Tuesday, 28 October 2014

Mama Ni ha Bashhs


Mama mama ni ha bashh....
Sedapnya ayat Rayyan... hahahah sekarang ni kalau naik kereta bawa gi jalan2 benda pertama yg di tunjuk Lori, kedua bashhs ketiga buldozer yg korek korek kaler kuning tu... dipanggil apa ye... betul tak buldozer ke backhoe... suka sangat dia .... bila dia nampak tu siap panggil kita ni mama... mama... mama.... kalau tak sahut selagi tu lah dia panggil sampai riuh... kalau mama tengah sembang ngan abah terpaksa stop dulu ... layan dia tunjuk sama bashh ka lori treller ka... atau buldozer tu baru dia diam.....   Adoi anak bertuah.




pot pet pot pet banyak mulut dah la ni... 
satu lagi... habis badan mama lebam dek si Rayyan... adoi baru kutahu penatnya ada anak lelaki... yang lasaknya boleh tahan... haha sebelum ni kan perempuan... mai anak jantan sorang ni... main tumbuk2 dushum2 pastu memanjat melompat tu kira A lah... pastu buat sikakak... bab gigit dah lepas... la ni kalau si kakak berdua ni sentuk atau usik dia... dia bagi tangan ja... tak pun tarik rambut... dia ni memang pantang kalau si kakak usik... cepat ja dia balas... kalau dia tak dapat buat kakak mau dia naik geram tu... mesti dapat jugak kat dia... kadang naik angin jugak... tengok gelagat anak2... kadang lawak jugak anak2 ku ni... tapi kalau tak ada 3 jantung mama ni kang sunyi pulak rumah ni... so biarlah... memang umur depa ... masa nilah nak usik2 main2 aci ligan... main mak2 
ha dah sudah... siap panggil kakak ni mak lagi bila kakak ajak main mak mak... amboi sakan... mama kat dapur ni sahut lah sebab dia panggil ma ma... rupanya main mak mak dengan si kakak... adoi hai. Lucu pulak tengok... 

Alhamdulillah.. anak2 yang aku lahirkan. Semoga dilindungi Allah.. diberi kesihatan yang baik... aamiin




Monday, 27 October 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Jawi

Alahamdulillah anak mama telah buktikan dia boleh....
Sabtu lepas hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar di SK Jawi... hahaha periksa akhir belum lagi tapi dah terima hadiah.. mesti sekolah lain pelik kan... mama pun hairan... lepas raya haritu Dina cakap sekolah dia ada periksa... mama pulak tanya balik betul ke... bila bertanya kawan2 lain.. yang sekolah lain kata tak ada... pastu Dina cakap ni periksan tuk dapat hadiah nanti... ooo yeke... ha kalau macam tu kena bagi dapat no satu baru boleh dapat hadiah... 
tak sangka pulak anak mama ni boleh dapat... 
sebab masa periks penggal pertama dia cuma dapat no 3... Alhamdulillah Dina berjaya potong kawan2 yang lain...

Selain hadiah kecemerlangan pelajar... haritu ada konvo tuk kanak2 Pra Sekolah... Anugerah pelajar paling cemerlang... hadiah khas tuk pengawas dan Ketua/ Penolong Ketua Kelas...

Tapi kenapa nama Dina duk tang Pen Ketua Kelas?.. dia kan Ketua ... siap tunjuk sedih lagi... 
mama pujuk mungkin Dina silap kot... Tak bukan ...memang Dina ketua... 
Ala tak pa hadiah dia sama je... tak dak beza... boleh dia dok buat drama ayaq mata...huhu
tak pa nanti mama tanya cikgu... cikgu kan dah cuti bersalin.. sebab tu cikgu lain tak tahu... seloroh mama...

menuggu giliran nak amik hadiah

mama pun nak bergambar juga.

Dina dan Neena (anak Husna my ofice mate ) merangkap kawan Dina juga... Tapi Neena darjah dua dah.. Tahniah juga tuk Neena dapat no 2. Dan Pen. Ketua Kelas juga.



hai macam2 nak mama ni... semoga dia dah tak ingat pasal penolong ketua kelas tu... 

Lepas ambil hadiah... balik kampung hantar dia duk rumah tok.. sebab sekolah tu cuti Depavali seminggu..lepas cuti ni ha periksa lagi... periksa akhir tahun... 
ha kali ni tuk naik kelas...
Mama harap Dina boleh buat yang terbaik...
In Sya Allah moga anak mama sukses walau apa jua cabaran... semoga dia menjawap periksa dengan tenang...
Terim kasih Ya Allah kau berikan aku anak yang bijak pandai... mudahan kau kekalkan prestasinya...  tetap pendiriannya... jadikan dia anak yang solehah..
begitu jua adik2 nya Dania dan Rayyan.. aamiin.

Saturday, 25 October 2014

Tema Dinner Stylo & Stylista

Penat mak nak cari baju tuk tema Diner kami pada 15 Nov nanti... konon nak stylista la sangat... sampai tak tahu nak pakai apa... selalunya stylista ni macamana yek... kalau dok google tu keluar tah macam2.. mungkin tuk kita sebagai muslimah kena tambahlah Sylista Muslimah.. ha baru leh bergaya sakan samada baju ataupun Hijab dikepala... hahaha tambah lagi satu Sylista dan Hijbista lah pulak... ha kan mak dah melalut...

Pening pening masa sebulan dah berlalu.. tinggai lagi beberapa hari je lagi...
Survey punya survey rasanya stylista bikin sendirilah... hahaha
Bukan susah pakai Jubah Dress ditambah shawl sikit ha kan dah sylista... hehehe
macam ni sweet kan?

macam ni ada bran?


Ha ni simple kan

berkenan baju ni ... saiz mak dah habissss huhu

ha cam ni cun kan..

Semua cantik kan...
akhirnya nak pakai apa ni... huhu
ha macam ni stylista ka.... :)
kalau boleh nak simple macam ni...
senangkan... tempah je... hehehehe
Apapun tak sabar nak tunggu hari kejadian... kawan2 yg lain mesti berstylo dan stylista sakan.. dengan hijabista masing2.. 
me biarlah yang simple2. Janji happy
gambar semua ehsan mr google..  aida marlini dan Butik Muslimah




Monday, 13 October 2014

Team Futsal kami 2014

Kami yang rebah diperlawanan kedua... tak pe tak kisah kalah atau menang janji kami menang dengan gambàr... berharap sangat dapat masuk final... tapi apakan daya kami... orang kuat kami cedera pada minit ke 4 semasa perlawanan pertama... masatu kami semua down... takdir Allah siapa tahu... dia sebaik2 penentu... sehebat mana kita berlatih... tapi dia dah tentukan kami tak berjaya...
Coach kami hadir memberi galakkan. Tq Su..

Dari kiri Malini, Dira, Muna, Ela, Tasya, Achik,Wana,Zie dan depan Siti... eh Put mana emmm put amik gambo lah tu...




Apapun kami tetap happy... menjadi penyokong jiran iaitu Kedah... kami sokong Kedah... 
Kedah ke Final dan menjadi juara
 futsal...
Ni team kedah... depa ni memang berbakat dan terbaik lah... seronok tengok depa main... bersemangat dan penuh stamina... copy gambar tah dapat mana tah ada org bagi kat whatsap

dan Juara keseluruhan
Tahniah Kedah..salute lah..
Ha ni Kak shah... penjaga gol team futsal kedah...  bersama ganjaran hadiah kemenanggan mereka menjadi Johan keseluruhan...






Pada majlis penutupan Sukma Semelaysia

Pengurus kami Muna tq bebanyak... tq atas dorongan dan semangat yang diberikan..akhirnya aku join Futsal masuk sukan Mara diusia 34 tahun... org lain semua muda trang tang tang lagi...
Hahahaha leh join geng vaterent ni... sebab stamina semput....
Apapun sangat2 enjoy dan boleh jenjalan lagi di Melaka... yang best leb singgah rumah sahabat baik Fida... 



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers