Wednesday, 31 July 2013

WW : Jasa Abah



Emm inilah rutin harian suamiku, 
menghantar anak2 ke sekolah Dina dan ke Taska Dania, 
mama pulak hantar Rayyan ja... 
Alhamdulillah moga perjalanan mereka selamat tidak kiralah kat mana pun... aamiinn.
Risau.... emm siapa yang tidak risaukan.. nak beli kereta lagi sebiji dah tak termampu... 
dan untuk kemudahan juga.. sebab senang nak cilok.. hehehe

Tuesday, 30 July 2013

Bila Rayyan berseluar Jeans


First beli seluar jeans kat rayyan masa dia baby lg.. jln pun belom merangkak pon belom... punyalah excited si mama ni nak tengok anak berseluar jeans.... pastu bila dia dah besar sikit beli lagi... masatu Rayyan belom boleh jalan... try bagi dia pakai rasa macam ketat dan tak sesuai bila baby ni nak bergerak ... rasa terhad pergerakkannya.... 
pastu rasa macam untuk rayyan 1 tahun rasa macam tak sesuai berseluar jeans.... so mama buat keputusan tak mau beli jeans raya ni... pakai dulu yang mana ada..dan belikan jeans seluar pendek ja.. sekali bagi rayyan try jeans yg beli dulu tengok2 dia pakai muat elok dan tak nampak terlalu ketat... ok ja... pastu nampak lain... macam sesuai sangat tuk rayyan.. segak bergaya gitu .... hehe mungkin sebab dia dah boleh berjalan sama... tu yg nampak lain...


p/s : emm so makna kata akan ada lagi lah baju tambhan untuk si Rayyan ni... abah jom nak pi shopink lagi... huhu

Thursday, 25 July 2013

Alhamdulillah Adik Nurul Hamiza dah sedar


Alhamdulillah adik Nurul Hamiza yang saya buat entry haritu dah sedar dan kembali ceria... berkat doa semua di bulan yang mulia ini... Allah makbulkan... aaminn... syukur sangat-sangat.. 
sedikit post dari wall Kak Ima menerangkan keadaan anak dia... 


Alhamdulillah adik Hamiza telah dapat mengharungi saat2 getir, bertarung nyawa.
sekarang dah kembali ceria.


terima kasih semua yang mendoakan... walaupun tak ramai, 
namun Allah mendengar doa kalian dan yang lainnya..
love u all 

10 comments:

Sura Mohd said...
semoga adik Nurul Hamiza cepat sembuh..dan berikan kekuatan kepada ibu dan bapanya..
ieda immi said...
semoga adik miza cepat2 sembuh ... semoga kedua ibu bapanya kuat hadapi ujian allah ini .. aminnn
mama3heroo said...
in shaa ALLAH..SEMOGA ADIK NURUL HAMIZA CPT SEMBUH..AMIN..
::NureeN:: said...
amin...
sama2 kita mendoakan untuk kesihatan adik miza
Si Matatajam said...
Semoga Allah memberikan kesembuhan pada adik Hamiza
azizah :) said...
moga adik miza cepat sembuh.. insyaAllah..
eita said...
semoga adik nurul cepat sembuh..
Ema Johari said...
semoga adik nurul cepat sembuh..
Kesuma Angsana said...
sama2 kita doakan yer !

Wednesday, 24 July 2013

FotoShoot Pra-Raya Kami Warga ILKM Jawi


Horrey jomm layan jelah pic ni... kami semua berfoto shoot semalam, untuk buat kat ucapan kepada pusat-pusat lain... ha comey dak kak ton2 kat bawah ni... bergedik santai sikit... jom jom..
Senyum semua... selamat hari Raya 2013





lelaki Segak Bergaya Jejaka Warga ILKM
Dari Kiri Zaini, Shuaib, Nordin, Mizan, Ejay, Nizam, Faizal, Mail, Bob, Wan, Adzlan, Shuhaimi dan en Lukman

Wanita Ayu Jelita Inilah Barisan Finalis jelitawan ILKM ekekekeke

Cheeewahhh..hehehe
jangan mare... opcos jelita...

Dari Kiri Kak Ina, Husna, Kak Wan, Kak Zack, Nisa, Zie, Kak Su, Dilla, Tasya, Dayah, Kak Dib, Puan Huda, Diana, Kak Piah, Naimah dan Muna.
psstttTinggai Kak Tie dan Kak Ima je tak ada sebab masih lagi bercuti jaga anak dia kat Hospital..mood sedih.. Kak Tie Cuti bersalin..

apapun sukalah pic semua2 ni...
kameraman dia Nizam... tq nizam ... pinjam gambar.. buat entry ni...


Emmm 
Suka juga gambar Raya 2011 nak tengok link sini
lagi sakan siap melompat.. hehehe sukanya..

Gambar Raya 2011
Gambar lompat Raya Terbaik 2011 pic Oleh Mizan



Tuesday, 23 July 2013

Ihya' Ramadhan bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dan Ustaz Ahmad Fazli bin Abu Bakar

Alhamdulillah sekarang sedang berlangsung program kami seterusnya dibulan yang penuh berkat ini iaitu Ihya' Ramadhan. Majlis selama 3 hari bermula jam 10 hingga jam 1 petang. Para jemputan yang datang dari Staf MARA sebelah utara yang berdekatan ILKM sahaja yang dijemput.... semalam merupakan hari pertama Alhamdulillah ramai yang hadir..

Kami menjemput Ustaz-ustaz dari TV9 dan TV Alhijrah iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dan Ustaz Ahmad Fadzli bin Abu Bakar... sama2 menambah ilmu dimajlis yang mulia ini...




mai mai beli CD zikir dan doa'

jumpa pulak kawan lama ni. Nuri comey cam dulu jugak. hehehe 

Monday, 22 July 2013

Masa bersama Irdina membuat Biskut Raya


Salam isnin moga penuh barkah... berkat dibulan puasa... emm minggu ni masih rileks2 dirumah... projek membakar kueh raya belom start... tetiba teringin nak ajak anak2 main tepung... so semalam mama ajak Dina tolong mama gelintir biskut chipsmore dan strawberry tu    .
mama pesan kat dia kali ni ja .. lepas ni mama tak bagi dah. mama nak buat bikut tuk tempahan kawan-kawan..

Sedap jugak rasanya.. hehehe yelah butter semua bagus punya mau tak sedap..
sekali bagitau dia nanti leh bagi tok rasa... bila mama mintak dua keping nak bagi adik Rayyan makan dia siap kata lagi mama sat lagi tak cukup nak bagi tok rasa... huhu amboi... yoyo oo ja anak aku nih.. hehehe
 




Hari ni esok dan lusa ada Ihya' Ramadhan kat Ofis oleh utaz TV 9  dan TV Alhijrah.
Tak sabar nak sertai majlis Ilmu ni... semoga lebih berkat..

Saturday, 20 July 2013

Basikal Baru Dania

Ribut tak dak angin pun tak dak tiba2 abah belikan Dania basikal baru... wah bukan main seronok lagi anak dara ni... tapi Dania belom boleh mengayuh lagi... harap lepas beli basikal ni dia boleh mengayuh sikit2... tapi bila agaknya... sebab selalu petang2 mana ada masa nak beriadah kat luar... untuk mempraktikkan dia ... dan ajar dia kayuh
.. huhu tak pa... nanti namti bolehlah tu... skrang ni cuma kayuh sikit2 ja... gerak pun seinci... 

Lainlah kakak dina dulu.. dia belajar naik basikal dalam rumah.. almaklomlah dulu ni mana ada adik2 lagi so bawa masuk basikal dalam rumah dia kayuh lah... bukan ada siapa kacau... kali ni si Dania mana boleh.. kang adik Rayyan kacau pulak... hehehe
Apapun mama hatap Dania akan boleh kayuh basikal sendiri nanti...

Dulu pernah buat entry kata Dania hanya dapat Barang2 lama kakak sahaja..kat Sini rupanya tidak... ada keperluan dan rezeki insyallah dapat juga yang baru... rezeki Danialah ni..kebetulan basikal yang lama tu rosak... dan buruk... so dapatlah Dania basikal baru...
suka dia...

Friday, 19 July 2013

Kalau Kita Nak Solat dia pun....

Inilah gelagat anak bujang sorang ni... time mama nak solat dia akan datang dok depan2 kita... kalau tutup pintu maunya meraung so terpaksalah buka, dan inilah kerja dia... kalau tak duduk dia berdiri depan tu kalau kita dah solat masa nak sujud tu dia pun ketepi sendiri... heheh bagus anak mama ni... kalau dah duduk cam ni mamalah kena bergerak sedikit...
Samalah macam kakak-kakak dia dulu2... 
Yang bawah ni gelagat kedua sekarang ni nak mula nak memanjat... dah dah lepas pun... haritu tah macam mana ada kerusi kecil kat sebelah kerusi besar tu .. tengok2 dah naik atas dah... sikit lagi mau naik duk atas meja pulak.. hehehe apapun perkembangan tuk Rayyan.. hehehe jangan jatuh sudah...semoga Allah melindungi anak mama yang srang ni...
Psst kaki berseluar hijau tu kakak Dania.. 
emm sama naik..dan ada tok guru tu yang makin maju tu...


Thursday, 18 July 2013

Sedarlah Adik Nurul Hamiza


Nurul Hamiza Mazlan 12 tahun anak sulung Kak Razima dan en Mazlan telah mengidap sakit saraf yang amat berbahaya...Acute Disseminated EncephaloMyelitis (ADEM) serangan penyakit ini adalah 8 hari sahaja..dan nisbah penyakit ini 1 juta:8... sungguh hanya insan terpilih dan yang betul-betul kuat sahaja diuji begini.

Ya Allah luluh rasa hati ini bila pertama kali menziarahi adik Miza... bak kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... sungguh tak sanggup nak lihat adik Miza terbaring kaku.

Ya Allah kaun ampunilah doaa dosa kami... kau jauhilah kami dari ujian berat yang tak mampu kami pikul... kau ampunilah dosa2 adik Miza kau sembuhkanlah penyakit yang dialaminya. Sungguh anak sebaik dia masih mahu bernafas dibumimu ini lagi, ingin lagi bersama Ibu, ayah dan adik_-adiknya. Masih belum puas menatap wajah ibu dan ayahnya...

Ya Allah Kau ampunilah dosa kedua orang tuanya Ya Allah kau berikanlah sedikit sinar dan hidup baru untuk anak mereka. Hanya kepadamu kami memohon pertolongan. Amiinn ya Rabbal'alaminn..



Sedikit gambar yang sempat diambil.kelihatan Dr sedang menerangkan keadaan adik Hamiza kepada Ummi dan Ayahnya.. Suasana yang agak hiba, walaupun penuh dikunjungi rakan taulan kak Ima dan Suami
Selepas kami masuk Dr telah melarang orang ramai dari melawat adik Miza kerana dikuatiri kuman akan merebak dengan cepat.
Niat memang nak snap gambar Adik Hamiza tetapi tak sampai hati nak ambil. Agak kelam kabut jugak tadi... takut pun ada nak snap... 
sorry kak ima tak ambil pun gambar anak kak... tak tersnap.. tak sangka kak ima nak gambar dia... kalau tahu memang saya snap jugak tadi...
Apapun Kak kami disini mendoaakan agar Anak kak cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.
Sama2lah kita mendoakan yang terbaik huat dia.
Semoga kak ima dan suami tabah menghadapi ujian Allah ini.


DOA UNTUK ORANG SAKIT

بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على محمد وآل محمد

اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ،

وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ.


Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin...

Wednesday, 17 July 2013

Resipi Butter Prawn


Tak pernah pun nak try resipi butter prawn ni... sekali dah tak tau nak masak apa... try buat .... mula agak takut telur tu tak menjadi tapi buat2 hahah jadilah pulak... so tak salah mencuba kan... so inilah hasilnya... dari resipi secubit garam kak nor... emmm lepas menggoreng emmm walla baunya sangat mengujakan....
tapi zie tambah sesikit bawang yang dimayang digoreng bersama udang tu.... emm itu yang menambah keharuman masakan itu...


Jom try resipi Butter Prawn ni...
so yummy

BUTTER PRAWN
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:12 ekor udang saiz besar2 sudu besar butter3 biji kuning telur (saya letak 2 kuning telur + 1 biji telur)sedikit daun karisedikit cili padi
serbuk kunyit & garam 
minyak utk menggoreng
( saya potong bawang besar dan bawang putih dimayang)

Cara2:

Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.
Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. 

 selamat mencuba


Happy Birthday to Me

Camno leh terlupa nak wish tuk diri sendiri, hehehehe boleh gitu? so semalam merupakan hari lahir saya yang ke 33 sapa sama umur dengan saya? ada ker?
hehe saya sorang lah kot umur 33 tahun... 
Alhamdulillah masih bernafas di Bumi ALLAH ini... moga dipanjangkan usia ku Ya Allah untuk mengabdikan diri kepadaMu...


Balik rumah my lovely Dina buatkan mama kad yang comel ni
tapi bukan buat sendiri tapi dibantu oleh Yong.. tq yer tolong ajarkan dina... comel..


Haritu dah buat acara memotong kek.. so di bulan puasa ni dah tak ada kek lah yer.. hehe




So semalam birthday ai selamat hari lahir tuk diri sendiri

p/s : Ya Allah... kawan satu ofis Kak Ima yang dok sebelah saya tudung purple tu... anak dia sedang berada di ICU... katanya Sakit ADEM kalau try search kat tenet sakit tu sejuta dalam 8 orang sahaja yang dijangkiti... ya Allah dugaan buat Kak Ima.. semoga kak ima tabah menerima ujian Allah ini.. dan semoga anak nya Miza kuat melawan sakit ini.. kami nak ziarah sebentar lagi.. moga diri ini kuat nak menghadapi kak ima.. Sakit tu serang saraf... satu badan adik miza kebas dan tidak merasa sentuhan apa2.. dan dia lemah tidak boleh menggerakkan kaki... Ya Allah berat sungguh dugaan yang kau beri pada Kak Ima... kau ringankanlah... Ya Allah.. kembalikan kesihatan ank Kak Ima ini.


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers