Monday, 31 March 2014

Nasi Kerabu MEK Taman Pekaka Nibong Tebal

Alhamdulillah walaupun tinggal di sempadan Penang Kedah dan Perak tetapi masih dapat menikmati hidangan yg best dari pantai timur ni... apa lagi Nasi kerabu lah...dulu Mek ni meniaga kat jalan bawah nak ke Hospital ... saya dan suami selalu singgah situ... maklomlah masa tu tengah peggy memang selalulah nak makan nasi kerabu ni... balik je kerja ajak suami datang sini... memang peminat tegar ni... kalau ke Kelantan mesti cari nasi kerabu... siang malam pagi petang... mesti cari nasi ni jew...tak jemu...
Lepas tu jalan nak kehospital Parit Buntar ni tengah sibuk dinaik taraf nak buat jalan baru termasuk baik pulih laluan keretapi... jadi kami dah kurang kesana... agak lama menyepi dari makan nasi kerabu Mek ni... kekadang kalau ke pasar malam terjumpa Mek beli juga walaupun dah kenyang...
Pastu tetiba kami nampak Restoran yang cantik ni...
Ya Allah Kedai Nasi Kerabu Mek rupanya...
Tahniah... dah boleh senyum bangga... sangat2 besar dan memuaskan..

Nasi Kerabu Mek Taman Pekaka Nibong Tebal


Bukan saya seorang tau peminat nasi kerabu ni... en suami pun suka.... dan kini anak daraku ni pun dah suka... bayangkan haritu dia boleh habiskan sepinggan nasi ni... emrmmm  terkejut mama... hehehehe


Ni rupa restoran Mek yang serba canggih dah macam restoran KFC gitu..


Kerusi meja yang moden sesuai sangat dengan konsepnya...


Ha nasi dagang pun sedap tau...
Lagi satu Laksam dia pun sedap... i lioke 


Tahniah Mek dan keluarga... yang semestinya nasi kerabu memang menjadi kesukaan semua tak kira kita dari mana. Memang terbaik..

Hubungi : 05 7173800 HP : 010 3883900

Tuesday, 25 March 2014

Selamat Pengantin Baru Wani dan Pasangan

Alhamdulillah sebenarnya banyak cerita nak cerita kat sini memula kisah si penganti baru iaitu anak sulung Kawan ofis Kak Zarimah.. Wani dah bertemu jodoh dengan pasangan... alhamdulillah sama cantik sama padan... comey anak kak Zarimah ni...
Dari rumah kami keTaiping ambil masa 45 minit je... tapi kami keluar awal sebabnya nak menghantar sesuatu... haha nak tau apa dia...
ha scrool kebawah...

 



Kek Kahwin 2 tingkat

Ha inilah yang sebetulnya... projek menghantar kek pengantin yang ditempah oleh kak Zarimah...
first time ai buat kek dua tingkat ni... amacam ok tak...tq kak sorry kalau ada kekurangan...

inilah kek nya sebelom di tingkatkan.. hahaha
Sampai je rumah kak zack terus setting kek ni... lepas setting kami makan... lepas tu tunggu pengantin sampai... mulatu anak2 dah meragam nak balik... yang mama nak tunggu pengantin dulu...
last sekali bawa nak2 masuk kereta pastu tunggu juga pengantin sampai...
Pasangan Pengantin yang cantik dan sepadan
Alhamdulillah sempat juga tengok pengantin potong kek.. yang tu yang penting... sib baik sabar sat.. kalau tak melepas saat ni... sebabnya masa pengantin sampai dicadangkan agar potong kek dulu... takut meja kek tu dirempuh orang... maklumlah kek tu tinggi sangat sekali tempuh memang terbaliklah... seriau pun ada.. so cadangan diterima... lepas dapat gambar ni terus berangkat balik... elok2 nak balik kawan2 yang lain baru sampai... tata nak balik dah... tapi nak ronda Taman Tasek Taiping jap.. hehhehe
Tasek taiping airnya kering... tengok tu kan? 

Apalagi medel yang sorang ni pun beraksilah dengan comelnya...
ekekeke adik dah lentok dalam kereta...


tengok bergaya habislah anak daraku ni..
mama tumpang sekaki yer...hehe dah jom balik...

Monday, 24 March 2014

Yong Tau Foo kat Pantai Bersih

Lama kami tak jalan-jalan makan-makan kat sini minggu lalu singgah sini... wah dah banyak perubahan... 
kami lalu singgah petang masik terik... cuma abah yang turun sekejap tengok apa diorang buat kat bawah tu... pastu terus ke agenda kami makan Yong Tau Fu... yang best kat gerai ni..

Tengok2 bangunan gerai ni pun dah berubah... lawa lagi... 

Tapi sup dia masih sama... emm yummyy

Adoi satu je tak berubah bila oder tu emm memang lambat lah dapat.. berasap jugalah.. huhu sorry.. apapun tunggu jelah.. anak2 pun blehlah buat peragai macam2.

dah dapat makan apa lagi pulun lah... alhamdulillah dah habis kempunanan..
dah jom balik...

Wednesday, 19 March 2014

CSR Perdana Group 13 PTM Sesi 3/2014

Alhamdulillah minggu lepas selesai sudah sesi CSR Perdana bagi kami Group 13
Kami ke rumah Tok Chahdi Relau...
Terima kasih pada group 13 yg sangat2 bertungkus lumus membersihkan rumah tok ni... Alhamdulillah Tok Chah nampak sangat gembira dengan kehadiran kami. .
Tok Chah ni rajin orangnya nampak rumah dia ni cantik je... kira pembersih... laman dia banyak pokok bunga... main dengan kudrat yang kejap baik dan kejap tak tapi masih rajin mengemas laman... masa kami sampai dia tengah ambil air nak siram pokok bunga dia... sambil bertongkat... aduh rajin betul walaupun tak berapa sihat.





Ruang atas rumah Tok ni kosong hanya tinggal habuk2 ja.. dah lama katanya dia tak naik.. so kesempatan untuk mereka ni untuk membesrsihkan habuk ni... 




kerja-kerja membersih danmengemas dijalankan dengan penuh bersungguh oleh Peserta... depa ni semua cikgu2 MRSM bagus dan rajin... terima kasih dari saya yer... sayang korang..


sebelah petang wakntu ni dah nak balik sedikit sesi menyulam kasih bersama Tok.. Nasihat tok selalulah menjengok orang tua... kalau nak kerumah depa bawalah buah tangan.. gula kopi biskut... timbulkan sedikit rasa gembira walaupun pemberian yang tak seberapa.. 

betul lah mak zie dulu kalau nak kerumah tok dia mesti singgah kedai beli gula ka kopi ka.. dan itulah pesan mak untuk kami... In Sya Allah akan di patuhi.. 

Sesi bergambar bersama group 13.. sampai berjumpa lagi yer...

Monday, 10 March 2014

Pengalaman Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Alhamdulillah akhirnya merasa juga menaiki pesawat Malaysia Airline MAS.
Sebenarnya ni entry tertunggak memandangkan sekarang ni tengah heboh pasal kehilangan MH 370.Sama-sama kita berdoa moga misteri kehilangannya dapat dibongkar. Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan Solat hajat semoga mereka yang hilang dapat dikesan..dijumpai dengan selamat atau sebaliknya.

 kat sini nak cerita sedikit gementarnya bila menaiki pesawat ni.. maklumlah terbang tinggi... gayat ooo...
masa kami nak berangkat dari Penang ke KLIA dok belakang sekali... adoi berbuyi sakan gak lah merudum je... konfident ngan dak je... Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA... dari KLIA nak ke Kuching seat kat tengah betul2 kat sayap dia... Pesawat ni ok sikit dari yang first tadi.. tak lah bergegar semacam...

Naik dan Landing dengan selamat... Alhamdulillah..syukur..
Masa nak Landing tu nampak permandangan dibawah MasyaAllah Cantiknya... Subhanallah... hilang sekejap rasa gundah..




Masa balik dari  Kuching Sarawak ke Penang haha yang ni best tapi emmm lebih lama diudara ... sebabnya kami ambil Flight direct ke Penang. Kali ni naik Air Asia.. memula nak naik tu biasalah rasa gayat tu tak boleh blah... tambah2 lagi masa kelajuan nak terbang tu.... lepas pada tu bila diudara rasa ok je.. tapi debaran tu masih terasa... bayangkan 2 jam masa di udara ....dalam hati bilalah nak sampai bila lah nak sampai...
yelah selagi kita diudara melintasi lautan luas mana tak gabra kan... mulut tak berhenti mengucap... 
rasanya naik Air Asia lebih best... 

dan akhirnya sampai juga... dengan selamat..

Jumpa Anak2 dan Suami Tercinta..
Kenangan yang tak dapat digambarkan bila berada di atas yang penuh dengan debaran..



Kenangan Me dan Kak Suhana ke Program Kursus Persara MARA 2013 di Pearl Habour Kuching.
Pada 26-29 Jun 2013.

Lepas ni agak berani ke nak naik lagi...
Apapun semuanya kuasa Allah.. segala yang berlaku semuanya ketentuan... kita di darat ni pun berlaku kemalangan apatah lagi di atas nu...

pokok pangkalnya.. dimana2 saja akan ada kemalangan malahan dalam rumah kita sendiri...
yang penting kita ingat Allah inilah ketentuanNya .. Inilag Qado dan Qadar Nya..
Hasil Warna anak mama Dina 5 Tahun (2012)

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers