Friday, 29 November 2013

Kebaikan Air Ais atau Air Sejuk

YANG WAJIB DIAMBIL KISAH

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. 

Teruskan membaca untuk lebih memahami. Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. 

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.


Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. 

Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

p/s : Tepuk dada tanya selera... me dua dua boleh.. hehehe
Dalam baik ada buruknya dalam buruk ada baiknya...
pernah anak demam batuk me bagi juga air ais dekat anak alhamdulillah batuk dia hilang.

Thursday, 28 November 2013

Checkup Rayyan di Usia 18 Bulan

Hari ni dan pagi tadi bawa Rayyan Checkup... emmm perkembangan yang baik berat pun makin naik... BMI pun ok.. Alhamdulillah membesar bagai juara...
kali ni kena cucuk emm cam biasa nengess lah kan? hehehe 

Checkup Rayyan 28/11/2013
Berat : 10kg
BMI :13.8
Ketinggian : 85cm

Emmm seronok dia dok main timbang tu...sekali misi happ... hehehe

Gambar sebelom cucuk... hehehe releks jer...

gambar semasa cucuk tak dak... huhu sebab mama pi sorang..

Gambar selepas cucuk emmm keriau.... tapi kejap je.. hehehe saja dia nak keriau..
kesian.... 




Wednesday, 27 November 2013

2 minggu selepas kehilangan Batrisya kakak iparku diuji lagi

Allah hu akhbar... ujian lagi buat kakak ipar aku... 2 minggu selepas kehilangan anak tercinta Batrisya 6y akibat kemalangan ... dia dikejutkan lagi dengan pemergian Ibu tersayang ... dugaan buatmu Maizura.... semoga kau tabah menghadapinya.... kau insan yg terpilih untuk menerima ujian ini... pastinya kau lebih hebat dari kami...

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali....

Peraturan Allah adalah yang terbaik.... 

Monday, 25 November 2013

Susahnya nak Ambil Gambar anak2

Cantik jugak permandangan kat sini(Lumut)... apa lagi kami pose dulu sekeping dua...itupun bukan main susah nak bergambar...sorang pusing sana sorang pusing sini... adoi... jenuh memanggil...maklumlah masing2 nak buat hal sendiri... abah pu  main snap je.... mana yang dan...kalau ada pun  gambar yang ok.. kira baguslah... kalau tak jadilah macam kat sini... apapun layanzzzz





Cuti sekolah ni tak plan lagi nak kemana... Dina dah post balik kampung.. dok dengan tok (MIL) dia memang manja dengan tok dia... yg lain dok dengan mama dan abah... tinggal berdua tak bising sangat rumah ni.. kalau tak gamat.. hehehe

Gambar Konvo Irdina 6 Tahun

ALhamdulillah... dah konvo kali kedua... dulu 5y sekarang 6y... tahun depan dah darjah 1... syukur ALhamdulillah. .. moga kau membesar menjadi anak yg berjaya..
Perkembangan Irdina sangat mengujakan... dulu dia hanya boleh mengeja... masuk je pra dah dapat membaca dengan lancar... boleh mengira tolak tambah... mengaji dengan lancar... dah masuk iqra' 4... syukur...
Oh ye tuk pengetahuan anak mama ni tahun depan akan bersekolah di Sek. Keb. Jawi.. dan tidak lagi bersekolah di sekolah Sg Duri... tak tahulah samada keputusan abah ni betul ke tidak... kita tengok lah nanti... nak cakap panjang pun tak tahu lagi... sebabnya abah tukarkan Irdina katanya sek Sg Duri Sekolah Kafa petang tu ditempat lain agak jauh ... dan Sek disitu ada sesi Petang nanti bila Darjah dua dia akan kena sesi petang... so jadi rumit sikitlah ... tu yg tukarkan dia sebelom terlambat... apapun moga urusan kami menguruskan anak nak kesekolah di permudahkan..



Ps : sebenarnya mama sedih tak dapat hadir semasa hari konvo Dina kat USM tempohari... sangat2 terkilan.. moga pengajaran kepada mama.... Lepas Dina balik dari konvo petang tu mama menagis trngok Dina mama mintak maaf kat dia sebab tak hadir...

Saturday, 23 November 2013

Gambar HP semasa Lawatan Ke TLDM Lumut


Hah jangan mare gambar semata... sekarang ni sangat sukar meletakkan gambar HP dan kamera serentak.. sebab setiap gambar yg disnap berbeza gaya dan gelagat... terasa sangat rugi kalau tak letak... so amik keputusan letak jugak gambar yang saya snap dengan HP..tapi gambar -gambar dihimpun supaya dapat ruang banyak sikit... dapat upload banyak gambar... blog saya ni kalau nak diikutkan banyak gambar je dari cerita... sebab saya tak oandai nak bercerita... kalau cerita hanya poin poin penting je pastu titik... hehehe apapun gambar2 ni adalah semasa lawatan kami ke TLDM bersama rombongan Taska Permata Sg Kechil.
kenagan naik bas dengan anak2... Rayyan First time naik bas...

Atas bas....

Rayyan asyik turun naik tangga.. huhu penat mama nak kejar dia...



Rayyan tumpang sama... yakut mama nak lepaskan Rayyan kata atas kapal ni... takut terjatuh ke laut... huhu sebab dia lari2 kalau dia ketepi kapal.. sah2 boleh lolos... huhu

Macam comeyjer... bila Dania pergi sendiri dekat tangga tu duduk dan suruh mama amik gambar dia...



Kawan baik Dania.... Izzati

Singgah sini beli sotong kering... dan lain lain..

Friday, 22 November 2013

Cara Nak Publish Entri Blog guna Smartphone Macam dalam PC

Dah lama nak buat entri ni... tapi tertangguh... sekarang baru berkesempatan...anda masih tercari2 cara nak publish entri menggunakan smartphone? Tak tahu cara... dah tahu guna bloggerdroid tapi susah naknupload gambar... so anda boleh terus membaca coretan ni... saya kini berblog dan publish entri menggunakan smart phone sahaja... dahulu saya menggunakan app Bloggerdroid., tapi saya menghadapi masalah nak publish kan entri.. mungkin sebab saya ni suka upload banyak keping gambar menyebabkan entri saya sukar di upload. So selepas saya beli smartphone baru ni.. Samsung S4 saya terus menggunakan app goggle croome. Disini saya boleh masuk blog saya, update blog sama macam dalam PC atau lappy sangat mudah dan senang nak upload sebanyak mana gambar yg kita suka...
Kat bawah ni saya sertakan gambar step by step berblog menggunakan smartphone yang app dia sama dalam PC kita...
Cuba perhatikan gambar2 yang saya snap.. sama kan?. So kita tak payah lagi susah2 nak bukak PC. Segalanya kini dihujung jari...lupakan blogger droid yg kadang2 susah nak publish... huhu...

Psst : tak pasti henphone lain boleh ke tak... sebelum ni guna henphone samsung galaksy w tak boleh taip entry macam ni... begitu juga dengan Galaxy Tab 7.7 boleh taip entry tapi susah nak resize gambar.. tapi sejak guna S4 ni... dari mula beli dulu memang dah boleh guna app ni...sama sebiji macam dalam PC kita... hehehe saya suka saya suka...
Berblog menggunaan hp sama macam dalam PC

Selepas install goggle croome bolehlah sign in  blog macam biasa. 
Boleh touch kat new post boleh terus taip entri dan upload gambar.. dan boleh klik pada saiz juga.. kecil atau besar 
Lepas upload gambar taip entri... letak label tajuk nak set publish pun boleh.

Lepash dah post publish dah boleh view secara view dlm henphone atau view macam dalam web.
Sungguh mudah kan? Apa tunggu lagi... jom jom..try..
Psst : entri ni pun saya taip dan guna dalam HP... senang kan..m

Happy Birthday Si Rambut Maggie @Kerinting

Diana sepupu Dina  dan Dania..si rambut maggie ni dah 7 tahun tahun depan darjah dua... rambut dia pulak makin panjang.... emmm makin lebat plak tu... adohai..9. dari mana lah datang sorang ni... 

teringat lagi masa kelahiran Diana kita sibuk nak kenduri dia dah tak sabar nak tgk dunia Alhamdulillah 22 November 2006 di lahirlah kedunia ni .. so maksu ni lah yang ke spital bawa dia gi check kuning dan masa tu inai penuh dijari dan kaki.. huhu rasa tebal gak muka ni... hehheh control ayu lah... bakal pengantin dah usung baby.. hehehe.. inilah dia budak tecik tu skunk dah besar panjang... 

Happy Birthday NurHardiana Moga menjadi anak yang solehah berbakti kepada ibu bapa yer.... 
soso sweat...

Kebetulan Sekarang ni Kakak dia Siti dah tinggal dengan zie.. semalam dia call kakak dia reminkan hari ni birthday dia.. hehehe sian dia tak dak kawan dah nak main... 




Tuesday, 19 November 2013

Lawatan ke Pengkalan TLDM bersama Anak2 Taska Permata

3 November lepas me dan hubby join rombongan Taska Permata kenPengkalan TLDM Lumut..

Rombongan pergi menaiki bas dan my hubby follow dgn kereta.. sebab  kami akan bermalam di sana.

Jam 7.30 pagi rombongan bertolak sebab nak masuk pengkalan sana dlm jam 10.30 pagi..

Best jugak naik kapal TLDM ni... bukan senang2 nak naik kan bila berpeluang join saja... melawat habis kami ke dalam kapal ni... Si Dania apa lagi keluarlah soalan macam2 pasal Kapal ni...  habis ronda kapal kami singgah shopping makanan laut yg dikeringkan... ha kat sini memang jadi tumpuan..... mama sambar FM je.. nak himpun... hehe



















Pastu Ke Galeri TLDM








lepas Habis Lawatan sini kami ke Pantai Teluk Batik mandi mandi

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers