah dilarang.. sebab abah dah ambil simpan.. huhu..

Thursday, 14 February 2013

Salah Mama Sebab tak Belajar Cakap German...

Siapa pandai cakap German kat sini? walaupun dah 3 tahun bersama dengan anak dara kedua tu tapi mama masih tak fasih cakap bahasa german... kena gi belajar dengan anak ponakan lah Mohd Hanif Osman.. dia kan baru balik dari German sah-sah terrrer... tapi haritu balik kampung suruh dia cakap dengan Dania dia pun tak paham.... hahaha geleng kepala dia....habis tu camno?

Al kisahnya si Dania ni nak belajar kencing kat bilik air..... satu hari si anak ni bagitau kat mama..
"mama nak cikelat", mama pun dengan pantas jawaplah, ha pergi ambil kat peti ais ( mama paham si anak ni nak cokelat)... tanpa hiraukan dia.. coz sibuk ber watssap.. hehehe 
Si anak ni pun pergilah dapur pastu patah balik tiba2 dia kata " mama Ania kencing".. eh alamak... mama pun tanya balik kenapa tak cakap?...so kenalah mengemop bagai... 

Lepas 2 hari.. mama dengar lagi ayat macam tu, tapi hari ni mama macam faham sikit ayat dia, so mama pun cepat-cepat bawak dia pergi toilet... pastu barulah teringat balik... rupanya haritu yang terkencing dalam seluar tu rupa-rupanya nak "kencing kat toilet" emm mama pun bagitau abah, abah emm senyum jelah... haha  terkenalah mama ni...

sebenarnya mama selalu pesan kat Dania kalau nak kencing kena pi Toilet...So anak mama ni memang dah taat ikut perintah... memang dia dah cakap nak pi toilet.. cuma mama ni yang tak faham bahasa german dia.. huhu...


apapun tahniah kat Dania... alhamdulillah dah mau kencing kat toilet.. walaupun agak terlambat dari Kakak Dina... 

p/s : nak jugak tempek gambar... walupun tidak ada kena mengena... hehehe cayang anak mama..

Thursday, 10 January 2013

Cara Nak Elak Tertukar Beg Kat Taska





Alkisahnya, kelmarin baru dok sembang dengan kak Ima kat ofis pasal beg anak dia tertukar masa dok taska dulu..., Zie pun cakaplah belum ada pengalaman beg bertukar ni...Tup tup balik petang semalam masa nak ambil baju Dania nak basuh tengok2 baju orang lain... Sah2 Tertukar masa kat Taska...
Ni pengalaman barulah tertukar beg sekolah anak, sebab Taska tu sponsor beg sekolah untuk anak2 permata ni...maknanya semua beg samalah... Masa nak balik sah2lah tak cam.. Sekadar ada nama ja... Budak2 bukan reti baca lagi.  So cikgu dia cadangkan buat tanda kat beg supaya anak boleh cam... So setelah berfikir mama pun buatlah cam kat bawah tu... Hehehe ok jugakkan?...harap lepas ni dia akan cam beg sendiri.. bila mama tanya dia tengok Dania cantik tak, Dania macam teruja dan kata wah cantiknya,,,
Mama tanya lagi ni apa? dia terus jawap "Poosh" heheh eh tahu pulak dia, walaupun sebutan tak berapa betul. Mama kata Pooh lah.. dia pun ulang balik Pooh.. hehehe

Psst : beg yang dapat masa masukpakaian beragam tu dah bagi Kakak tuk buat pergi mengaji malam...heheh buleh gitu? ... Sib baik Dania tak marah.. heehehe..

Psst: lagi hari ni Dania tak pakai pampers ke Taska, emm abah kata cikgu dia nak latih... fuh lega rasanya... sebab mama dok train dia macam liat nak ke toilet.... Dania ni pancing sket... kalau toilet busuk dan dan tu dia muntah, kalau tak muntah dia cakap emm buchuk... emm memang sikslah nak ajak dia ke toilet, cuma masa mama duk lam pantang dulu tu ja dia nak ke toilet pastu tak mau dah...

Monday, 31 December 2012

Cara Dania Belajar ABC

Alhamdulillah, tak sangka sejak saya beli Samsung Tab 7.7 haritu, Dania banyak belajar dengannya. Bukan hanya game, tapi banyak manfaat kebaikan..saya ada upload games bentuk pembelajaran kanak2.. dan ianya sangat berkesan... masa mula Dania main dia macam belum faham arahan dan kenal ABC tapi selepas beberapa minggu dia main nampaknya kali ni dia tekan huruf yang betul... dan saya cubalah nak uji dia secara tulisan tangan dan saya tulis dan tanya dia ni huruf apa, sepantas kilat dia jawap dan betul... emn memang suka sangat...moga Dania akan lebih cepat belajar... bukan saja main games saja pandai tapi boleh juga asas ABC...

Kiranya dari A to Z dia dah boleh kenal huruf2 tu. ...

Cuma huruf W saja dia sebut U dia tak reti sebut penuh... ok lah tu kan....
cayang anak mama..





posted from Bloggeroid

Monday, 24 December 2012

Selamat Hari Lahir Nur Dania Zahira

Alhamdulillah hari ni 24 Disember 2012 telah genap umur Dania 3 tahun aduh cepat kan masa berlalu rasa macam baru semalam melahirkan baby comel ni.... emm masa lahirkan Dania memang banyk dugaan dan rintangannya, tapi dapat ditempuhi dengan fikiran terbuka, bersama kesabaran...
Dania memng anak aktif, bijak, kadang2 kelakuan dia tak tercapai dek akal pun... haha kalau dia buat nakal
, memang susah nak marah dia, ada saja gelagat yang dia akan buat.. Dania juga seorang kakak dan adik yang baik... emmm setakat la ubat memang susah dia nk makan, tapi tetap dipaksa mama dan abah, masih menyusu botol, pampers masih pakai, dah latih tapi tak menjadi huhu.. tahun depan masih ditempatkan kat Taska Permata... kalau nak pi Taska memang dia bersemngat, senang mandi pagi, dan mudah nk siapkn dia ke Taska.. moga anak mama akan cepat belajar kat Taska.. dn jadi anak yang baik dan solehah... Mama sayang Dania... sayang ketat- ketat...







Saturday, 22 September 2012

Musim Demam ke?

Semalam dah rasa badan Dania agak dedaq.. emm macam nak demam, bangun pagi tadi, dah sah sah panas terus masukkan ubat, ok kejap ja petang tu panas balik, pastu bagi makan ubat, macam biasalah kalau bab makan ubat ni memang kena paksalah.... partyang pling susah... apapun berjaya juga setelah mendapat pertolongan abah... malam ni panas jugak harap esok beransur baik..
Dania kalau demam ada masa elok main, ada masa dia akan merap... kalau dia merap tu memang kena dekat ja dengan dia...


harap tak jangkit kat Dina dan Baby yer....Dina plak asyik batuk jer...

p/s : baru nak BW line tenet macam hampeh... geram toi....

Wednesday, 8 August 2012

Gaya Rambut Baru


Akhirnya mama dah hilang sabar dengan rambut Dania, huhu
so terpaksa potong jugak... cute je dia masa duk kat kedai rambut tu... 
serius jew Dania ni.. sesuai jugak rambut pendek, tapi rambut tu kembang, coz rambut dia lebat..

Ha ni dia Rambut baru Dania... dah tak macam Suri


Haritu memang dok bernyanyi2 nak gunting ke tak nak! akhirnya mama gunting jugak, rimaslah sudah
p/s : hari ni nak pi Penang ngan abah, pi copping lagi.. huhu..

Thursday, 12 July 2012

Dania Dah Pandai Tekan-Tekan

Emm Dania sekarang dah pantai tekan game kat HP mama, kalau boring main game dia tutup game, dia bukak Video rakaman aksi2 mereka berdualah, emm paling suka gamelah, tak cukup HP mama TAB mama pun dia dah pandai bukak.. hukhuk habis semua jadi hak mereka..mama nak guna pun kena berebut dulu..
sabar jelah..huhu dulu dia tgk ja kakak main, sekarang dia lg pandai. kakak pun kadang dah tak berpeluang, selalu mengalah ngan Dania. sian anak mama yang sulung ni..




p/s : Mama ada azam sempena cuti ni dgn Dania, nak ajar dia belajar buang air kat toilet.. emm agak2 berjaya ke tak? huhu kena usaha lebih..

Thursday, 5 July 2012

Gaya Rambut Baru 2012

 


Hanez Suraya
Dah macam rambut ala2 Hanez Suraya cerita Suri  tv3 jer.. hehehe


Cun tak rambut Dania macam ni?
huk huk sebenarnya, rambut Dania ni cepat serabut @ selerak, kasar.. tak tahu fesyen apa yang sesuai...
kalau si kakak Dina rambut dia lurus, halus senang kembali keasal kalau diselerak kan..tapi kalau panjang pun selalu kusut @ karut.. tu yang mama potong pendek tapi sama...

ni si Dania sorang ni, susah sangat tadi repair sikit rambut kat telinga dia, pastu potong lagi rambut yg selalu kedepan, 
bila di sikat rapi eloklah
bila biar lama sikit atau selepas dia tidur bila bangun akan mulalah kembang semangkok rambut dia ni..
memang ingat nak potong pendek, haritu pi kedai Amoi tu kata dia tak sesuai rambut pendek.. Amoi tu suh simpan bagi panjang.. ala ye ker?  so terpaksalah tgk keserabutan rambut Dania.. 
Mama suka ikat, tapi dia tak selesa bila kita ikat, dia kata sakit... 
Hari ni mama tak ikat rambut dia, nak tgk elok tak, .. 
kalau buh minyak lagi kasar rambut dia.hukhuk 

Keputusannya.. kalau mama rasa geram, mama akan potong pendek terus.. hua hua hua..padan muka mama..

Kadang mama usik dia kata hantu kak limah huk huk dia gelak jer...

p/s : susah sangat buat kerinting macam anak buah Zie baru tau.. hehehe
nak tgk rambut kerinting anak buah Zie klik kat bawah ni



Diana anak buah Zie

Friday, 22 June 2012

Mama Baby Gigit Pipi

Salam Jumaat untuk semua... hari ni kisah Dania lagi,
kelmarin Zie tengok dia syik dok sayang baby... sampai baby pun rimas... zie lagilah risau dia tindih baby,
apapun dibawah pengawasan Zie lagi..
bila lalu je nak kiss baby..semalam dapatlah snap gelagat dia,
masa dok snap gambaq dia dok sayang baby tiba2 dia kata sambil memek muka yang berkerut
"mama ngok ni baby gigit pipi Ania..."
la ye ker, ala sian Dania, sambil mama buat2 marah baby...
emm dia yang sayang bagi pipi kat baby, dia nak salahkan baby gigit dia plak.
yelah baby kan kalau sentuh je mulut dia mesti dia tenganga cari susu kan?
ni dah si Dania sua pipi baby apa lagi mau ngap lah...
hehehe 




tengok tu baby dah ingatkan susu dia, mulalah bukak mulut


rupa-rupanya pipit Dania..



Mama tengok ni baby gigit sini..

 

siap sapu lagi bekas air liur baby tu hehehe


Yey dah tak dak dah..
p/s : Kadang rimas jugak kejap2 nak sayang baby,  penat jugak mama.. heehhe apapun kakak yang penyanyang sungguh...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers