Wednesday, 23 July 2014

Selamat Hari Raya Kepada Semua yang Mengenali

Nampaknya ramai yang dah apply cuti... hari ni dah ada yang bercuti kan... dan munkin dah ada juga kawan2 yang dah bertolak pilang ke kampung masing2...
Alhamdulillah semoga selamat sampai kedestinasi... 
Zie masih belum bercuti... hari jumaat baru cuti..
Tapi tak balik kampung lagi... Sabtu petang baru bertolak balik...
Doakan perjalanan kami juga ye...

Dikesempatan ni juga nak ucapkan selamat hari Raya untuk teman teman semua...
 Maah Zahir Batin... 
ada masa kita berjumpa ye..

Sunday, 20 July 2014

Resipi Biskut Mazola

Jom buat biskut yang mudah dan senang ni... adoi dah lama tak buat biskut ni... sebenarnya mencari buku resipi yang hilang... so bila dah jumpa apa lagi.... jom mulakan...

Bahan bahan

500 gm kacang tanah
500 gm tepung gandum
1 botol minyak mazola
200 gm gula ising
2 biji telur kuning untu disapu atas biskut


Cara caranya
Kacang tanah dipanggang atau digoreng dan dibuang kulut dan di mesin kecil
Gaul kacang dengan tepung dan gula... tuangkan minyak sikit2 gaul hingga menjadi dok... jangan keras sangat nanti susah nak uli kecil... biar dia lembik sedikit... bila dah ok... teruskan uli kecil2 letak dalam dulang sapukan teluk dan letak sedikit kacang tanah yang dipanggang untuk hiasan.

Tara dah siap... enak dan sedap... kurang manis... sangat sesuai untuk hidangan seharian...

Tuesday, 15 July 2014

Resipi Biskut Semperit



Hari ni Penang cuti sempena Nuzul Al Qur'an... sambil2 mama buat biskut semperit ni... senang mudah... dan yang pasti mestilah sedap....  sebenarnya 2 hari lepas dah buat... memandangkan ank2 suka sangat biskut ni dah tinggai separuh je... so saya amik keputusan nak tambah lagi satu adunan... jom tengok bahan bahan dia... senang jew...

Biskut semperit 
Bahan bahan 

300 gm mentega
120 gm gula ising
2 biji telur kuning
240 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
160 gm tepung kastard
Sedikit esen vanila
Cery merah

Cara caranya

Mentega dan gula dipukul sebati... tak usah kembang masukkan teluh pukul lagi sedikit masukkan esen vanila... kemudian masukkan semua tepung yang telah diayak... uli sehingga tepung tidak melekat ditangan..  kalau lembik lagi tambah tepung sikit sikit... sampai lembut elok untuk ditekan dengan acuan.... 

Dah boleh tekan... saya guna acuan besi yg bewarna emas... sya tak suka guna yang plastik... nanti bunga dia besar2...

Tengok bunga semperit saya elokkan... hehehe perasan sat...



Monday, 14 July 2014

Keputusan Peperiksaan Irdina Tahun 1

 Alhamdulillah Jumaat lepas dah hadir kesekolah Dina... amik keputusan... emmm mama syukur sangat dengan keputusan ni walaupun tak street A .. boleh usaha lagi... apapun tahniah dari mama...
Bila dah pi jumpa cikgu kelas dia... baru tahu... rupa rupanya cikgu dia target dia yang paling tinggi rupanya tak dapat...dapat kat budak lain... takpalah..dia dah usaha yang terbaik... mungkin lepas ni baru dia tahu apa itu peperiksaan... moga lepas ni anak mama lebih berjaya.... mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mama... semiga Dina lebih rajin dalam segalanya...rajin solat , baca buku,buat homework dan lain2...


Saturday, 12 July 2014

Tema Baju Raya Tahun ni 2014

Adoi susah juga nak tentukan kaler apa... mulanya encik suami nak kaler kuning... cari punya cari tak jumpa yang berkenan... pastu bagitau dia kita tukar kaler nak?... Kaler yang dipilih biru cyan... betul ke...  emmm lebih kuranglah... lembut je kaler ni... so misi mencari lah... memula jumpa baju mama dulu... lepas tu misi mencari baju suami dan anak2... alhamdulillah seatle dalam satu hari je... siap dgn pi tempah sekali....
Tema yang dipilih sama juga macam tahun lepas baju plain di hiasi lace.... .emmm samalah kan... cuma kaler je lain...



Baju tahun ni minggu ni batu siap... esok nak balik kg baru pi tgk... kalau dah siap dah boleh pi beli lace apa yg patut.... 
Lace cadangnya untuk baju anak2 je... sebab baju diorang plain... baju mama je yg berbunga bagai... ... semoga minggu ni selesai bab baju... 


Nak guna prada lace ke... nak pakai border lace je... huhu 



Friday, 4 July 2014

Bazaar Pasar Kemboja Parit Buntar dibuka Setiap Hari

Rasanya dah ramai orang heboh kan pasal pasar kemboja di Padang Tok Mahat ni yang beroperasi pada Hari Sabtu sahaja.. dan yang pasti ramai juga yang tak tahan akan kesesakkan orang ramai.. dan jalan yang jem... penat mak... memang makin hari makin ramai orang membanjiri pasar ni... sebab dah makin popular.. dah macam tempat Wang Kelian agaknya... Khabar dari MIL bagitau orang sungai petani mai bawa rombongan bas... bertolak dari selepas subuh tapi sampai dalam jam 11 pagi... hadoi nak kata bertapa jem teramat... hehehe


Berubah lokasi

So kali ni tak yah risau dah pasal Pasar Kemboja ni sebab sekarang ni pasar kemboja ni dah dibuka setiap hari dan sampai ke malam. Dan yang pasti mestilah tak ada lagi kesesakkan dan kesusahan nak park kereta sebab lokasi dan tempat yang baru ni sangat selesa dan strategik. Berdekatan Econsave Parit Buntar.


Jangn risau harga di Bazaar Pasar Kemboja ni sangat2 murah dan berbaloi2 yang pasti semua orang berpuas hati dan tersenyum gembira bila dah dapat sepasang dua baju atau tudung yang dibeli. Dan sudah tentu orang yang meniaga di Pasar kemboja hari Sabtu adalah orang yang sama meniaga di Bazar Pasar Kemboja.


So apa tunggu lagi jom mai ramai2. Promot lah pulak... hehehe   Tambahan nak raya ni  kan... mesti ada sahaja yang hendak dibeli...
Kami dah 3 4 kali ulang kesini... selagi tak raya... harus berulang tengok apa lagi yang nak dibeli... hehehehe


Keadaan kedai yang tersusun dan lebih kemas sangat menarik orang ramai kesini..

Menarik tertarik... nak datang kena bawa duit.. hehehe





Kalau datang sini pasti ada sahaja yang hendak dibeli.... 

Ps : sepasang baju kurung harga serendah RM50 
Baju kurung budak RM 35





Gambar 3 kebawah ni adalah Pasar Kemboja siang pasa hari Sabtu di permatang tok mahat... tengoklah... belom sampai pun dah memang sesak giler.... huhu dengan rombongan cik kiah bawa bas sampai 10 buah memang ramai sangat sesak nak menapak pun susah...
 Dulu suka borong tudung Haziq dan Nur Kasih... sangat cantik. 



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers