Showing posts with label Kawan Blogger. Show all posts
Showing posts with label Kawan Blogger. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Pertemuan Tak di Rancang dengan Blogger Kak Nor Cinnamon.Com

Raya kedua kami beraya lagi, kami ziarah sanak saudara lagi, ikut kemana mak nak pi kami bawak... mak sebut nak jengok Maklong so kami kerumah maklong lepas balik dari rumah maklong kami kerumah abang dan kak manis.. di Taman Mahsuri Padang Serai.. rombongan kami 2 buah kereta tiba... kak manis buat laksam + laksa.. lepas makan ingat nak angkat kaki balik.. tetiba anak buah sampai bagitau bakal tunang dia dan rombongan nak sampai... berbalas kunjungan lah ni yer... sebab semalam kakak, abang dan mak pi rumah depa dah... so hari ni depa mai rumah pulak... ingat nak balik jugak sebab sat lagi jammed.. 

pastu Kakak zie kata tunggu lah sat leh tengok bakal anak buah baru ( tapi ai dah pernah jumpa kat Jusco haritu) ok tak palah tunggu lah.. bila tetamu datang bersalam semuanya... tetiba Kak Nor tegur Zie.. tanya ni blogger sayangkuzie kan? Ni kak Nor lah blog Cinnamon.com ...
aa nak ngaku tak ngaku sama banyak. Macam jelas tak jelas je kak nor cakap... pastu kak nor ulang lagi dan lagi... haah baru iyer..
 sebab tergamam tak percaya boleh jumpa kat sini...hehehe kak nor cakap dunia ni kecik je kan.. 
 dan tak sangka Kak Nor Cam suami, anak Zie si Dania.. dan Zie sendiri... 

dan tak sangka jugak leh jumpa dirumah Kakak ipar.. 
pastu Kak Nor tanya hubungan dengan Amirul / tuan rumah ni?
Zie kata oo Amirul ni Anak abang, yakni anak buahlah.. dan tuan rumah ni Abang dan kakak iparlah..
ooohh dan begitulah sebaliknya Kak Nor pun adalah mak saudara kepada bakal tunang anak buah zie ni.. Apa nama tak ingat lah pulak.. 

So maknanya Anak saudara kami akan bersatu tak lama lagilah... 
celoteh Kak Nor ooo nanti kita ada bau-bau bacang lah... sambil tergelak sama-sama. hehehe

So inilah keluarg Kak Nor yang datang bertandang kerumah SIL,
Maaflah yer apa yang kurang yer..
gambar dengan kak nor tak sempat nak snap... Huhu





Tuesday, 14 May 2013

Oh Ruhill Husna Mohammad dan Dagu terbelah Saya

Saya dah jumpa kawan lama saya yang terpisah... sejak 20 tahun dahulu... oh tidak lamanya...sangat terharu....

Rentetan keterjumpaan kami di alam maya ni...adalah seperti dibawah....hehehehe

Ahad 12 Mei 2013 dat mesej kat FB ayat tak tahan Ruhill Husna ada lah Dagu Terbelah ( heheh kembang semangkok) waduh waduh.. ingat jugak Husna kat dagu terbelah saya yang comey nih... hahaha
alhamdulillah jumpa juga dengan sahabat lama.. kalau sekarang orang panggey BFF lah yer...
sangat lama.. kami berkawan masa umur 13 tahun dan sempat berkawan setahun sahaja... lepas tu saya pindah dan tukar sekolah... dan dialah satu2 nya kawan yang paling rapat.. tak sangka dapat bertanya khabar jua walaupun belum pernah bersua muka lagi...

Saat manis bersama waktu dulu tak terakam dek kamera, maklumlah dulu nak dapat kamera pun susah... rasanya tak ada walau sekeping gambar kami bersama... sangat merinduinya... 

Ingat lagi dekat awak Husna... Orangnya lembut sangat tapi kalau gelak no 1 kan? cara jalan susunan kaki dia tu yang masih segar diingatan... hehehe suka cubit orang... rajin, baik...






Saya tanya dia camna dia bleh terjumpa blog saya.. dia kata dia tengah search nak cari perkembangan kandungan 7 bulan so dia jumpalah satu blog ni.. bergambar dengan saya..dan nampaklah dagu saya terbelah saya.. heheh  boleh teka lah sapa... sapa lagi Ina lah blog Intan berlian..kat entry ni terbelah ker dagu saya? hehehe 

Ha gambar ni lah (copy dari blog Ina) yang Husna perasankan dagu terbelah saya.. 
jadi lepas dia jumpa gambar saya dan ina ni dia pun terus masuk blog saya dan terus menyapa saya kat FB..

Inilah Ruhill Husna


p/s : berkat berblog terjumpa kawan lama... 




Wednesday, 24 April 2013

Alisha dan Aqilah dan Rayyan


Banyak pulak dan disitu.. hehehe ha kenal tak budak comel ni... ini lah Aqilah adik Alisha, anak Ina si Intan Berlian.. hehehe jumpa kat rumah mil kenduri kahwin adik ipar...waktu pic ni diambil Ina tengah makan kat luaq so zie ambil Aqilah masuk rumah bergambar dengan Rayyan jap... bagus la Aqilah ni sikit pun dia tak menangis.... apa lagi lensa kamera ku terus tembak aksi depa dua... hehehe serius jer depa dua ni....
Kakak Alisha pun ada pic dia.. cute lagi, pandai dia posing..... nak tengok scroll sampai bawah....





Ha tengok  Aqilah tu terkejut kot bila Zie snap gambar dia..


Ha tengok tu kakak ALisha dengan gaya ala-ala Datin gitu.. so cute..
muka tu nak senyum tak senyum ja... 


Dulu masa jumpa kat kenduri sebelah MIL Ina takdan nak bergambar dengan Alisha dia tidur kali ni baru dapat snap dia.. . comel tak kak ton? hehehehe ayat berhantu, nak jugak bubuh. hehhe

p/s : banyak lagi gambar depa ni tapi bila tengah taip entry kat tab dia ter delete so tinggai 3 keping ni ja.. nak bukak laptop balik lambat lah.. huhu.. so layan...

Wednesday, 17 April 2013

Jumpa Khairul Ilhami Hassan Blogger Gilamodified @ Autoshow Jusco Bandar Perda

Pada mulanya ingatkan tak mau pi ajakan en abang sebab haritu sakit kepala tak hilang lagi...pikir balik lama tak bawa anak2 jalan -jalan pi jugak lah... layan kereta lebih kurang tetiba jumpa abang glamer nih...siapa lagi manager yang uruskan event ni lah... blogger jugak dia ni.. Gilamodified pi lah terjah kalau nak tengok kereta yang super duper lawa... selalu jugak en Khairul ni datang jengah blog ai yang tak seberapa ni... huhu tak sangka leh terserempak... en abang ai dok layan jugak FB Khairul ni.. ai plak layan blog dia.. hahaha kat sana berjumpalah kami...so layan jelah pic anak2 ku berposing dengan kereta kesukaan mereka....

Tuesday, 4 September 2012

Jumpa Lynn Blog Lilin @ Ina Kawan Lama

Salam Selasa Lambat bersiaran hari ni, tadi ada majlis Sambutan Kemerdekaan kat sini...meriah betul... best sangat.
Kali ni jumper blogger lagi .....
Ha kenal tak Wajah cantik lembut ni, emm pasti ada yang perasan akan kehadiran dia dalam dunia maya ni. Biarlah Kubermimpi milik Lynn, sekarang dah jadi Blog Lilin yer
sebenarnya kami ni dah lama kenal, kawan masa sekolah menengah, antara kawan sekolah yang rapat dialah salah sorangnya dari 3 orang. walaupun bukan kawan sekelas, tapi kami masih berhubung baik sampai sekarang.. hampir 18 tahun kami kenal, kenangan bersama tak munkin dilupa, Lynn ni atau Ina panggilan manja dulu ni ramai kawan, tapi banyak2 kawan2 dia bukanlah kawan2 terbaik Zie hehe buleh gitu, hehe... ingat lagi masa dia kahwin semua yg datang kawan2 kelas dia, hanya zie jer bukan kawan kelas tapi join sekaki tumpang bergambar.. huhu takpalah kan janji kenal jugak kawan2 dia, kenal gitu2 ja. gambar tu kat bawah sekali.

Apapun tahun ni dapat berjumpa dengan Ina setelah hampir dua tahun tak jumpa, kampung kami ni dekat jer, oleh kerana masing2 ada jadual raya sendiri tu yg membuatkan susah nak bertemu. tahun ni curi2 juga waktu dan dapat jugak meluangkan masa bertemu.
Dia ni dari dulu sampai la slim molim, zie je pasang surut, la ni pasang tak surut2. hehe




Masih lawa ina macam anak dara jer. jeles tau.







Sempat lagi snap sirih junjung hasil seni kakak Ina

anak2 dia dua orang dah besar2 dah
ha ni gambar masa dia kawin semua tu kawan2 dia (kelas dia) zie je sesorang kat tengah2 tu(baju pink), tumpang sekaki walaupun bukan kawan sekelas kami kawan seasrama waktu form 3
gambar curi kat link ni jangan mare yer Lynn

apapun sangat2 menghargai persahabatan ni, mudahan kekal sampai cucu cicit, sebab zie tak ramai kawan, dalam banyak2 tempat yang zie pi akan jumpa 1 @ 2 ja kawan kekal, kawan tak kekal tu ramai la. huhu.maksudnya yang masih bersapa dan jumpa.
antaranya Ina, yan Norma (sek Men) Fida & Nurul ( IKM) Shida (waktu kerja SP) Nuri (PMD Kulim) CT & Kak Ita (kerja Sbrg Jaya)

Monday, 3 September 2012

Jumpa Ina (Intan Berlian) dan Jaa

Jumpa Blooger Femes, siapa lagi puan empunya INTAN BERLIAN cute je Ina ni, walaupun tengah pegnent tapi slim je.. boleh bergaya lagi dengan baju kurung pahang tu. chumel jew. Kami berjumpa di majlis pekahwinan adik ipar Ina dan Jaa Sebab dekat sangat dengan rumah Zie tu yang pulun jugak pi, ajak en suami dia pun ok ja, so bawaklah anak2 tiga orang tu sama.
Masa sampai tu dari jauh dok tengok2 muka yg agak2 kenai, masa tu tengok Ina dok layan Alisha main kat luar, bila zie sampai dekat terus tegur Ina, 
pastu Dapatlah jumpa Jaa sekali iaitu biras Ina, Jaa dah sarat menunggu hari nak bersalin je. masa zie makan Jaa amik Rayyan, tapi Idlan jeles, ibu dia risau macamanalah nak dapat baby esok... hehe tak pa nanti dia biasalah tu. 
Masa zie makan Ina tidurkan Alisha so tak sempat amik pic dia, 
walaupuan sekejap ja jumpa, tapi pertemuan yang bermakna , terima kasih Ina sudi jemput akak ke Majlis ni... dan bolehlah berjumpa dialam nyata...
jom layan pic kami.
Insyallah ada masa kita jumpa lagi...




Jaa sempat dukung Rayyan

Ina pun tak lepaskan peluang pegang Rayyan, ala dah meragam



Bergambar lagi.. da jumpa lagi nak balik dah.\

p/s : Haritu Jumpa Nureen Klik SINI
Update : Tahniah Jaa Selamat melahirkan baby Boy..

Tuesday, 28 August 2012

Beraya di Rumah Nureen

Alhamdulillah akhirnya bertemu jua, ha inilah pertama kali Zie jumpa dengan rakan blogger, dengan siapa? dengan tuan empunya gambar kat bawah tu kenal tak, mestilah kenal kan, Nureen tuan rumah kepada My Luvly Family, mulanya Zie rasa segan nak jumpa Nureen ni, tapi oleh kerana 2 kali jugak dia dok ajak Zie ke rumah MIL dia so dengan riang hati raya kedua setelah pulang dari rumah tok en suami kami pun singgah ke rumah MIL Nureen, tak susah nak cari rumah Nureen ni. dua kali pusing ja.. hehehe tu yang senang kalau yang susah, 10 kali pusing pun tak jumpa.. huhu

Mama Zie dan Mummy Nureen ni rasanya agak malu2 kucing jugak nak bersembang, tapi yang paling rancak berbual Abah dan Daddy yang paling rancak.. hehehe..
Anak2 berkawan dengan masing2 menunjuk kepakaran dalam bermain TAB... main game, huhu.. 
macam2..
Rayyan dan Emir sama besar ja...Emir meragam sebab mengantuk, tak dapat sembang lama dengan Nureen coz Emir ajak tidur, hehehe (Nureen tidurkan Emir) mama zie sembang dengan MIL Nureen ja...









Ayat Dani waktu ni Zie perasan 
Mama ajak Dania balik, tiba2 Dania ajak Elisya balik jugak, Elisya cakap Sya tak nak baliklah...hehehe paham jugak dia Dania cakap german hehee

Bye Elisya jumpa lagi ya....

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers