Showing posts with label Perkahwinan Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan Artis Malaysia. Show all posts

Saturday, 3 November 2012

Cantiknya Pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle


Tahniah kepada pasangan ini, moga berkekalan keakhir hayat... 

Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil hari menjadi perhatian ramai selepas mereka membuat pengumuman mengejut selepas hanya kurang 2 bulan bertunang.
Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Diana Danielle sah bergelar isteri kepada Farid Kamil dalam satu majlis ringkas tapi meriah di Ampang, Selangor pagi ini.
Pasangan ini di’ijabkabulkan oleh Ustaz Hj. Daim Jajuli yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak tepat jam 9.15 pagi ini di Hotel Flamingo, Ampang.
Majlis pernikahan mereka di’hadiri oleh lebih 300 orang tetamu dan perjalanan majlis akan di’siarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) jam 9.00 malam ini.
Mas kahwin pasangan ini berjumlah RM10,000.

Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle-25

Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle-31

Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle-44

Gambar Oh Bulan

Tuesday, 17 July 2012

Gambar Pernikahan Datuk Zainal dan Fiqa Juara Gadis Melayu 2

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu,  Boss UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kawin lagi.
Datuk Zainal atau orang Penang panggil Tok Non, 52, sebelum ini kematian isteri Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal pada Disember 2010.
Gadis bertuah yang menjadi pilihan Datuk Non adalah pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.
Anak sulung dari lima beradik itu baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Datuk Non dah selamat diijabkabulkan pagi Jumaat di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.
Manakala majlis kenduri sebelah perempuan akan berlangsung esok di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.
Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin. (Agendadaily.com)













Sam pun ada huhu

Gambar kredit to
GI Photoshop

p/s : Pernah Jumpa Datuk Zainal Kat Teratak dia kat SINI dan SINI

Monday, 27 February 2012

Persandingan Lisasurihani dan Yusri

Sekadar untuk koleksi peribadi... nak jugak share kan gambar Yusri dan Lisa ni.. 
sama cantik sam padan...
meletoplah... apapun semoga berbahagia





pose Istimewa untuk peminat...
memang terbaikkk..

Sunday, 26 February 2012

Gambar Nikah Anna Raffali Dan Suami

Tahniah diucapkan kepada Anna Rafali yang telah selamat menjadi isteri kepada Ahmad Aznaim...
Tahniah diucapkan..semoga kekal keanak cucu..
manis betul Anna, dengan baju kaler Kelabu ni.. suka sangat...........




Kredit to Oh Bulan..

Thursday, 23 February 2012

Gambar Penikahan Lisasurihani dan Yusri


Nak jugak ucap tahniah kepada Lisasurihani dan Yusri...
Sama cantik dan sama padan...
mudahan kekal ke anak cucu..
cepat2 dapat anak yer..





Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

Busana baju kurung moden Lisa  adalah rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.
Hantaran ada lagu The Beatles
Hantaran berupa 9 dulang daripada pihak perempuan iaitu,  tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone.
Manakala 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila.
Majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Lisa dan Yusry berbulan madu di mana?
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi.
Kredit to : Oh Bulan..& Rotikaya & Beutifulnara

Thursday, 6 October 2011

Ana Dahlia & Chef Friz






Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi, namun ia tidak mematahkan semangat Ana Dahlia & Chef Friz, anak kepada Chef Wan untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka di kediaman Ana Dahlia di Changkat Jering, Taiping, Perak.


Rombongan pihak lelaki yang turut disertai oleh Chef Wan membawa lima dulang hantaran dan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan. Menurut sumber terdekat, majlis pernikahan mereka dijadualkan akan berlangsung di tempat kelahiran Chef Wan iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang. Pemilihan lokasi itu dibuat atas permintaan ibu Chef Wan sendiri.


Berkenaan kontroversi pula, ramai pihak yang terkejut setelah berita mengenai status janda Ana Dahlia dilaporkan dalam sebuah media. Bagaimanapun, Chef Wan dalam satu kenyataannya tidak kisah mengenai status tersebut dan menerima Ana Dahlia menjadi sebahagian daripada keluarganya.


Monday, 3 October 2011

Gambar Nikah dan Sanding Nabil Raja Lawak dan Nazira





Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 1 Oktober 2011



Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.




Persandingan Nabil & Zira-4020






Persandingan Nabil & Zira-4102



Persandingan Nabil & Zira-9644







Persandingan Nabil & Zira-9661



Majlis Resepsi Nabil Raja Lawak dan Nazira telah berlangsung pada jam 8 malam 2/10/2011 bertempat di I-City Shah Alam.

Nabil & Zira yang mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan.


Resepsi malam itu di hadiri lebih 2,000 orang dengan berkonsepkan Fantasy Wonderland.



Sumber Oh Bulan

Sunday, 25 September 2011

Majlis Persandingan Memey dan Norman Hakim

Lagi Gambar Memey dan Norman Hakim...Tahniah lagi sekali,


















































Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia




Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.


Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.





Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.



Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.



Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.


Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.



Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan



Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.






Memey kini Sah jadi Isteri Norman Hakim

normanwedding-18


normanwedding-3
Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim , 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.


Tahniah, tak sabar nak tengok majlis persandingan pulak...


Gambar Kahwin Artis

Tiga dalam satu mereka ni baru sahaj begelar penganti baru... so saaja nak wat koleksi syok tengok pengantin ni.... jom layan walaupun dah basi...


“Sebagai seorang isteri, saya faham dengan status Ashraf. Sebagai seorang pelakon sudah pasti ada peminat yang akan menegur atau ingin mengambil gambar dengannya apabila kami berjalan bersama nanti. Selagi Ashraf menjaga batas-batasnya, saya tidak ada masalah. Tetapi, jika dia melebihi batas, siaplah dia!” ujar Dayana yang ditemui ketika majlis resepsi pasangan ini Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Dayana juga mengakui dia dan Ashraf sebenarnya masih dalam peringkat saling mengenali di antara satu sama lain. Ini kerana walaupun mereka sudah berkenalan hampir dua tahun sebelum berkahwin, tetapi mereka tidak bercinta seperti pasangan lain.

“Kami ini boleh dikatakan bercinta selepas kahwin. Jadi, saya masih dalam proses berkenalan dengan Ashraf dan juga keluarganya. Begitu juga dengan Ashraf. Walaupun begitu, saya mengharapkan perkahwinan kami ini akan kekal sepanjang hayat,” ulas Dayana lagi.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 April lalu setelah sering menghabiskan masa bersama di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah yang diusahakan oleh ayah Dayana bersama Ashraf. Pada majlis pertunangan tempoh hari, Ashraf akan memberitahu yang dia mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin dengan Dayana bagi mengelak daripada menjadi buah mulut orang di sekeliling.




Sebelum ni dok dapat gambar yang blurrr je kali ni barulah jelas, ha ni aku copy kat GI photoshoot...

Gambar Pernikahan Azad Jasmin dan Eira Syazira
Tahniah yer mudahan kekal keank cucu.. Sama Cantik Sama Padan, nak tunggu Gambar kahwen memey lak tapi yang cun macam nilah yang blurr tak mau... hehehe


majlis perkahwinan faezah elai 8

majlis perkahwinan faezah elai 7

gambar perkahwinan faezah elai


Alhamdulilah, pelakon Faezah Elai telah sah bergelar isteri buat pengarah drama, Heykal Hanafiah dalam majlis penuh gilang gemilang, sekitar pukul 3.30 petang tadi, di Pulang Pinang.

Heykal Hanafiah dengan sekali lafaz mengikatkan tali perkahwinan mereka beserta dengan mas kahwin sebanyak RM1100 tunai. Faezah Elai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat Couture turut menerima set barangan kemas bertatah berlian “Hearts On Fire” daripada Habib Jewels.

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers