Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

Kaki Tipu Online Masih Berleluasa

Terkini
Semalam dapat berita my Adik yg Chumel ni kena tipu dengan peniaga online, yang menjual gajet terpakai, promosi semua baik bagai bila dah komfirm beli dan bank inn duit tengok duit lesap barang entah kemana, akaun pun dah lebur,, Allahuakhbar, lesap melayang RM 800.00..
Akak bersimpati dengan Dylla, apapun laporan polis dah dibuat moga penjenayah tu hidup tak senang diluar sana, nama u ada no akaun u pun ada,, takkan boleh lari punya...
nak menipu pun biarlah cerdik, kalau nama dah boleh trace tak kemana dunia ni kecil je...
mungkin awak tu ada sebelah bahu kita jew...
Allah tu maha adil, jangan gembira sangat dengan jenayah anda itu.
 Pada Dylla moga lepas ni lebih berhati2, beli online ni boleh tapi dengan harga yg tertentu je...
dan barang tertentu..pastikan ada limit harga barang yang kita nak beli tu..
kalau ye pun kita rasa murah tapi lihat dulu siapa  penjual tu...
kalau rasa macam tak berapa nak betul tu baik hentikan je.. tak yah follow..

Bukan nak salahkan semua peniaga online, tapi bila terjadi pekara macam ni sedikit sebanyak terjejas juga nama-nama perniaga online ni...korang sebagai peniaga online mesti geram juga kan? emm apapun ini semua sebagai pengajaran bersama...
p/S : Ai pun pernah beli online, tapi yang bawah RM300.00 jew...
huhu tu pun Alhamdulillah barang selamat sampai.


Friday, 20 December 2013

Apa Perbezaan Pembiayaan Dan Pinjaman?

Emm nampak macam sama tapi ada kelainan didalam 2 konsep ini... semoga menjadi panduan untuk kita berhutang cara yang betul....


Ramai juga keliru dan ada juga tak tahu apa beza pinjaman dan pembiayaan. Ayat yang paling mudah bagi membezakan 2 kata di atas ialah pinjaman merujuk kepada sistem perbankan kovensional dan pembiayaan merujuk kepada sistem perbankan islam. Oleh kerana sudah ramai di luar sana yang sudah terbiasa dengan penggunaan kata seperti pinjaman atau loan, maka kata “pinjaman” juga digunakan bagi produk perbankan Islam.

Bagi orang Islam, sebenarnya mereka tidak ada pilihan untuk menggunakan produk perbankan Islam walaupun ada beberapa perbezaan yang nampak di mata kasar perbankan kovensional lebih menguntungkan. Apa pun selain untung di dunia, untung di akhirat juga perlu diambilkira.
Apabila sebut berkenaan pinjaman atau produk kovensional, ianya tidak akan lari daripada riba. Riba ni adalah haram di sisi Islam. Dosa amalan riba ini amat besar dan umpama berperang dengan Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ayat Al Quran berkenaan riba seperti di bawah :

Allah berfirman :
Maksudnya; ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)

Perumahan di Taman Lagenda Padang Serai



Definisi

Pinjaman ialah suatu kontrak yang mana kita memberi wang kita kepada yang memerlukan dengan syarat, kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman boleh jadi islamik (tanpa lebihan / riba) dan boleh jadi pinjaman berasaskan riba.

Pembiayaan pula ditakrifkan dengan KEMUDAHAN BERHUTANG. Di sini, ada banyak cara untuk memberi kemudahan tersebut. Antaranya ialah kaedah membeli dan menjualkannya dengan harga tinggi (Murabahah / Musawamah), kombinasi pinjaman serta sewa (Musharakah Mutanaqisah), Ijarah (Pembayaran perkhidmatan) dan juga pinjaman itu sendiri. Dengan inovasi tersebut (selain dar pinjaman), secara tidak langsung, si pemberi pinjam mempunyai hak untuk mendapat perolehan tersebut.

Dalam kaedah Murabahah, si pembiaya (bukan pemberi pinjam) biasanya (dan sepatutnya) merupakan usahawan. Jadi, dia sepatutnya bertanggung jawab terhadap kerosakan barang yang dijualnya. Itulah risiko yang dia hadapi. Justeru, dia mempunyai hak untuk menaikkan harga barang tersebut.

Dalam kaedah Musyarakah Mutanaqisah, Si pembiaya mempunyai share ke atas barang yang dibeli bersama-sama pembeli. Jadi since pembeli menggunakan share pembiaya itu untuk kepentingan dia (seperti duduk dalam rumah yang dibeli bersama), maka di samping membayar balik hutang pinjaman barang itu tanpa riba, si pembeli seharusnya dikenakan caj sewa berdasarkan peratusan share oleh pembiaya tersebut.

Untuk Ijarah, PTPTN selalu pakai konsep tersebut. Dia ada rental rate (bukan riba w/pun pengiraan macam interest) macam Musharakah jugak, juga bayaran balik pembiayaan tersebut tanpa riba.

Jadi, kita kena betul2 define perbezaan antara Pinjaman dan Pembiyaan secara menyeluruh!



Saya baru lulus Pembiayaan Perumahan ini... moga info ni menjadi panduan untuk kita semua... saya pun keliru kawan2 terdahulu pinjam duit beli rumah di sebut Pinjaman... sekarang di panggil Pembiayaan. so inilah yg membezakan Pembiayaan dan Pinjaman.. sama-sama kita belajar dan memahami 2 konsep ini.



Thursday, 6 June 2013

Gempar Jambatan Kedua Pulau Pinang Rutuh

Gempaq gila bila tengok berita tadi... dalam kepala ni dok pikiaq cheq Na ja lah.. kawan ofis ni suami dia kerja Site Engineer kat situ... riki punya riki katanya ... suami dia tak terlibat dengan kerja kerja pembinaan kat situ...dia terlibat pembinaan kat laut... syukur Alhamdulillah. . lega.. dan suami dia jugak dah balik kerumah dengan selamat...
Dia kata ada yang meninggal... dan beberapa kenderaan terperanggkap dibawah runtuhan itu... scaffolding tak cukup.. emmm tah lah... mudahan kerja2 menyelamat di permudahkan...aamiinn.
Alhamdulillah syukur orang orang dikenali selamat...

Istifar panjang husna dah lah kawan baru lepas pantang...

Sempat buat lawak lagi... malam ni ramai peminat suami dia telefon... berdering2 tak berhenti.... zie balas.. emm tak lena lah hampa malam ni melayan peminat... hehehe



Ps baru je dok berangan .. dan tertanya2 bila nak boleh guna jambatan ni...


Saturday, 2 March 2013

Al Fatihah buat 2 Komando PDRM yang Terkorban

Gambar Keluarga 2 Komando yang Terkorban


AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, tengahari semalam (Jumaat). Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam tadi. Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Al
lahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.

Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 kematian dan 3 cedera.

MAKLUMAT TERKINI: Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban telah ditunda atas sebab masalah teknikal. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.


Innalillahiwainnailahirajiunnn
copied !

Wednesday, 11 April 2012

Gempa Bumi di Acheh Terasa sampai Penang

Baru sebentar tadi terasa gegaran Bumi bergoyang, subhanallah... kuatnya gegaran itu hingga merasai sampai ke Penang... begitu kecil rasa bumi Malaysia ni... hinggakan gegaran di Sumatera boleh terasa sampai sini..

Thursday, 29 March 2012

Dividen Bank Rakyat 20%



(BANK RAKYAT) UMUM DIVIDEN 20 PERATUS UNTUK PARA PELABUR Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. Pengagihan itu melibatkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM301.9 peratus kepada RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.


p/s : adalah buat plaburan tahun lepas yang RM 500 tu... emm agaknya bila boleh nak tambah yer?..

         yg untung my hubby lah RM ++++  leh tumpang... tumpang tengok... hehehehe

Thursday, 8 March 2012

SBPA BATAL SSM KEKAL...


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA)  dan mengembalikan semula ke skim SSM dengan diberi penambahbaikkan.

Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu beliau juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.



p/S : Alhamdulillah, Apapun tindakan PM kami terima dengan hati terbuka..
Mudahan diberkati dengan kenaikan ini... Terima kasih PM.

Thursday, 1 March 2012

Bayi Tahun Lompat 2012



BAYI TAHUN LOMPAT...Seorang jururawat bersama sebahagian bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya semalam, tarikh yang disifatkan istimewa kerana 29 Februari cuma hadir setiap empat tahun atau lebih dikenali sebagai tahun lompat. - Foto Nik Hariff Hassan


INFO BH

Sunday, 26 February 2012

Proton Tuah Ganti Proton Persona

Cantik bergaya... Hebat gambar Proton Tuah yang bakal menggantikan Persona.. emm cantik jugak yer..
sib baik dah beli kereta baru kalau tengah mencari2 kereta mau dirembatnya proton Tuah ni...
dua kali pandang macam Vioslah pulak..
apapun tahniah..


Siapa yg belum beli kereta rasanya ini pilihan terbaikkk...

Thursday, 22 December 2011

SBPA ditangguhkan





Hari ni memang mengalutkan, termasuklah kelmarin.... tengok tajuk pun dah penat...
semalam kami ada taklimat kat Transkrian mengenai SBPA nilah, untuk sain setuju atau tidak.. dahlah janji dengar taklimat kul 2.30 ptg.. tunggu punya tunggu jam 4 baru penceramah sampai. So apa lagi kalutlah... dah lah laporan penutupan harian belum buat...
jam dah nak kul 6, cepat-cepat sain terus hantar.. sampai ofis terus buat laporan.. kawan yang lain masih dok tanya lenih pasal SBPA, kami ni kalut je balik awal,
dah balik ofis buat laporan ok selesai.....

hari ni plak kami dapat tahu yang ada kelebihan ambil pencen 60, so yang mana yang sain 58 atau 56 telah berubah fikiran nak sain 60... lepas kerja selesai yang kat ofis ni coz ada penutupan akaun.. kami semua bergegas, kejar En Din yang sekarang menginap kat Kulim Inn... nak tukar sain 60 balik...hehehe kesian dia susah payah dengan karenah kami 6 orang ni... tiba-tiba on the way balik bos dapat call kata SBPA ditangguhkan heheh penat jer rasanya... hahah apapun harap yang terbaik jer lah...

Petikan dari laman CUPECS
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Wednesday, 21 December 2011

Wang Kertas Malaysia yang Baru






    • Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
    DenominasiIkon
    RM100Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
    RM50Kelapa Sawit dan Bioteknologi
    RM20Penyu Karah dan Penyu Belimbing
    RM10Rafflesia
    RM5Burung Enggang Badak
    RM1Wau Bulan



    Spesifikasi Wang Kertas Baharu Siri Keempat
    DenominasiBahan AsasDimensiWarna
    RM100Kertas150mm X 69mmUngu
    RM50Kertas145mm X 69mmHijau-biru
    RM20Kertas145mm X 65mmJingga
    RM10Kertas140mm X 65mmMerah
    RM5Polimer135mm X 65mmHijau
    RM1Polimer120mm X 65mmBiru

    RM100 specimen

    Wang kertas RM100
    Keajaiban Alam Semula Jadi
    Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
    Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
    Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


    RM50 specimen 
    Wang kertas RM50
    Pertanian dan Teknologi

    Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon
    ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman 
    pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan 
    salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
    Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong 
    transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor 
    pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
    Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan
     secara Islam.


    RM20 specimen
    Wang kertas RM20
    Hidupan Laut
    Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
    Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
    Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


    RM10 specimen
    Wang kertas RM10
    Flora
    Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
    Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
    Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.



    RM5 specimen
    Wang polimer RM5
    Hidupan Liar
    Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
    Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
    Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

    RM1 specimen
    Wang polimer RM1
    Sukan Tradisional
    Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
    Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
    Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.


    p/S Suka tegok duit RM 20 cantik kaler oren tu..


    Info bank negara malaysia

Friday, 9 December 2011

Perkeliling Gaji SBPA 2012

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana


Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan



4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :


Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:


1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert

dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan;

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Thursday, 8 December 2011

Penyusunan Semula Tangga Gaji 2012


Penyusunan semula tangga gaji minimum dan maksimum serta skim perkhidmatan yang lebih fleksibel.

Itu antara penambah-baikan skim saraan baru perkhidmatan awam, yang berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah JPA: "Sekiranya mereka memilih SBPA, mereka akan berpeluang memperoleh faedah peratusan kenaikan gaji, ini bukan penyelarasan gaji ye, ini penyusunan semula gaji. Kerana itu mereka akan dapat faedah kenaikan 7-13 peratus seperti yang diumumkan PM."

Kenaikan gaji itu merangkumi penjawat awam dari pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana.

Tertera, perbezaan tangga gaji kakitangan awam gred 48 dibawah skim SBPA berbanding Skim Saraan Malaysia, SSM.

Kakitangan awam paling rendah iaitu pengawas hutan turut menikmati peningkatan ketara gaji maksimum.

SBPA juga membolehkan penjawat awam menikmati wang pencen lebih baik.

Serta skim perkhidmatan yang lebih fleksibel.

Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah JPA: "Dia boleh tinggalkan perkhidmatan untuk dia bekerja kat luar dapatkan pengalamn, kat GLC ke, katakan 5 tahun atau mana-mana sektor, kewangan ke. Dia balik bila dah ready to compete in sektor kewangan contohnya bukan gred sama, malah lebih tinggi. Dan perkhidmatan dia 5 tahun tu dianggap bersambung, bukan hangus! Dia akan dianggap kerja. Ini penting untuk pencen dia akan datang. Ini fleksibiliti!!"

Cuti belajar bergaji penuh turut diberikan kepada pegawai kumpulan pelaksana yang mengikuti latihan kemahiran Malaysia.

Umur persaraan wajib SBPA pula ditetapkan pada usia 60 tahun.

Monday, 5 December 2011

Jadual Pembayaran Gaji tahun 2012



Salam semua... walaupun gaji baru belum tahu bila nak dapat, entah macamana kiraannya, ataupun kesahihannya... dan belum keluar pekeliling lagi (ada yang kata dah kuar pekeliling tapi lum tengok lagi) apa kata kita semak tarikh penting untuk gaji yang baru yang masuk pada tarikh bila... emmm emm penting jugak nak tau tarikh gaji ni... senang sket nak bajet gaji bulan lepas.... hehehe tul tak?

Jom kita amibil note untuk tarikh-tarikh penting ni...

Thursday, 20 October 2011

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm


Wednesday, 5 October 2011

Warning !! Buah diperam dengan carbide tidak selamat dimakan


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ianya selamat.


Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.

Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.

Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.

Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.

Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

kalau orang kampung aku panggil ( Kabat)... hehehehe selalu digunakan untuk peram buah mempelam supaya cepat masak.

Tuesday, 27 September 2011

KWSP sokong tambah umur persaraan

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Azlan Zainol, berkata perlanjutan umur persaraan itu diharap diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober depan.
Saya berharap (umur persaraan) pada 58 tahun, jika tidak 60 tahun, katanya selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Penjagaan Kesihatan dan Pencen Swasta Malaysia 2011, di sini semalam dan menambah gaji minimum juga diharap dimasukkan dalam bajet itu nanti.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Azlan berkata dua isu perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang efisien adalah jumlah rakyat berusia meningkat pantas dan jumlah simpanan persaraan yang rendah menjadikan pesara terdedah menjadi miskin.

Azlan berkata, Perancis dan Amerika Syarikat masing-masing mengambil masa 115 tahun dan 69 tahun untuk berubah menjadi negara meningkat tua kepada berusia, manakala Malaysia dijangka mengambil masa hanya 27 tahun.

Mengenai ketidakcukupan simpanan persaraan, beliau berkata kebimbangannya dua kali ganda, iaitu jumlah bulanan lebih kecil berbanding pendapatan garis kemiskinan 2009, sebanyak RM800 sebulan dan anggota bukan aktif yang pada 2010 berumur 54 tahun mengatasi anggota aktif sebanyak tiga kali.

Beliau berkata melihat kepada pengagihan sebenar simpanan kumpulan berkenaan, sebanyak 73 peratus daripadanya mempunyai kurang daripada RM50,000 simpanan, manakala hanya 17 peratus mempunyai lebih RM100,000 pada masa persaraan mereka.
Lebih buruk lagi, banyak ahli membelanjakan wang persaraan mereka terlalu cepat, katanya. BERNAMA

P/S alamak tambah lagi ker? Umur 50 pun belum tentu larat nak bekerja. Huk huk

Saturday, 24 September 2011

Kakitangan awam diramal naik gaji lagi

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

Friday, 23 September 2011

BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.


Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.


P/s Alhamdulillah mudahan ada rezeki disini....tunggu


Sumber cupecs

Batu Sempadan Kat Kampung Terat Batu Padang Serai

Hari ni baca Utusan Online, terjumpa berita ni, heheheh kat kampung aku ada peninggalan sejarah yang tak ternilai, emmm dulu masa kecik-kecik pernak jugak datang ziarah sempadan ni, entah hutan mana tah kami masuk, memang peninggalan sejarah....dulu mana tau orang kata ada batu kami pun gi lah tengok, tapi la ni baru tau bertapa ada nilai tersendiri....Sejarahhh tu


BOON Som Inong (dua dari kiri) menunjukkan garisan sempadan kepada Voradet Viravakin (tiga dari kiri) dan Mohd. Hadzir Ismail (dua dari kanan) semasa melawat monumen batu sempadan lama di Kampung Terat Batu, Kedah semalam.


PADANG SERAI 22 Sept. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta mewartakan monumen sejarah batu sempadan di Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan di sini, sebagai tapak warisan negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, saranan itu dibuat sebagai usaha memulihara khazanah berkenaan di samping menjadikannya produk baharu pelancongan berunsur sejarah pada masa akan datang.

“Berdasarkan semakan sejarah, batu sempadan ini dipercayai dibina oleh Kerajaan British dan Siam sekitar 1831 iaitu pada zaman penaklukan Kompeni Hindia Timur Inggeris di sini.

“Pembinaan monumen ini juga bertujuan membahagikan kawasan antara negeri Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang ditakluki oleh British.

“Selepas beratus tahun berlalu, batu sempadan ini dibiarkan tanpa terurus dan ada di antaranya musnah atau terjatuh ke dalam Sungai Muda,” katanya kepada pemberita ketika melawat monumen tersebut bersama Konsul Jeneral Diraja Thailand ke Pulau Pinang, Voradet Viravakin di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah, Datuk Mohd. Hadzir Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Terat Batu, Marzuki Abd. Rahman.

Boon Som berkata, selain itu, penemuan batu sempadan berkenaan merupakan salah satu bukti penting mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini sejak beratus-ratus tahun lalu.

“Ini juga bermakna bahawa masyarakat Siam berada di kawasan ini sejak turun-temurun dan mereka adalah bumiputera dan bukannya kaum pendatang atau imigran yang dibawa masuk oleh British sebelum merdeka,” jelasnya.

Voradet pula berkata, pihaknya bersedia menawarkan bantuan daripada segi kepakaran dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Malaysia untuk membantu memulihara monumen berkenaan bagi tatapan generasi akan datang.

“Jika diwartakan, saya percaya ia boleh dijadikan produk pelancongan menarik di samping mengukuhkan lagi fakta sejarah bagi kedua-dua negara,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hadzir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas berkata, berdasarkan makluman penduduk setempat, sebelum ini, terdapat lebih lima batu seumpamanya di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, batu berkenaan musnah atau rosak ekoran kegiatan pertanian dan mengorek pasir di pinggir Sungai Muda.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tulisan yang terpahat pada bahagian tengah batu tanda sempadan itu tertulis ayat berhuruf besar British Siamese Boundary diikuti tulisan Thai bermaksud Garis Sempadan Kompeni Bersambung Dengan Siam.

Selain itu, terdapat juga tulisan Jawi yang terpahat pada bahagian bawah batu tersebut, tetapi tidak dapat dibaca dengan jelas kerana mengalami kerosakan.


Sumber Utusan 23 September 2011

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers