Wednesday, 26 February 2014

WW : Hip Hip Horrey Rayyan

Hip Hip Horrey
Hah dah nampak Pusat





Dah besar sangat dia rasa tu....
P/s : dah tak hisap puting yeehaa..



Monday, 24 February 2014

Taman Lagenda Padang Serai 23 Feb 2014

Semalam dapat ronda ronda tengok progres rumah... nampaknya hutan lalang kat depan tu dah clear.... laluan depan rumah dah turap batu... tar je belum...
Buat kali pertama kami dapat lalu depan rumah dan masuk didepan laman... cuma grill tu berkunci so tak dapat masuk dalam...... grill depan dah pasang.. pintu cermin je belum... tak lambat dah tu... rasanya bulan 5 ni siap sepenuhnya apa.... target raya ni masa balik kg lehlah duk sini...  ajak adik beradik mai... pakat2 masak makan3...lepak lepak.... tak sabar ni.... sayang pulak nak sewakan.
Taman Lagenda Padang Serai Fasa 7
Buat Pertama Kali Menjejak ke Laman Rumah


Taman Lagenda  Fasa 7 Tinggai nak buh tar dan cat 

Masa kami sampai tu kebetulan baru lepas insiden kat jalan besar betul2 depan rumah kami.. alahai kesian pulak... 

Friday, 21 February 2014

Selisih Faham Asam Garam Rumah Tangga



Perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang dituntut oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah. Perhubungan suami isteri merupakan satu rahmat dan tanda kebesaran Allah kepada umatnya

Bagaimanapun dalam melayari kehidupan berumah tangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri sama ada berpunca daripada suami ataupun dari pihak isteri.

Pasangan seharusnya menyedari bahawa perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup dua insan berlainan jantina dan mempunyai latar belakang yang berbeza.

Akibat perbezaan itu, ia mempengaruhi cara berfikir, sikap, nilai dan cita rasa individu dan seterusnya menimbulkan perselisihan faham dan pertelingkahan.

Menurut Kaunselor Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat, Nor Shadira Jamaluddin perselisihan faham boleh dielakkan sekiranya kedua-dua belah pihak saling menghormati.

"Dalam kehidupan normal, mana mungkin tidak berlaku pertelingkahan bak kata P. Ramlee sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula suami isteri,'' ujarnya tegas.

Katanya lagi, dunia rumah tangga boleh diibaratkan seperti air lautan ada pasang surutnya. Ada masa air laut bergelora dan ombak akan mengganas menghempas pantai.

"Begitulah juga dalam kehidupan berumah tangga ada masa kita gembira serta bahagia dan kadangkala pula dirasakan rumah tangga begitu membosankan sehingga berlaku pergaduhan,'' ujarnya lagi.

Walau bagaimana rapatnya hubungan suami isteri, pasti akan berlaku pertelingkahan kecil atau terbitnya rasa tidak puas hati kerana perkara seperti ini mudah berlaku ibarat lidah dan gigi pasti akan tergigit juga.
Namun, yang membimbangkan ialah sekiranya perkara seperti ini tidak dibendung akan mengakibatkan hubungan suami isteri retak dan seterusnya hancur.

Seharusnya dalam pergaduhan antara pasangan, jangan ungkit perkara-perkara yang telah berlaku.

"Hal sedemikian hanya akan menimbulkan lagi kemarahan antara pasangan, sebaliknya salah seorang perlu bertindak mendiamkan bagi mengelak keadaan terus panas,'' katanya lagi.

Katanya, dalam pergaduhan, kadang kala ia boleh mematangkan perhubungan suami isteri.

Namun harus diingatkan supaya elakkan perselisihan di hadapan orang lain termasuk anak-anak kerana ia akan membuatkan mereka mengikuti perangai yang tidak baik itu.

Dalam perkahwinan kita terpaksa berkongsi segalanya dan melalui perbalahan, kita akan tahu kelemahan dan kelebihan suami atau isteri namun harus diingatkan supaya tidak menggunakan bahasa yang kesat.
"Walaupun pedih disakiti pasangan namun jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kotor,


lucah, mencarut kepada pasangan sebaliknya berfikirlah secara bijaksana," katanya.

Perkara negatifnya apabila perbalahan tidak dikawal dan masing-masing mahu menunjukkan ego sendiri, pertengkaran yang berkisar perkara kecil atau remeh-temeh boleh berlarutan kepada 'perang dingin' atau krisis lebih besar.


apabila kita berselisih faham jangan tunggu pasangan kita memohon maaf. Isteri jangan tunggu suami minta maaf, begitu juga tak semestinya isteri yang kena minta maaf dulu.

Cara paling baik ialah, tak kira siapa pun yang bersalah dalam hal tersebut, katakan saja pada pasangan anda dengan lembut bahawa anda ingin minta maaf  jika anda yang melakukan kesalahan tersebut.
Dengan cara begini, pasangan anda juga akan cepat tersentuh dan lembut hati. Malah dalam keadaan begini, beliau juga selalunya akan tersedar jika bahawa dia yang bersalah sebenarnya hatinya tidak lagi sekeras masa berbalah tadi.

Jadi jangan tunggu lama-lama dan ikuti saranan  ni ya setiap kali kita ni naik angin..

Cute pulak Karikator ni... i Like 
Kebetulan 2 Girl dan 1 boy dan abah pakai cermin mata.. comey comey..

Doa keluarga bahagia Semoga keluarga Kita terhindar dari perkara yang tidak diingini Aammiin

sumber

Tuesday, 18 February 2014

Musim Demam @ Tonsil Yang Amat Perit @

Hari ni saya cuti... MC lah sebab sebab demam dan sakit tonsil.... ya Allah sakit rupanya kalau tonsil menyerang kan?.. saya tak pernah Merasa sakit ni ... sebelum ni 5 tahun sudah hanya suami saya yg selalu diserang tonsil ni... bila sakit tekak je... dia selalu demam... lepas je pantang dekat si Dania... abah pun masuk ward dan buat operation ... 5 hari juga kat spital... main tarik tali juga abah ni... sebab takut yang terlampau.... akhirnya abah beranikan diri sebab dah tak mau tersiksa dengan kerab batuk dan demam...

Alhamdulillah dia pulih sepenuhnya selepas operation tu..

Tah macam mana kali ni saya pula dijangkiti tonsil ni... kata orang penyakit ni keturunan... mungkin sebab cuaca sama kot... apapun  redho... moga tidak berlarutan macam suami...

Sekarang ni tengah berehat kat rumah..nak telan air liur pun terasa perit sangat... demam tu dah kurang... cuma kerongkong tu masih terasa sakit... Kebetulan mama demam adik Rayyan pun demam... so ambil kesempatan jaga dia sama... Sabtu lepas Kakak Dina demam isnin dah ok dah boleh pi sekolah macam biasa...

Harap tak berjangkit dengan Dania pulak...
Agak3 esok tonsil ni dah kurang ka brlom ye....

Monday, 17 February 2014

Sehari di Lavender Garden Cameron Hihgland


Cuti CNY tempohari kami ke Ipoh.. apa lagi cuti yang tak dirancang.... Jumaat tu masih kat rumah... malam tu buat keputusan terus shoot ke Ipoh.... kemana lagi destinasinya... tentulah kerumah my Sister yang seorang ni... kebetulan Mak dan Abang pun datang sini kami apa lagi sama2 memeriahkan suasana...
Ahad kami baliklah ha sebelom nak balik kami macam biasalah mesti nak naik gunung yang satu ni... kemana lagi Cameron Highland lah..

Ingatkan orang dah tak ramai.. sekali ada beberapa tempat jalan semput2... rempuh juga jalan jem tu... akhirnay kami sampai juga ke Brinchang... turun makan2 nak lah ke Tanah Rata  tapi separuh jalan jew... tak sanggup dah nak rempuh jalan...
so kami berpatah balik singgah kat Ladang Lavender ni...
bolehlah tempat baru... sebelum ni naik tak ada lagi... masuk ke sini dikenakan Bayaran Dewasa RM 5 kanak2 6 keatas RM 3...
lepas masuk sini... kami pun beredar... turun dengan selamat... terus balik Penang..





















Ha tengok anak2 mama kalau disuruh posing, memang tertonggek tonggek lah..








Sebelum sampai ke Ladang Lavender kami singgah sini.. tempat Favorite ni... kalau nak beli cendawan goreng dan buah Strawberi kat sini juga... 


emm tengok tu... segar bugar lagi.... 3 Pack RM 35.00 percuma 1 Pack kecil


Kat sini Zie turun seorang dulu.. lepas habis beli2 apa patut en suami pulak turun... 
Kat sini nak Park kereta susah... nak runtun anak2 yang kecik tu dan orang pulak ramai.. pakai dak lah... nak senang kami turun gilir2...
senang mudah jimat masa.. heheh


Ha ni lah yang anak2 mama dapat... seronok bukan main lagi yer... 
suka lah tu.. kalau benda2 camni zie suka beli kat pasar malam Brinchang..
 harga boleh tahan sket.. kalau tempat lain mahal lagi...




Monday, 10 February 2014

Samsung Galaxy Note 3 Putih Ke Hitam?


Jeng jeng jeng..... beralih angin lagi... dah letgo S4 ku... huhu sangat sedih... sayang... rindu...
tapi apakan dayo... jodoh kita sampai disini setelah 7 bulan meggunakannya... akhirnya hatiku berubah pada sidia yang lebih gah.. hehehe walaupun harga lebih kurang sama cam S4 tapi oklah lagipun tolak kat kawan jugak... so amik Note 3 baru cuma tambah sikit je... kalau rinduu leh jengok2 kat dia... hehehe tapi tulah bila dah jatuh kat tangan orang ... makin lawa.. hehehe 
apapun Note3 ni nak kaler apa ye... dolu2 W dan S4 suka amik kaler putih...
 kali ni nak amik kaler apa yer..
pk punya pk so.....

putih tetap lawa.... pink? takmo lah... 


Tara..... hitam hitam sitompok manggis...
hitam menjadi pilihanku...

ni masih kat kedai.. amacam ok tak...hitam..
Ha inilah dia... akhirnya berada di tanganku...

hitam juga pilihanku... 
yang lepas2 kalau beli HP aku amik putih kali ni berubah angin..
puas hati pakai N3 bateri dia tahan sikit dari S4..
cover tak ori nak ori jenuh rm lagi..








Specifications


Size and Weight
  • 5.95 x 3.12 x 0.32 inches
  • 5.93 ounces

In The Box
Operating System and Processor
  • Android 4.3 (Jelly Bean)
Battery Life
  • Up to 25 hours talk time
  • Up to 530 hours (3G); Up to 420 hours (4G) standby time
Memory
  • 3GB RAM, 32GB ROM and microSD slot (up to 64 GB)
Connectivity
  • Sync methods: USB, WiFi, Bluetooth, DLNA,NFC
  • 4G Capable
  • Wi-Fi and Mobile Calling
Audio and Multimedia
  • T-Mobile TV
GPS and Apps
  • GPS enabled
International
  • UMTS: Band IV (AWS);UMTS/HSPA+: AWS Band IV / 2100 / 1900 / 850;Band II (1900);Quad Band GSM;LTE
Hearing Aid Compatibility
  • M3 & T3
  • Galaxy Note 3
  • Battery
  • Charger
  • Stereo Headset
  • S Pen
  • Micro USB cable



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers