Jika melalui jalan utama menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, di sini, mata pasti tertumpu kepada sebuah bangunan merah berbumbung melengkung yang kaya dengan seni bina Cina purba.
Bangunan tersebut adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau turut digelar Masjid Beijing dan keindahan seni binanya diakui berjaya menggamit ramai pengunjung serta pelancong untuk ke situ.
Selain bentuk bumbungnya yang melengkung ke atas seakan-akan tokong, turut mencuri tumpuan ialah menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/keunikan-masjid-beijing-di-rantau-panjang-1.445332#ixzz4c82vYnt9
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Masa mula sampai ke sini nampak masjid cantik ni balik dari shopping bagai apa lagi niat nak singgah sini solat, so dapatlah kami singgah walaupun panas terik sangat, cepat-cepat snam gambar terus masuk dalam. Waktu balik kami singgah memang orang ramai singgah sini.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan. Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.
Biasalah anak mama mesti jadi model sat
Tq abang ni yang sudi amik foto kami berlima
Sangat unik masjid ni, Sejuk je masuk sini, Best sangat, kalau berpeluang ke sini lagi memang tak akan melepaskan peluang singgah sini.
Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.
Dania cakap masjid ni Macam Tempat Orang Cina.
Selamat tinggal ye. Ada rezeki kami singgah lagi...
Info serba sedikit tentang Masjid Beijing ni
Masjid yang diberi jolokan 'Masjid Beijing' dengan berkonsepkan seni bina Cina bercirikan Islam di samping mencerminkan tiga budaya terdiri daripada masyarakat Cina, India dan Melayu itu terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang yang bersempadan dengan Thailand.
Selain itu masjid berkenaan juga menyediakan tempat bagi Pusat Ilmu dan gelanggang dakwah bagi penduduk setempat dengan menjalankan pelbagai aktiviti muamalat di samping memberi kemudahan beribadat juga kepada pelancong dari luar negara.
Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130703/dn_10/Sultan-Kelantan-rasmi-Masjid-Beijing-di-Rantau-Panjang#ixzz4c82cdGYE
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd