Showing posts with label Taman Lagenda. Show all posts
Showing posts with label Taman Lagenda. Show all posts

Tuesday, 26 August 2014

Dah Rasmi Rumah Baru

Dah mai rasmi rumah baru ku... Alhamdulillah... dah dua kali mai tidor sini... bawa bekal, masak2... best jugak. Hehehe... masak dalam periuk nasi.... idea masa duk study dulu2....skunk diguna pakai lagi....habuan terdesak...

Cadangnya nak bagi org sewa... tapi sebelom ada org nak duduk....  nak jugak rasmi rumah sendiri...tu yang gigih datang tidur semalam dua... sempatlah jugak siapkan grill dan uruskan apa yang belom selesai....
 
Bawa barang macam2.. penuh..
Siap pasang langsir... hehehe mak mertua yang bagi...

Yang paling syok budak2 ni.... luas tanpa sempadan... boleh mai  bola sepak...riuh setaman.... sib baik jiran2 belum ada... kalau tak.. mesti gerun... heheheh


Abang hanif (anak buah) pun mai rasmi.... siap belanja Dominos Pizza lagi... tq
Malam kedua tu kami ajak mak mai tidur sini... mak pun mau walaupun serba kekurangan... tidur atas toto je... bawa bantal sorang satu...dah... malamnya tidur lena....
Minggu ni ingat malas dah nak balik... tapi en suami ajak lagi... emm tgk lah macam mana.... letih pulak rasanya.......
In Sya Allah kalau tak ada org nak sewa lagi kami akan sentiasa balik sini... untuk bercuti....hehehehe





Monday, 9 June 2014

Dah Dapat Kunci Rumah

Akhirnya setelah 7 bulan penantian.. kami dah dapat kunci rumah .. termasuk rumahlah...bukan kunci sahaja...eheheheh  semalam dah gi seattle payment apa2 yang patut so dapat lah kunci rumahku... ini merupakan rumah kedua kami... dan yg best sebab rumah pertama nama sendiri....

Payment yang kena bayar Interest lewat bayar oleh majikan : RM 800.00
Cagaran air :RM 267.00 
Dan bayaran untuk peguam : RM 1743.00
Total semua RM 2810.00
Adoi parah makcik... sakit makcik bulan ni takleh nak beraya sakan lah... dah tak boleh nak membazir kena berjimat cermat... sebab bulan 8 ni dah start potong bulanan duit rumah RM 546.00
Tak boleh dah nak enjoy sakan... ala kadar jelah kita yer... 





Amboi bukan main laju je duit mengalir ye bila dah dapat kunci ni...
Rumah belom duduk dah kena bayar cukai pintu, cukai tanah... 
Belom lagi daftar cagaran TNB lagi rm 200.00 jugak tu... 
Mana dengan nak buh lampu dan kipas lagi adoi mak... pinjam kan saya duit... huhu
Tenat jugakkan...

Tak mo berleter panjang... apapun kena juga cari duit secukupnya untuk melengkapkan rumah itu sebelum didiami... masih berfikir nak sewakan atau biarkan... tunggu kami pindah tahun depan.... kalau nak ikutkan tak lama je lagi... tapi tunggu dulu apa keputusan disini... harap keputusan yang membahagiakan semua orang... 
Moga ada rezeki kami walau dimana berada...
Ketentuan Allah dah terbaik buat semua orang... 

Ps: ciwi kejap pose membuka kunci rumah... untuk jejak pertama kali masuk rumah..
Dulu dok hairan kenapalah org beli rumah  banyak2... so bila dah sendiri alami... baru kusedar kenapa dan mengapa aku beli rumah...suatu keputasan yg mengubah segalanya2... tetutama dlm payslip aku lah.... bulan 8 ni... 
huhu....dan satu lagi... adalah
 sebab harga rumah dah makin melambong naik.... adoi mak.... mahal giless... 
Kalau nak sewakan mungkin 300 jew.. macam tak berbaloi je harga sewa...

Thursday, 17 April 2014

Dah Ada Nombor Rumah

Hujung Minggu lepas balik kampung ziarah mak dan keluarga, apa lagi sempat lah menziarah rumah pertamaku ini... emmm nampak gaya makin nak siap... Tar dah ada no rumah dan juga cermin sliding door, 
cat pun macam dah cantik.. pokok2 sedang ditanam. payment dah 80%... pasni tunggu apa yer...
mungkin banyak lagi prosediur sebelum nak dapat kunci kan? apapun sabar menunggu..
agak2 Raya ni leh ke duduk... duduk lepak tanpa barang2 lah...
leh merasa tidur di rumah ni.. ajak kaum kerabat buat kenduri ke, makan2 ramai2.. berangan jew...
itu cerita kalau dah siap dan dapat kunci lah... huhu...
kalau belum lagi plan B lah jawabnya.




Mak pun buat lawatan pemantauan... hehehe
p/s : entry dah jarang-jarang... no idea.. no cerita hanya gambar tanpa bicara.
Lawatan 2 bulan lepas di SINI



Monday, 24 February 2014

Taman Lagenda Padang Serai 23 Feb 2014

Semalam dapat ronda ronda tengok progres rumah... nampaknya hutan lalang kat depan tu dah clear.... laluan depan rumah dah turap batu... tar je belum...
Buat kali pertama kami dapat lalu depan rumah dan masuk didepan laman... cuma grill tu berkunci so tak dapat masuk dalam...... grill depan dah pasang.. pintu cermin je belum... tak lambat dah tu... rasanya bulan 5 ni siap sepenuhnya apa.... target raya ni masa balik kg lehlah duk sini...  ajak adik beradik mai... pakat2 masak makan3...lepak lepak.... tak sabar ni.... sayang pulak nak sewakan.
Taman Lagenda Padang Serai Fasa 7
Buat Pertama Kali Menjejak ke Laman Rumah


Taman Lagenda  Fasa 7 Tinggai nak buh tar dan cat 

Masa kami sampai tu kebetulan baru lepas insiden kat jalan besar betul2 depan rumah kami.. alahai kesian pulak... 

Wednesday, 25 December 2013

Alhamdulillah Wishlist 2013 Tertunai

Sedikit review antara wishlist saya tahun ni..semuanya tertunai dan termakbul Alhamdulillah sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Cuma bertambah satu iaitu terbeli lagi sebuah rumah.. hehehe yang ni memang tak terancang.... Tapi sangat bersyukur sebab ada kisah disebalik beli rumah tu... yang boleh dikatakan memang berbaloi dan bermanfaat. Nanti kita cerita yer...
Sebenarnya wishlist saya tu 3 je... tapi terjadi 4.. tapi yg keempat tu belum siap sepenuhnya lagi...

1. Beli kamera sony nex entri SINI
2. Henpon S4/ macam nk sambar note 3  pulak. Huhu entry SINI
3. Ubahsuai rumah entry SINI
4. Beli rumah baru (tambahan) entry SINI

Korang pun mesti ada keinginan sendiri kan... moga semuanya telah termakbul dan tercapai... In Syaa Allah..Alhamdulillah





Friday, 20 December 2013

Apa Perbezaan Pembiayaan Dan Pinjaman?

Emm nampak macam sama tapi ada kelainan didalam 2 konsep ini... semoga menjadi panduan untuk kita berhutang cara yang betul....


Ramai juga keliru dan ada juga tak tahu apa beza pinjaman dan pembiayaan. Ayat yang paling mudah bagi membezakan 2 kata di atas ialah pinjaman merujuk kepada sistem perbankan kovensional dan pembiayaan merujuk kepada sistem perbankan islam. Oleh kerana sudah ramai di luar sana yang sudah terbiasa dengan penggunaan kata seperti pinjaman atau loan, maka kata “pinjaman” juga digunakan bagi produk perbankan Islam.

Bagi orang Islam, sebenarnya mereka tidak ada pilihan untuk menggunakan produk perbankan Islam walaupun ada beberapa perbezaan yang nampak di mata kasar perbankan kovensional lebih menguntungkan. Apa pun selain untung di dunia, untung di akhirat juga perlu diambilkira.
Apabila sebut berkenaan pinjaman atau produk kovensional, ianya tidak akan lari daripada riba. Riba ni adalah haram di sisi Islam. Dosa amalan riba ini amat besar dan umpama berperang dengan Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ayat Al Quran berkenaan riba seperti di bawah :

Allah berfirman :
Maksudnya; ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)

Perumahan di Taman Lagenda Padang Serai



Definisi

Pinjaman ialah suatu kontrak yang mana kita memberi wang kita kepada yang memerlukan dengan syarat, kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman boleh jadi islamik (tanpa lebihan / riba) dan boleh jadi pinjaman berasaskan riba.

Pembiayaan pula ditakrifkan dengan KEMUDAHAN BERHUTANG. Di sini, ada banyak cara untuk memberi kemudahan tersebut. Antaranya ialah kaedah membeli dan menjualkannya dengan harga tinggi (Murabahah / Musawamah), kombinasi pinjaman serta sewa (Musharakah Mutanaqisah), Ijarah (Pembayaran perkhidmatan) dan juga pinjaman itu sendiri. Dengan inovasi tersebut (selain dar pinjaman), secara tidak langsung, si pemberi pinjam mempunyai hak untuk mendapat perolehan tersebut.

Dalam kaedah Murabahah, si pembiaya (bukan pemberi pinjam) biasanya (dan sepatutnya) merupakan usahawan. Jadi, dia sepatutnya bertanggung jawab terhadap kerosakan barang yang dijualnya. Itulah risiko yang dia hadapi. Justeru, dia mempunyai hak untuk menaikkan harga barang tersebut.

Dalam kaedah Musyarakah Mutanaqisah, Si pembiaya mempunyai share ke atas barang yang dibeli bersama-sama pembeli. Jadi since pembeli menggunakan share pembiaya itu untuk kepentingan dia (seperti duduk dalam rumah yang dibeli bersama), maka di samping membayar balik hutang pinjaman barang itu tanpa riba, si pembeli seharusnya dikenakan caj sewa berdasarkan peratusan share oleh pembiaya tersebut.

Untuk Ijarah, PTPTN selalu pakai konsep tersebut. Dia ada rental rate (bukan riba w/pun pengiraan macam interest) macam Musharakah jugak, juga bayaran balik pembiayaan tersebut tanpa riba.

Jadi, kita kena betul2 define perbezaan antara Pinjaman dan Pembiyaan secara menyeluruh!



Saya baru lulus Pembiayaan Perumahan ini... moga info ni menjadi panduan untuk kita semua... saya pun keliru kawan2 terdahulu pinjam duit beli rumah di sebut Pinjaman... sekarang di panggil Pembiayaan. so inilah yg membezakan Pembiayaan dan Pinjaman.. sama-sama kita belajar dan memahami 2 konsep ini.



Thursday, 19 December 2013

Pembiayaan Perumahan dah Lulus

2 minggu lepas masa aku tengah sibuk dengan kerja... anak pulak demam.. kepala serabut tetiba datang berita gembira ni... Alhamdulillah syukur... apa dia ha inilah masa dan masa yang dinanti2..

Permohonan Pembiayaan Perumahan dah lulus... lulus 100% hehehe..
tapi masa dapat surat kelulusan dari HQ tu dai lampirkan beberapa lagi aggrement antara Pemaju aku dan majikan.. adoi borang tu semua kosong... contoh pun tak dak... camno nak isi?

so tertangguh kat situ dulu... call hq tak berjawap... 
minggu lepas aku try lagi nak isi tapi tak mampu memang tak reti...
 tetiba dapat tanya org HQ depa kata tak payah susah isi lah hantar 
terus kat peguam nanti depa buat semua..

la ya ka.. awat tak cerita awai2...
apa lagi aku terus call pemaju bagitau depa... borang tu nak hantar ker? 
depa kata tak payah.. cuma faxskan surat kelulusan dari HQ jew... 
cuma borang tu hantar kepada peguam yang dilantik...
lagi senang... semua depa yg uruskan..
.adoi kalau ku tahu dah ku faxs lama dah...
tak pa2...
sabar...ye takkan lari gunung dikejar..
bukan apa sejak mula dok proses loan tu dah 3 kali
dapat surat reminder dari pemaju ... 
adoi pening kepala...maksu ni..
hehehe
emm bukan apa yang jadi lagu tu sebab tak baca cara2 atau pun arahan dia bagi habis...
 terutama arahan kat bawah ni.. adoi makcik jugak yg silap...




Selesai suadah bab ni... tunggu next bab pulak...
minggu dulu balik tengok rumah dah naik tembok... 
Moga tahun depan lehlah rasmi rumah tu... 

Monday, 28 October 2013

Proses Pembiayaan Perumahan

Alhamdulillah dah selesai pun buat permohonan Pembiayaan dari mara. Mudahan cepatlah lulusnya, ok nak bagitau serda sedikit posedur nak buat loan mara ni. Mungkin sama jugak proses dengan gomen, Cuma ada sedikit kelainannya.

Selepas kami buat bayaran booking rumah dan tapak haritu kami diberi masa seminggu lagi untuk mereka proses agreement dan hantar segala surat peguam dan borang permohonana kepada majikan kita, hehe yang bestnya depa siap isi lagi bab atau tentang rumah dan jenis yang kita nak beli tu, kita Cuma isi tang kita punya part jer.. seperti gaji nama suami atau isteri, nama dan ic kita semua depa siap taip. Bak kata yang mana senang yang boleh depa isi depa isi kita Cuma sain jer, taip semua maklumat yang depa isi betullah, kalau salah kita kena prin semula dan isi balik lah.
Selepas dapat surat dari pemaju step kita seterusnya adalah

  • ·         Pergi ke pejabat penilaian bersama surat pengesahan majikan serta salinan agreement untuk mohon kepada mereka untuk membuat penilaian rumah yang kita nak beli tu.
  • ·         Bila surat laporan sulit penilaian siap kita kita dikehendaki membayar 1% dari harga rumah tapi kalau gomen rasanya percuma jer.
  • ·         Selepas dah dapat laporan penilaian step kita seterusnya mendapat pengesahan bos dan tandatangan kat borang kita terus hantar ke Bahagian Pembiayaan.  (mudahan cepatlah dapatnya) masih menunggu.
Serba sedikit step yang di ceritakan untuk panduan sendiri.



Tengah dok pk lagi rumah ni nak buat Homestay atau nak sewakan..huhu adoi.. camna ni yer..

Thursday, 5 September 2013

Taman Lagenda Padang Serai : Dalam Pembinaan

Selepas diberi masa seminggu kami hadir semula ke pejabat pemaju untuk membuat bayaran deposit. Tiba ja di pejabat tu kami diberitahu lot bahagian depan jalan ada kekosongan sebab loan depa tak lulus... memang lot yuuang kami idamkan... tanpa fikiaq panjang kami terus setuju nak ambil lot tu... so rumah yang kami nak ambil tu akan siap awal 5 bulan dari lot yang satu lagi.. emm memang cepat lah sebab lot rumah tu dah siap 70 peratus... emm so mmemang kena dengan hajat kami nak rasmi rumah tu sebelom raya tahun depan.In Syaa Allah... raya ni leh rasmi.. 
Lepas buat pembayaran deposit kami terus diberi agreemment untuk ditandatangani dan perlu tunggu dokumen siap dalam seminggu. 
Emm tak sangka lot depan jalan yang kami nak tu ada kosong. Emm apalagi kami pun terus pi ke tapak pembinaan usyar rumah yg kami nak beli tu... emm dah nk siap.. huhu cepatnya... tak sabar  pulak rasanya... ekeke.






Entry Pertama Bab Nak Beli Rumah kat SINI

Wednesday, 14 August 2013

Taman Lagenda Padang Serai

Jenuh aku search kat Goggle nak cari rumah2 kat area Padang Serai terutama perumahan yang sedang dalam pembinaan... sampai naik lenguh jari aku dok tekan2 tak jumpa jugak.. pemaju tu sendiri pun tak letak gambar2 perumahan dia kat laman dia.. amboi susah sangat ker.. huhu tak pa lah kebetulan aku dah ke sana dan dah snap beberapa keping gambar model rumah so aku buh ja kat laman aku yang serba kureng ni sikit habuan sapa2 nak tinjau rumah area Padang Serai ni.. moga nampak lah sikit kan...jom aku tepek beberapa keping gambar rumah yang ada...

Bukan apa balik raya haritu aku try servey rumah yang sedang dok buat kat sini, balik sekali sekala tup tup dah siap pun... amboi cepat sungguh... rumah pun macam pisang goreng panas.. laku sungguh... try pi tanya tengok2 dah tinggai 2 blok kosong yang lain dah penuh... bukan apa rasa macam teringin nak beli rumah lagi sebiji.. moga Allah beri kami rezeki untuk memiliki lagi sebuah rumah... walaupun hanya mampu beli rumah teres. Alhamdulillah, nak amik lot tepi yang ada tanah bagai tu tak mampu sangat dah.. so amik rumah end lot jer... lot tepi yang tak bertanah.. tapi belakang dia ad 8 kaki lebih.. wah2 bleh lah kan...

Semi D
Pelan Lantai Rumah Semi D
Dan yang pastinya aku tak layaklah nak beli rumah semi D diatas tu.. huhu

Rumah Teres yang Telah Siap
Pelan Lantai Rumah Teres
Inilah rumah yang kami dok aim.. hehehe moga ada rezeki nak beli rumah ni... 

Ha inilah peta perumahan yang telah pun siap dan masih ada lagi projek perumahan akan datang. Taman lagenda dan Taman Mahsuri Padang Serai

Pelan Lantai Perumahan Taman lagenda Fasa 7

Antara Perumahan Taman Lagenda yang telah Siap

Pelan Lantai Rumah Kos Sederhana

Pelan Lantai Rumah Semi D

Itulah sedikit pic untuk tatapan hampa semua... hari Isnin kami try pi tanya kat pemaju kat SP Wisma Keladi.. tanya-tanya dia kata tinggai 2 blok ja.. so tanpa pikir panjang... sebab dah lama dok pikiaq.. hehehe.. kami pun nak pi bayaq duit booking RM 1500.00 pastu dia kata kena balik pi tanya dulu loan kita lulus berapa dulu pastu bila kita dah tau kelayakan kita dengan gaji kita baru leh pi balik kat depa bayaq duit booking untuk rumah yang kita nak tu.. so dia bagi kat kita tempoh seminggu untuk kita tanya dulu. Rumah yang kita nak tu pun dia reserve kat kita dah...

So Ahad ni dah bleh pi bayar untuk booking.. so bolehlah mulakan proses untuk permohonan pinjaman kita.

p/s Gambaq raya pasni baru upload... huhu

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers