Monday, 30 December 2013

Gambar konvo Dania Zahira

Alahai kenapa tak senyum.... manis gituw... alhamdulillah dah habis masa 2 tahun kat Taska Permata ni... sangat2 bangga dengan Dania.. moga akan lebih maju lagi di tahun hadapan... Tahun hadapan Dania mama dan abah akan masukan dia ke Pasti pulak..  kat situ moga Dania akan lebih berlajar lagi... walaupun agak terlalu kecil umur moga Dania sebijak kawan2 yg dah berusia lebih dari dia.. maklumlah anak akhir tahun... anak bongsu lah dari kawan2 yg awal tahun dari dia... 

Bersama Tenaga Pengajar Taska Permata Sg Kechil 

Nur Dania Zahira

Friday, 27 December 2013

Sediakan Keperluan anak Kesekolah yang serba sederhana.

Alhamdulillah serba sederhana telah melengkapkan sesi membeli keperluan anaknda tercinta Irdina yang akan memasuki persekolahan darjah satu 2 Januari ni...
 dah tak lama dah... hari selasa depan ada hari orentasi pelajar tahun satu dan sedikit ujian ... 
moga anak mama boleh menjawap dgn tenang... 
Ujian tu penentu kelas dia kelak... 

Baju sekolah mama beli tiga pasang... 
kalau nak ikutkan baju masa pra masih muat so rasanya kalau terdesak baju 
tak sempat kering ke apa leh pakai lagi...
Singlet 4 lai... 

Tudung 2 lai tahun lepas punya beli tak pakai tahun ni pakai tudung tulah... 
kasut baru je abah beli sepasang je... yg lama tu pun masih elok sebab beli hujung tahun... 
pakai dulu kalau rosak akan tambah kemudian... 

Stokin tambah lagi 3 pasang.
Kaler 3 kotak... 2 kotak abah beli lagi satu dapat masa pra... 
semua baru lagi..

Pencil case dapat masa pertandingan pakaian beragam masih elok pakai dulu..
pencil, pemadam, pembaris semua dah ada... tak cukup kemudianlah ( rasanya kejap je tu)

Beg pun mama beli baru yg princess tu ingat besar sekali beli rasa macam kecil je...
 tak pa leh juga guna.. tak muat ke... tukarlah beg yang satu lagi... 
beg tu tahun lepas punya... masih elok
tak guna pun sebab buku2 simpan kat sekolah..
Dina mintak mama belikan beg duit.. katanya nak buh duit nanti..

Hah dan satu lagi dia minta mama belikan jam loceng.. 
konon nak bangun awal tanpa mama gerakkan dia... 
Eh beg Hello Kitty tu untuk Dania... terselit pulak...
Beg dia penuh dengan keychain makcik dia bagi..

Ha nilah dia jam yang akan kejutkan dia... hahaha bangun ker?

Ps : baju sukan dan baju kafa dan buku2 sekolah belum beli lagi... 
tunggu taklimat selasa ni baru tau.. apa yg kena beli lagi..

Antara keperluan semasa pendaftaran anak pada hari orentasi selasa ni: 

1. Salinan bil eletrik dan bil air
2. Salinan kat imunisasi anak
3. Salinan surat beranak anak
4. Salinan kad pengenalan ibu bapa
5. Salinan slip gaji terkini ibu dan bapa
6. Salinan sijil nikah ibu dan bapa

SEMOGA ANAKKU BELAJAR DENGAN RAJIN YER.
1 Jan nak daftar Dania pulak ke Pasti... kat situ pun makan ratusan jugak...moga Allah Redho..



Thursday, 26 December 2013

Majlis Sambutan Birthday Dania 4y Dengan kek Barbie


Alhamdulillah rasa lega dapat buat kek Sendiri untuk anak2... syok rasanya... 
Tak payah keluar modal banyak2 hehehe
kek ni memang Khas untuk Dania Zahira

Tahun Lepas mama Buat Cup Cake Princess
tahun ni Kek Barbie... 
Dania kalau mama masak kek kat dapur dia datang emm mama masak kek ke? 
Ania nak sikit boleh? amboi manja betul ayat tu..
pastu ada lagi emm sedapnya mama masak kek..
emm yelah sedap sangat hehehe...

Tahun Lepas mama buat makan2 kat Rumah Tok (makngah) kali ni mama sambut kat Taska Permata... tahun lepas tak sempat nak sambut kat Taska sebab semua kanak2 ramai yg tak hadir bila hujung2 tahun... kesian Dania tak berkek.. Alhamdulillah tahun ni tercapai Hasrat mama nak sambut Birthday Dania kat Taska..
Kek Barbie Hasil Tangan Mama untuk Dania



Sedikit gambar2 kenangan pada majlis Haritu... ha tengok boleh diakatakan semua hero.. 
Heroin sikit je... heheh


Kakak, mama dan Abah pun datang...

Nampak Dania teruja dengan Kek Barbie pada Majlis haritu....



Ha comel tak Dania Dengan Kek Birhday dia Kek Barbie

Ha ni Kek barbie mama yg Pertama haritu... buat sempena Birthday kakak... comey tak?
Maksudnya kek Birthday Dania adalah kek ke Dua lah..

Wednesday, 25 December 2013

Alhamdulillah Wishlist 2013 Tertunai

Sedikit review antara wishlist saya tahun ni..semuanya tertunai dan termakbul Alhamdulillah sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Cuma bertambah satu iaitu terbeli lagi sebuah rumah.. hehehe yang ni memang tak terancang.... Tapi sangat bersyukur sebab ada kisah disebalik beli rumah tu... yang boleh dikatakan memang berbaloi dan bermanfaat. Nanti kita cerita yer...
Sebenarnya wishlist saya tu 3 je... tapi terjadi 4.. tapi yg keempat tu belum siap sepenuhnya lagi...

1. Beli kamera sony nex entri SINI
2. Henpon S4/ macam nk sambar note 3  pulak. Huhu entry SINI
3. Ubahsuai rumah entry SINI
4. Beli rumah baru (tambahan) entry SINI

Korang pun mesti ada keinginan sendiri kan... moga semuanya telah termakbul dan tercapai... In Syaa Allah..Alhamdulillah





Tuesday, 24 December 2013

Happy Birthday Dania Zahira 4Y



Alhamdulillah Hari dan Saat Telah tiba hari ni genap Dania 4 tahun... makin2 pandai berani dan macam2 lah yg best cakap Jerman dah tak ada dah... kalau ada saja2 dia buat... sekarang ni masa melayan dia yang banyak bersoal jawap... 

anak mama yang kedua ni manja sikit... ada garang jugak... nampak lembut tapi kekadang timbul garangya.. adoi... sabar je lah...

Doa mama semoga Dania berjaya dalam pelajaran dalan kehidupan panjang usia sihat sejahtera... dan yang penting jadilah anak yang solehah.. hormati ibu bapa...
Selamat Hari Lahir Nur Dania Zahira..
4 tahun kamu sekarang ni
Love u Ya...emmuah




Monday, 23 December 2013

Pelamin dan Meja Santapan Raja Sehari

contoh pelamin warna pastel.. aman je rasa sejuk mata memandang
Sebenarnya Dewan Makan di tempat saya bekerja menjadi pilihan dan pasangan pengantin penduduk setempat menyewa untuk majlis kenduri kahwin... kami kat sini kalau ada majlis kenduri ni sangat teruja sebab hiasan pelamin yang sangat cantik2 .. kami yg kaki bergambar ni apa lagi mau tumpang sekaki lah... sangat2 terpegun dengan pelamin yang tersergam indah... kat bawah ni antara hiasan pelamin yang ditempah... boleh jadi bahan rujukan dan promosi di tempat kami ni... taksangka bila dihias cantik rasa macam hotel lah pulak.... hehehehhehe




Pelamin dan meja santapan raja sehari sangat cantik dengan gabungan warna hijau dan putih.. adoi jatuh cinta



Contoh ketiga pelamin dan meja santapan untuk raja sehari... gabungan warna puteh dan pink sangat terasa lembut dan indah







Semua ni kenduri tahun 2013 tahun depan agaknya lagi meriah apa. Hehehe

Friday, 20 December 2013

Apa Perbezaan Pembiayaan Dan Pinjaman?

Emm nampak macam sama tapi ada kelainan didalam 2 konsep ini... semoga menjadi panduan untuk kita berhutang cara yang betul....


Ramai juga keliru dan ada juga tak tahu apa beza pinjaman dan pembiayaan. Ayat yang paling mudah bagi membezakan 2 kata di atas ialah pinjaman merujuk kepada sistem perbankan kovensional dan pembiayaan merujuk kepada sistem perbankan islam. Oleh kerana sudah ramai di luar sana yang sudah terbiasa dengan penggunaan kata seperti pinjaman atau loan, maka kata “pinjaman” juga digunakan bagi produk perbankan Islam.

Bagi orang Islam, sebenarnya mereka tidak ada pilihan untuk menggunakan produk perbankan Islam walaupun ada beberapa perbezaan yang nampak di mata kasar perbankan kovensional lebih menguntungkan. Apa pun selain untung di dunia, untung di akhirat juga perlu diambilkira.
Apabila sebut berkenaan pinjaman atau produk kovensional, ianya tidak akan lari daripada riba. Riba ni adalah haram di sisi Islam. Dosa amalan riba ini amat besar dan umpama berperang dengan Allah SWT dan Rasul SAW. Antaranya ayat Al Quran berkenaan riba seperti di bawah :

Allah berfirman :
Maksudnya; ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah al-Baqarah : 278-279)

Perumahan di Taman Lagenda Padang Serai



Definisi

Pinjaman ialah suatu kontrak yang mana kita memberi wang kita kepada yang memerlukan dengan syarat, kembalikannya dalam tempoh yang ditetapkan. Pinjaman boleh jadi islamik (tanpa lebihan / riba) dan boleh jadi pinjaman berasaskan riba.

Pembiayaan pula ditakrifkan dengan KEMUDAHAN BERHUTANG. Di sini, ada banyak cara untuk memberi kemudahan tersebut. Antaranya ialah kaedah membeli dan menjualkannya dengan harga tinggi (Murabahah / Musawamah), kombinasi pinjaman serta sewa (Musharakah Mutanaqisah), Ijarah (Pembayaran perkhidmatan) dan juga pinjaman itu sendiri. Dengan inovasi tersebut (selain dar pinjaman), secara tidak langsung, si pemberi pinjam mempunyai hak untuk mendapat perolehan tersebut.

Dalam kaedah Murabahah, si pembiaya (bukan pemberi pinjam) biasanya (dan sepatutnya) merupakan usahawan. Jadi, dia sepatutnya bertanggung jawab terhadap kerosakan barang yang dijualnya. Itulah risiko yang dia hadapi. Justeru, dia mempunyai hak untuk menaikkan harga barang tersebut.

Dalam kaedah Musyarakah Mutanaqisah, Si pembiaya mempunyai share ke atas barang yang dibeli bersama-sama pembeli. Jadi since pembeli menggunakan share pembiaya itu untuk kepentingan dia (seperti duduk dalam rumah yang dibeli bersama), maka di samping membayar balik hutang pinjaman barang itu tanpa riba, si pembeli seharusnya dikenakan caj sewa berdasarkan peratusan share oleh pembiaya tersebut.

Untuk Ijarah, PTPTN selalu pakai konsep tersebut. Dia ada rental rate (bukan riba w/pun pengiraan macam interest) macam Musharakah jugak, juga bayaran balik pembiayaan tersebut tanpa riba.

Jadi, kita kena betul2 define perbezaan antara Pinjaman dan Pembiyaan secara menyeluruh!



Saya baru lulus Pembiayaan Perumahan ini... moga info ni menjadi panduan untuk kita semua... saya pun keliru kawan2 terdahulu pinjam duit beli rumah di sebut Pinjaman... sekarang di panggil Pembiayaan. so inilah yg membezakan Pembiayaan dan Pinjaman.. sama-sama kita belajar dan memahami 2 konsep ini.



Thursday, 19 December 2013

Pembiayaan Perumahan dah Lulus

2 minggu lepas masa aku tengah sibuk dengan kerja... anak pulak demam.. kepala serabut tetiba datang berita gembira ni... Alhamdulillah syukur... apa dia ha inilah masa dan masa yang dinanti2..

Permohonan Pembiayaan Perumahan dah lulus... lulus 100% hehehe..
tapi masa dapat surat kelulusan dari HQ tu dai lampirkan beberapa lagi aggrement antara Pemaju aku dan majikan.. adoi borang tu semua kosong... contoh pun tak dak... camno nak isi?

so tertangguh kat situ dulu... call hq tak berjawap... 
minggu lepas aku try lagi nak isi tapi tak mampu memang tak reti...
 tetiba dapat tanya org HQ depa kata tak payah susah isi lah hantar 
terus kat peguam nanti depa buat semua..

la ya ka.. awat tak cerita awai2...
apa lagi aku terus call pemaju bagitau depa... borang tu nak hantar ker? 
depa kata tak payah.. cuma faxskan surat kelulusan dari HQ jew... 
cuma borang tu hantar kepada peguam yang dilantik...
lagi senang... semua depa yg uruskan..
.adoi kalau ku tahu dah ku faxs lama dah...
tak pa2...
sabar...ye takkan lari gunung dikejar..
bukan apa sejak mula dok proses loan tu dah 3 kali
dapat surat reminder dari pemaju ... 
adoi pening kepala...maksu ni..
hehehe
emm bukan apa yang jadi lagu tu sebab tak baca cara2 atau pun arahan dia bagi habis...
 terutama arahan kat bawah ni.. adoi makcik jugak yg silap...




Selesai suadah bab ni... tunggu next bab pulak...
minggu dulu balik tengok rumah dah naik tembok... 
Moga tahun depan lehlah rasmi rumah tu... 

Wednesday, 18 December 2013

Tuesday, 17 December 2013

Main Pasir Pantai dan Mandi Laut di Teluk Batik



Seronok depa dipukul Ombak...






Dina tak takut suka pergi tempat dalam.. mama yg seriau... huhu


Naik Bot pusing pusing pantai dan laut..







Tujuan bawa main pasir ... dan mandi laut... 



Lepas penat main mamam aiskerim.. emm dap dapnya..

Hah menyanyi pulak jom balik...


Gambar semata... ceriat mungkin dah basi... ni gambar masa kami ke Lumut dan Pantai Teluk Batik... emm orang jangan cerita lah memang Ramai... kami bermalam kat Vigo Batik semalam... hotel yg biasa2 je sebab dekat pantai pasir pun masuk dalam hotel... huhu


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers