Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Pengalaman Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Alhamdulillah akhirnya merasa juga menaiki pesawat Malaysia Airline MAS.
Sebenarnya ni entry tertunggak memandangkan sekarang ni tengah heboh pasal kehilangan MH 370.Sama-sama kita berdoa moga misteri kehilangannya dapat dibongkar. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan Solat hajat semoga mereka yang hilang dapat dikesan..dijumpai dengan selamat atau sebaliknya.

 kat sini nak cerita sedikit gementarnya bila menaiki pesawat ni.. maklumlah terbang tinggi... gayat ooo...
masa kami nak berangkat dari Penang ke KLIA dok belakang sekali... adoi berbuyi sakan gak lah merudum je... konfident ngan dak je... Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA... dari KLIA nak ke Kuching seat kat tengah betul2 kat sayap dia... Pesawat ni ok sikit dari yang first tadi.. tak lah bergegar semacam...

Naik dan Landing dengan selamat... Alhamdulillah..syukur..
Masa nak Landing tu nampak permandangan dibawah MasyaAllah Cantiknya... Subhanallah... hilang sekejap rasa gundah..




Masa balik dari  Kuching Sarawak ke Penang haha yang ni best tapi emmm lebih lama diudara ... sebabnya kami ambil Flight direct ke Penang. Kali ni naik Air Asia.. memula nak naik tu biasalah rasa gayat tu tak boleh blah... tambah2 lagi masa kelajuan nak terbang tu.... lepas pada tu bila diudara rasa ok je.. tapi debaran tu masih terasa... bayangkan 2 jam masa di udara ....dalam hati bilalah nak sampai bila lah nak sampai...
yelah selagi kita diudara melintasi lautan luas mana tak gabra kan... mulut tak berhenti mengucap... 
rasanya naik Air Asia lebih best... 

dan akhirnya sampai juga... dengan selamat..

Jumpa Anak2 dan Suami Tercinta..
Kenangan yang tak dapat digambarkan bila berada di atas yang penuh dengan debaran..



Kenangan Me dan Kak Suhana ke Program Kursus Persara MARA 2013 di Pearl Habour Kuching.
Pada 26-29 Jun 2013.

Lepas ni agak berani ke nak naik lagi...
Apapun semuanya kuasa Allah.. segala yang berlaku semuanya ketentuan... kita di darat ni pun berlaku kemalangan apatah lagi di atas nu...

pokok pangkalnya.. dimana2 saja akan ada kemalangan malahan dalam rumah kita sendiri...
yang penting kita ingat Allah inilah ketentuanNya .. Inilag Qado dan Qadar Nya..
Hasil Warna anak mama Dina 5 Tahun (2012)

Thursday, 4 July 2013

Sepagi di Pasar Serikin Sarawak


Tak mau cerita banyak memang perjalan dari hotel Habour View nak ke sini mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Jalan dia memang mencabar.. naik bas pulak emmm bergoyang sakan lah.. pening den... jam 9.30 pagi kami sampai.... sampai jamemang dah nak full parkingnya.. memang orang lain lagi ramailah... selamat parking dia luas... turun ja bas tempat pertama mestilah toet... hahaha berbayar ok... belakang rumah orang ja... tapi cantik, luas dan besih...
Masuk ja... Apa lagi dah teruja nak membeli... tapi yang penting bergambar dulu masa diberi 2 jam sahaja.. so kaki ni pantas ja... berjalan sana sini...tangan ni plak pantas mengambil gambar..






Lastnya kami beli kain pasang untuk buat baju, t shirt tuk anak2 seluar legging.. dan yang penting tikar sarawak lah...
harga 180.00 mintak kurang tinggai 150.00 sahaja...  tikar dilipat kemas dibungkus dengan guni.. dan diikat dengan tali... memang senang tuk dibawa balik... so jangan risau yer... senang mudah ja .. shopping sakan...

p/S ingatkan hari ni nak publish entry Rayyan.. tiba2 tengok kat draf entry hilang.. nampaknya tak save lah semalam tu.. huhu so layan lagi entry sarawak ni...

Wednesday, 3 July 2013

Kilang Kek Lapis Sarawak di Damak Laut

Alhamdulillah. . Syukur sangat berkesempatan melawat kilang buat kek ni sendiri kat Kawasan Perindustrian MARA (KIM) di Damak Laut..Kat sini ada Kilang Mira Cake House dan Dayang Salhah, nama yang tidak asing lagi... kalau ke sini orang akan cari 2 nama besar ni ja....betul tak kawan2

Tapi kat sini dia tak jual yer.. kalau nak beli kena ke seberang juga.. naik bot tu.. emm jarak nak kesini ambil masa satu jam dari hotel...
apapun pengalaman yang best sebab dapat tengok kilang membuat kek ni.
Turun ja dari bas bau kek harum semerbak.. wanginya... sib baik depa jamu merasa kek ni.. kalau tak kempunan...





Ni Mira Cakes House

Yang Ni Dayang Salhah

Dua-dua kek di kedai ni sedap... dan mempunyai rasa yang berbeza... tepuk dada tanya selera...

Friday, 28 June 2013

Mira Cake House Kek Lapis Sarawak

Hari ketiga di Kuching lepas habis kelas... kami berjalan lagi, hari ni kami keseberang.. tujuan utama mestilah nak beli kek lapis...apa lagi tapak kaki dihayun laju menuju jeti... naik bot tambang lima piluh sen sahaja...  
Sedikit kekok naik bot ala2 sampan ni.. sebab kecil dan terbuka... nampak air tu dekat ja dengan kita... tak lama pun nak keseberang kejap ja dah sampai... sekali press motor ja... hehehe... memang pengalaman yang best jugak dapat merasa naik bot ni... kata orang sebelah penginapan kami adalah bandar dan seberang sana kampung... nak guna jalan darat pun ada tapi ambil masa sejam untuk sampai...
kebanyakkan orang disini menggunakan bot ni untuk berulang alik ke tempat kerja... sangat tertarik.. memang unik...
lepas beli kek kami terus balik...

P/s: Hehe kalau ke Sarawak wajib beli Kek Lapis kan... macam saya tak lepas nak membeli kek lapis ni.... macam2 jenis dan perasa... pilih sahaja... 


Gambar naik bot masa nak keseberang...


Gambar selepas mendarat... view nampak sebelah bandar...


Ha inilah Mira Cake House..
Selamat bershoping

Jangan risau pasal bungkusan... selepas beli kek ni dia akan bungkus siap2 dalam kotak bersama beg plastik.. kemas dan elok ja.. sesuai tuk kita bawak balik nanti...kotak besar ni muat 8 biji kek lapis... kalau beli lagi banyak lagi besarlah kotaknya...



Thursday, 27 June 2013

Gambar Sepetang di Waterfront Kuching


Entry kedua berada di Kuching ...Petang Rabu... jalan2 sepanjang di Waterfront dekat sahaja dengan Hotel Habour View ni...seberang jalan sahaja.... memang tak rugi ambil hotel ni... senang nak shopping...memang dekat... tak penat pun berjalan... 
Petang tu hujan... so dapatlah rakam sedikit gambar buat kenangan ... emm indah sungguh ciptaan Allah ini...
Lepas ambil angin kat sini kami ke kedai deretan depan tu... apa lagi shopping time... banyak barang2 survenior untuk dibeli... macam t shirt, kain batik, kek lapis.. dan lain2... ha siap duit sahaja... tapi masih boleh kawal hanya membeli apa yang perlu sahaja...  macam tak berkesempatan nak ke seberang sungai tu dengar kata lebih banyak tempat shopping.... kita baru kat dini masih tak tahu tempat yang best... apapun kat sini dah tak terbeli dah... harap jangan sampai tak terbawa sudah. Lepas habis kat sini Kak Sue ajak pi Parkson ... so kami berjalan menyusuri jalan.... 10 minit dah sampai.. apa lagi beli sandle.. tuk pakai.. kaki dah sakit sebab pakai kasut.. pastu beli blause 2 lai... emmm .. habuan tak cukup baju.. hehehe ye ke.. 
Heheh jom layan pic dari saya....esok sambung shopping... layanzzzz












Wednesday, 26 June 2013

5 hari 4 Malam @ Habour View Hotel Kuching

Entry Siaran langsung....
hehe senang tak payah nak simpan dan post... bersiaran dari Kuching sepena Kursus Bakal Persara MARA...26 to 29 Jun 2013

Alhamdulillah. . Perjalanan semalam berjalan lancar.. walaupun agak penat menunggu... dan pening akibat goyangan kapal tapi ok ja.... 
Sampai hotel Habour View dah 6.45 ptg.. dah masuk magrib lah kat Sarawak ni... emmm hotel biasa sahaja... oklah bagi saya.. tapi Kak Su cakap... dia tak puas hati dengan hotel ni.. sebab dia jangka dan nak hotel yang lebih star.. hoho
Tak palah kak su... ok dah tera ni... janji selesa.. boleh tidur dan makan kenyang..
Alhamdulillah juga cuaca kat sini tak berjerubu... awan nampak cantik ja... 
View dari bilik Zie 903..

2 pic ni View dari Bilik kak su..
emm nampak sungai cantik jer



Alhamdulillah. . Urusan anak2 suami yang handle... katanya senang dan mudah walaupun mama tak ada... Alhamdulillah. .. kita dengar dari jauh ni senang hati.... Dania dah baik demam.. Rayyan tak merap masa mama tak da... Dina ok ja...
Semalam We Chat dengan ank2 pastu Si kakak dua org menagis bagai... Hubby cakap tak yah we chat dah sebab anak2 kesedihan... huarrrr rindu mama yer....

Tuesday, 25 June 2013

Naik Belon Penang Sarawak-Sarawak Penang

Entry syok sendiri nak naik belon.. hehehe nak naik pi mana pulak cik Yah ni.. hahaha nak pi Sarawaklah.. Jadi urusetia untuk Kursus Bakal Pesara disana.. di Hotel Pearl Habour View Kuching...
Harini bertolak dari sini 10.30 pagi nak ke Bayan Lepas Penang...

Gumbira sedikit sedih... sedih sebab nak tinggalkan insan2 kecilku bersama suami tersayang.. huhu bukan tak pernah tinggalkan depa, tapi kali ni mungkin sebab pi sorang kot tu yang sayu dia lain macam ja.. huhu.
Pasti mama merindui anak2 mama ni... terutama sikecil Rayyan.. huhu nanti nak bawak baju muchuk dia lah... habuan rindu. huhu wa wa ...lama ooo 5 hari 4 malam oo.. balik 29 Jun 2013 malam..

Pergi naik MAS balik naik Air Asia.. dua dua merasa... balik tu sebab nak nak direct terus ke Penang... tu yang nak naik Air Asia ni... Zie bukan pi seorang tau tapi berdua dengan Penyelaras, Kak Suhana... so tak lah jakun sangat.. hahaha..

Apapun salam semua dah nak berangkat ni... tata..
oh akan sangat merindui hubby dan anak2.. huarrrr..








Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers