Thursday, 23 March 2017

Rantau Panjang Kelantan


Alhamdulillah kami tiba di Kelantan dengan selamatnya, sampai dalam jam 5 pagi wah gitew, en Husben ai memang suka bertolak malam-malam, tapi malam tu hujan renyai-renyai ya Ampun jalan dia memang kelam, dan kabus tebal, memang tak digalakkan pergi malam ye memang sangat bahaya, lori dan bas sangat laju. malam tu rasanya kereta tak banyak sangat kereta keluar lagi banyak. So en suami bawa kereta dengan berhemat dan cermat sehingga anak2 tidur drngan nyenyak tak jaga-jaga mama plak dah mengantuk tidur jugak sesekali terjaga buka mata tengok jalan yang seram sebab kelam. risau rasanya. Baik pejam mata bertawakkal semoga sampai ke destinasi dengan selamatnya.

Malam tu ingat nak ke wakaf che yeh tapi rasa malas betoi, so kami jalan-jalan kat sini ja.
bila jalan ke hujung nu angin malam tu sangt kuat, sampai terangkat payung2 jualan di jalana tu so kami berpatah balik dan singgah makan di depan tu.  Kemuadian balik bilik tidurrr dengan amannya.
kado tidur semalam huhu.

Pagi tu jam 10 baru kami sesiap nak keluar . Jom Kita ke Rantau Panjang




bergambar dulu anak beranak.. tengok tu budak muchuk tu bawak bantai wangi dia.

Kita orang guna google map, so dah sampai sini lebih kurang sejam jugak lah. 

Dengan Jem semua cukup, tapi kami bertuah pagi tu sebab kami datang awal pagi jalan ok ja, cuma dekat nak masuk ke bazaar ni je yang jem sebab dok berebut jalan dengan orang yang nak melintas sempadan, kami tak tahu jalan so masuk ikut sini jugak, rupanya ada jalan lain yang boleh masuk ke Rantau Panjang Bazaar ni, rupanya dekat simpang yang kami sangkut tadi patutnya kami amik kiri je lepas tu depan nu ada jalan masuk ke Bazaar ni. 


Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.

Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Macam blah utara ni ada Padang Besar so kat Kelantan ni Rantau Panhjang ni lah.

Semestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda.

Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor.Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata “macam-macam ada”.






Budak tecik ni paling syok jalan siket kedai mainan jalan sikit kedai mainan.




Penghilang dahaga, Panas lit-lit pekena Coconut shake ni sejukkkk, nyaman.


 Apabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda. Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resipi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat  membeli belah di Rantau Panjang.Menu yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini adalah seperti bihun sup,mee celup, pulut ayam, baba ais krim dan lain-lain lagi.


Mama pilih Koteaw sup . Speacial hanya kat sini, dan sempadan-sempadan siam malaysia.
kalau pi Padang Besar mesti nak pilih menu ni jugak sedap sangat.

Lepas makan kami shopping lagi. 
Dan balik, OTW balik kami singgah ke Masjid Beijing Cantik dan Unik Ukiran dan binaan masjid ni.



Wednesday, 15 March 2017

Resipi Whoopie Pie

Whoopie Pai..

Ya ampunnn sedap ya amat...
Dah lama cari resipi ni akhirnya dapat jugak itupun dari Page Azlina Ina... terima kasih cikgu...
Dah dapat merasa Whopie Pie yang enak dan sangat sedap ni.
Mula mula dapat tu balik kerja tu terus cuba... tak sempat buh inti dah ngap masuk mulut panas-panas bestnya sedap lembut sangat.. 



Bila dah habis terbayang-banayang whopie pie ni... rasa nak ada stok sentiasa supaya senang nak ngap..




Whoopie Pie

Whopi Pie 
resipi Asal Azlina Ina
Jom chekidaut


Bahan-bahan
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1sb cuka masakan
  • satukan bia 10 mnt
  • sementara tu 100g butter
  • 1 cawan gula perang kalau taknak manis kurangkan sedikit
  • sedikit esen vanila
  • mix smpai kembang 
  • ayak plak 1 3/4 cawan tepung gandum 
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 1 1/2 sk baking powder 
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • tambah sedikit garam dan
  • 6 hngga 7 sb serbuk koko
Pukul Butter dan gula sampai kembang  masukkn 1 biji telur
masuk kan campuran tepung beselang dgn susu + cuke td
ok tambah 1sk emolco coklat nak dapat warne whoopie yg cantik..kacau gune senduk je
ok masuk kedalam piping beg .ok paip kan besar  duit syiling 50 sen menggunung jarak2 kan dia  
panas kan oven 170 api atas bawah


masuk oven dan bakar selama 10 hngga 15mnt ikut besar mana whoopie korg dah buat..nak tau die masak pgg pemukaan pie tu kalau taklekat tgn dan tekan sket taktenggelam ok masak

hokey siap

Filling Cheese

100 gram Fresh cream (vivo)
100 Cream cheese 
Putar asing-asing kemudian campurkan kedua-duanya. siap


Ok bolehlah mula paipkan atas whopie tadi dan tekapkan dengan whopie yang kosong siap dah boleh ngap...

Alhamdulillah dah sedap tak rugi mencuba..









Tuesday, 14 March 2017

The Top Komtar Penang Tengok Dinasor

Cuti sekolah tahun ni mama tak bawa depa pi mana-mana mma pun kalut nak closing account so Dina dan Dania mama hantar pi rumah MIL dekat 3 minggu depa dua dok sana, Pastu minggu akhir tu kami dah pi ambil depa dua sebab minggu krismas tu kami nak pi Pulau hahah pulau dekat dekat ja... next entry na...  sebelum pi Pulau yang dirancang tu, kami kesini dulu jalan-jalan.. dekat ja dari rumah sejam dah sampai.
Mulamula kami saja ja mai pastu tengok macam menarik ja ajak abah jom lah masuk alang-alag dah mai... lagipun kita cuma tanggung kos tiket je penginapan dah tak kena apalah sangat nak masuk sini bawa anak2 kannn...
Jom kita meneroka kealam Fantasi. Jom ke Jurasic Park






Ni perkarangan The Top ada robot lah macam-macam buat anak2 teruja..

kaunter tiket 

Depan pintu masuk ke Jurasic Park


kat sini ada sedikit persembahan



















Memang berbaloilah masuk dalam ni banyak betul spesis dinasor bergambar sakan kami..
sampai pening..



Real kot


Dah habis pusing kat dalam tu ... jom keluar

elok keluar ad pulak benda alah ni.. apa lagi memasing nak naik lah... so dapatlah Dania dan Rayyan naik benda ni....

Terkedek-kedek berjalan.. lepas tu ada lagiiii...


Lepas naik Dinasor tu jalan sket kat depan tu ada lagi daya tarikan dah macam kat Genting plak mainan ni... apa lagi naik lagiii


sukalah depa malam tu raya krismas ramailah orang


 
Kuda pusing-pusing 




Dah habis berpusing-pusing sini dah jom balik.
Nest Kita masuk kat Sky Walk pulak..




Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers