Thursday, 31 December 2015

Kemalangan Depan RNR Sungai Perak

Redo itu sahaja yang mampu aku katakan kat sini.. Kemalangan yang pertama bagi aku, pada 20 November 2015 sungguh ngeri aku rasakan walaupun aku dan kawan-kawan tidak mengalamai sebarang kecederaan Alhamdulillah syukur, sungguh aku terasa sakitnya hati bila kemalangan ini adalah menjadi punca kecuaian orang lain..

Kereta aku adalah mangsa ditengah... knock from knock ... ya Allah rasa macam gempa bumi dan tak percaya sekelip mata... kejadian berlaku di lebuhraya Utara Selatan diatas Jmabtan sungai Perak aku dan kawan-kawan OTW ke KL dari Jawi untuk ke kelas aku ambil PJJ ni.balik kerja aku terus gerak naik hihgway sampai kat depan RNR Sungai Perak kereta aku dirempuh dengan kuatnya dari belakang, dimana keadaan masatu sudah jem dan kami telah slowkan kereta dan dah berhenti Q dah. Tiba-tiba datang kereta Saga Hitam ni hentam kereta aku dari belakang dan kereta aku pulak telah hentam kereta kat depan. So kereta aku yang kat tengah ni memang parah separahnya lah. Masatu hanya Tuhan sahaja yang tahu keadaan aku. ( tapi hanya beberapa minit ja) selepas aku istifar dan mengucap panjang aku semakin pulih dari menjadi gila buat sementara waktu ) ayat menyampah yang keluar dari mulut pemandu tu... Sorry kak sori saya dah tekan break dah... ko ingat aku nak percaya kata-kata hang kalau hang tekan takkan boleh hentam kereta aku sekuat tu.

So berkampunglah aku kat situ sementara menunggu en suami datang ambil bersama towing yang dibawa dari Jawi. seatle report polis semua kami balik lah semula ke jawi jam 2 pagi dan batal Hasrat ke kelas. Aku Ina Din dan Mahzal. dah kami ada test esok tu.. tapi sib baik leture bagi amik next class. kalau tak naya jugak lah.

Balik Jawi keesokkannya kereta aku di bawa ke Toyota kulim, untuk langkah selanjutnya. selesai bab tu. Oklahlah dengar kata depa akan buat tuntutan atas insuran kereta belakang. segala bagai  kereta pulak akan siap dalam 2 bulan. Ok tak palah 2 bulan janji boleh dapat kereta.

Tak sampai pun sebulan Toyota call aku bagitau Insuran tak mau repair dan akan buat Total Lost. nak kata teruk sangat tu tak lah.. boleh direpair lagi lah. (tak tau sebab dia apa, kalau dah depa tak mau buat dah tentulah kos repair lagi mahal lah kot). dan akan bayar kami 40k untuk seatle hutang dan beli kereta baru. Untuk pengetahuan hutang keta aku tinggai lagi 3.5 tahun je lagi.. Hutang ada lagi 35k. Dapat 40k kalau pi seatle awai dapat rebet 3k dapatlah lam tangan habuan muka keta baru 8k. (nampak tak permainan dia). kat sini memang lah nampak syok boleh angkat kereta baru.. tapi bila dipikir balik aduhhh... sayangnya lagi 3 tahun ja nak habis.. kalau tak memng dah free dari hutang kereta dah. kan... pastu pikiaq NCB lagi mesti zeero lah na hai mahai gila nak kena bayar nanti... (kat sini Allah nak uji aku sama kan sabar sabar).

Dalam sedih ada suka, dalam suka da duka oiii... nak pikiaq nak angkat keta baru yang dah tentu akan menambahkan lagi tahun hutang aku.. walaupun dalam pada tu dok nampak dah kereta baru..( Honda, Wish, Vios baru, HRV, bla bla bla verangannnnn)...
dan dalam pada tu jugak dok terasa kehilangan besar... sebab Vios aku dulu mana aku dok lunyai lagi pun... dok rasa baru lagi, pastu jarang ada problem sgt pun tu yang rasa ralat tu.  pastu dok takut nak menambah hutang.....en suami cakap oklah buat total lost esok depa repair tah takut problem macam2 kena repair yang nu yang ni kang susah kita plak kan (pastu ok sikit hati ni) pastu termenung lagiii. pastu en suami kata lagi Ingat dak haritu sebelum kejadian kita ada pi tanya untuk trade in mana lepas pun kena bayar lagi kat bank ada lah kan kan ( haa ok balik gusar gulana ni). hahah ahati tengah serabut...
Dok pujuk hati beli kereta memang macam ni... mana ada beli kereta boleh dapat untung, memang akan ada susut nilai... yang mesti ditanggung... kan kan... 

So la ni tak dapat lagi surat Insuran tu, dok pikiaq jalan terbaik dapat duit tu bayar hutang kat bank dulu. pas habis baki tu menabung sat dulu habuan tambun balik beli kereta segera masa haritu Viva jew habuan pi keja dan habuan nak hantaq anak2 ke sekolah ( mujur haritu cuti sekolah tapi ni esok lusa dah nak bukak sekolah kereta tak setle lagi. huhu )


Ni lah kereta yang langgar aku dari belakang.

ni keadaaan depan deta depan aku sikit je kemek.. dia naik Honda Civic

ni Keadaan kereta aku yang dilanggar teruk gak.. 
nilah kali terakhir aku naik kereta ni... sadisnya...babai sayonara... 


Thursday, 24 December 2015

Bahaya Kutu Babi atau Sengkenit dan Kesannya


Sebelum ni tak pernah jadi kena gigit sengkenit atau kutu babi ni kat luaran. Sebelum kena kat Dania.. Dina dahulu masa kecil kena gigit kat dalam telinga kesan dia mana lah kita nampak kan... sebab kat dalam.. tapi kalau nak pegang telinga dia memng tak dapat lah... berminggu mingu makan bulan gak lah nak dapat korek taik telinga dia... macam tu jugak terjadi kat Rayyan.. ken gigit sengkenit ni kat dalam telinga.. menjerit bila bawa gi jumpa doktor.. dr cuci bagai.. Tu semua kisah tahun tahun yang sudah... dan kali ni musim cuti sekolah ni terjadi pulak kat si Dania zahira.. Memula mama hairan kenapa dia tak bagi sentuh mata dia.. lepas tu kalau mandi tak boleh kena air.. menangis2 dia.. mama nak tengok dia tak bagi langsung.. Sekali mama nak bawa ke klinik mama try tengok kat mata tu... sekli binatang ni yang singgah.. sengkenit atau lebih dikenali sabagai kutu babi... Ya Allah kesian Dania.. mama apa lagi tok pun sapu minyak dulu lepas tu baru cabut.. Alhamdulillah selesai dah 2 hari berlalu tengok elok ja... ingat dah ok rupa rupanya masuk hari ketiga mata dia bengkak.
Makin hari makin teruk dah 4 hari berlalu pun masih bengkak ubat makan dah habis.. sambung ubat baru pun masih tak reda... adoi bahaya betullah sengkenit ni kan... baru kutahu... siksanya kesan gigitan sengkenit ni.. Ya Allah semoga anak aku kembali sihat seperti sediakala... 
Tak sanggup dah nak tengok dia dengan mata dia macam ni..
Kesianlah dah lah sekolah nak buka lagi seminggu.  Ya Allah sabar jelah. Semoga anak mama kembali sihat dan ceria seperti selalu...

Kesian Dania masa mula2 mata bengkak dia cakap... mama Dania dah jadi raksasa ke... alahai siannya...
Nak kata dia sakit sangt tak jugak sebb dia tak merenget pun.. cuma dia rimas sebb bengkak tu menutupi mata dia... mata dia masih terbuka tapi sedikit shaja.

Gambar hari ke 5
Lain sangat muka dia ...sebelah anak cina sebelah anak melayu kan heheheh.
Ni hari ke 4 

Ni gambar hari kedua dan ketiga..

Hari ni pulak adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran Dania Zahira.. semoga Dania beroleh kejayaan kebahagiaan dan dilindungi Allah didunia dan Akhirat..semoga anak mama tabah hadapi ujian di Dunia ni.. mama sayang Dania selalu. 

Amiin

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers