Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Cuti 2H 1M @ Swiss Garden SP


Aktiviti kami miggu lepas... telah menunaikan hasrat anak2 nak mandi kolam.. so mama bawa kesini sahaja... lebih santai enjoy... tak payah nak kalut tak cukup masa... lagi pulak nak kecil2 lagi so layan kat sini dah memadai.. jom tengok bilik yang kami dapat.. dan gelagat anak2 mandi kolam..
masuk2 ja fuh biar betul dapat dapat family suite hehehe so berlarilah kita dalam bilik tu...siap main sorok2... saja nak habiskan hujung minggu dengan anak2... bawa pi pool... janji semua enjoy.. tapi kami datang 3 family family Husna dan Mail.. so memang meriah... petang tu kami terjun pool, malam kami makan2 dekat Nasi Mandy Arab.. esoknya lepas sarapan mandi manda lagi... lepas mandi kami pun chekaout dan tempat makan tengahari kami kat Restoran Din Ikan Batar Kepala Batas... yang lebih dikenali Daging Harimau Menangis... so kami semua enjoy dan meriah dengan kehadiran anak2 yang macam2.. ni.. hahaha... 




Sian Rayyan geram kakak dah masuk dalam dia belum lagi...

Akhirnya dapat mandi dengan kakak2... petang sikit baru turun mandi kat bawah...
jom layan gambar mandi pulak...






.
Tamat sudah acara kuaq lentang dalam air.. esok kita berpuasa dikesempatan ni nak ucap juga selamat berpuasa tuk sahabat alam maya ni yang mengenali diri... Selamat Berpuasa semua.. semoga ibadah kita diterima...aamiin..

Wednesday, 26 June 2013

5 hari 4 Malam @ Habour View Hotel Kuching

Entry Siaran langsung....
hehe senang tak payah nak simpan dan post... bersiaran dari Kuching sepena Kursus Bakal Persara MARA...26 to 29 Jun 2013

Alhamdulillah. . Perjalanan semalam berjalan lancar.. walaupun agak penat menunggu... dan pening akibat goyangan kapal tapi ok ja.... 
Sampai hotel Habour View dah 6.45 ptg.. dah masuk magrib lah kat Sarawak ni... emmm hotel biasa sahaja... oklah bagi saya.. tapi Kak Su cakap... dia tak puas hati dengan hotel ni.. sebab dia jangka dan nak hotel yang lebih star.. hoho
Tak palah kak su... ok dah tera ni... janji selesa.. boleh tidur dan makan kenyang..
Alhamdulillah juga cuaca kat sini tak berjerubu... awan nampak cantik ja... 
View dari bilik Zie 903..

2 pic ni View dari Bilik kak su..
emm nampak sungai cantik jer



Alhamdulillah. . Urusan anak2 suami yang handle... katanya senang dan mudah walaupun mama tak ada... Alhamdulillah. .. kita dengar dari jauh ni senang hati.... Dania dah baik demam.. Rayyan tak merap masa mama tak da... Dina ok ja...
Semalam We Chat dengan ank2 pastu Si kakak dua org menagis bagai... Hubby cakap tak yah we chat dah sebab anak2 kesedihan... huarrrr rindu mama yer....

Thursday, 28 March 2013

Dua hari Bersama Minda Hijrah Consultant

Ha disinilah destinasi kami sebenarnya, balik dari terengganu tu kami ke Kota Bharu Kelantan menginap pulak kat Sutera Inn Prima... sampai dah magrib, nak cari hotel pulak melilau, hahaha akhirnya sampai jugak... so disinlah kami berkampung 5 hari 4 malam.. ha berakaq...

Hari pertama berlangsungnya Kursus Power Of Image bersama Konsultan Akademi Integrasi Moden..
Kursus yang di sampaikan oleh Dr Nor Ramzan bin Abdul Rahim, best giler... memang tak boring gamat dewan dibuatnya, inilah pertama kali saya diberi tugas menjaga kursus hahah blasah ja, janji semuanya berjalan lancar... mula tu macam tak yakin ja... akhirnya ok ja...(lupa nak snap gambar) peserta kursus seramai 100 orang.. wah gamat dewan

Hari kedua bersama konsultan Minda Hijrah dengan tajuk Kursus Potensi Diri Insan Super penceramah oleh Ustaz Hadi cute orangnya
tahun lepas ada jugak anjurkan kursus Terapi Solat dengan beliau... kebanyakkan buat di luar kawasan ILKM, so tak dapat bersua muka, kali ni, diberi peluang alhamdulillah best kalau dengar celoteh ustaz Hadi ni...banyak ilmu yang diperolehi, sambil menjaga kursus boleh juga setai dan dapat juga ilmu didalamnya... memang best.. kalau boleh tiap2 bulan nak hadir kursus kan? syok rasanya..sebab boleh dapat ilmu dan juga  boleh mengenali konsultan yang best- best macam ni..
Orang -orang kelantan ni sporting tau...seronok dapat berjumpa mereka.


Hari ketiga tajuk kursus yang sama (Potensi Diri Insan Super) peserta yang berlainan 100




Dia mengajar cara Tapping (ketukan) untuk merangsang minda supaya positif

para peserta diberi  ujian untuk memecahkan tile dengan sebiji mentol
ada brani?




Photo: Alhamdulilah hari ni (HMC) berada di Hotel sutera inn prima kota bharu kelantan bagi mengendalikan "kursus potensi diri insan super"bermula 13 & 14 Mac anjuran ILKM untuk seluruh kelantan seramai 200 orang peserta.
 babai Kelantan.. nanti datang lagi

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers