Friday, 28 June 2013

Mira Cake House Kek Lapis Sarawak

Hari ketiga di Kuching lepas habis kelas... kami berjalan lagi, hari ni kami keseberang.. tujuan utama mestilah nak beli kek lapis...apa lagi tapak kaki dihayun laju menuju jeti... naik bot tambang lima piluh sen sahaja...  
Sedikit kekok naik bot ala2 sampan ni.. sebab kecil dan terbuka... nampak air tu dekat ja dengan kita... tak lama pun nak keseberang kejap ja dah sampai... sekali press motor ja... hehehe... memang pengalaman yang best jugak dapat merasa naik bot ni... kata orang sebelah penginapan kami adalah bandar dan seberang sana kampung... nak guna jalan darat pun ada tapi ambil masa sejam untuk sampai...
kebanyakkan orang disini menggunakan bot ni untuk berulang alik ke tempat kerja... sangat tertarik.. memang unik...
lepas beli kek kami terus balik...

P/s: Hehe kalau ke Sarawak wajib beli Kek Lapis kan... macam saya tak lepas nak membeli kek lapis ni.... macam2 jenis dan perasa... pilih sahaja... 


Gambar naik bot masa nak keseberang...


Gambar selepas mendarat... view nampak sebelah bandar...


Ha inilah Mira Cake House..
Selamat bershoping

Jangan risau pasal bungkusan... selepas beli kek ni dia akan bungkus siap2 dalam kotak bersama beg plastik.. kemas dan elok ja.. sesuai tuk kita bawak balik nanti...kotak besar ni muat 8 biji kek lapis... kalau beli lagi banyak lagi besarlah kotaknya...



Thursday, 27 June 2013

Gambar Sepetang di Waterfront Kuching


Entry kedua berada di Kuching ...Petang Rabu... jalan2 sepanjang di Waterfront dekat sahaja dengan Hotel Habour View ni...seberang jalan sahaja.... memang tak rugi ambil hotel ni... senang nak shopping...memang dekat... tak penat pun berjalan... 
Petang tu hujan... so dapatlah rakam sedikit gambar buat kenangan ... emm indah sungguh ciptaan Allah ini...
Lepas ambil angin kat sini kami ke kedai deretan depan tu... apa lagi shopping time... banyak barang2 survenior untuk dibeli... macam t shirt, kain batik, kek lapis.. dan lain2... ha siap duit sahaja... tapi masih boleh kawal hanya membeli apa yang perlu sahaja...  macam tak berkesempatan nak ke seberang sungai tu dengar kata lebih banyak tempat shopping.... kita baru kat dini masih tak tahu tempat yang best... apapun kat sini dah tak terbeli dah... harap jangan sampai tak terbawa sudah. Lepas habis kat sini Kak Sue ajak pi Parkson ... so kami berjalan menyusuri jalan.... 10 minit dah sampai.. apa lagi beli sandle.. tuk pakai.. kaki dah sakit sebab pakai kasut.. pastu beli blause 2 lai... emmm .. habuan tak cukup baju.. hehehe ye ke.. 
Heheh jom layan pic dari saya....esok sambung shopping... layanzzzz












Wednesday, 26 June 2013

5 hari 4 Malam @ Habour View Hotel Kuching

Entry Siaran langsung....
hehe senang tak payah nak simpan dan post... bersiaran dari Kuching sepena Kursus Bakal Persara MARA...26 to 29 Jun 2013

Alhamdulillah. . Perjalanan semalam berjalan lancar.. walaupun agak penat menunggu... dan pening akibat goyangan kapal tapi ok ja.... 
Sampai hotel Habour View dah 6.45 ptg.. dah masuk magrib lah kat Sarawak ni... emmm hotel biasa sahaja... oklah bagi saya.. tapi Kak Su cakap... dia tak puas hati dengan hotel ni.. sebab dia jangka dan nak hotel yang lebih star.. hoho
Tak palah kak su... ok dah tera ni... janji selesa.. boleh tidur dan makan kenyang..
Alhamdulillah juga cuaca kat sini tak berjerubu... awan nampak cantik ja... 
View dari bilik Zie 903..

2 pic ni View dari Bilik kak su..
emm nampak sungai cantik jer



Alhamdulillah. . Urusan anak2 suami yang handle... katanya senang dan mudah walaupun mama tak ada... Alhamdulillah. .. kita dengar dari jauh ni senang hati.... Dania dah baik demam.. Rayyan tak merap masa mama tak da... Dina ok ja...
Semalam We Chat dengan ank2 pastu Si kakak dua org menagis bagai... Hubby cakap tak yah we chat dah sebab anak2 kesedihan... huarrrr rindu mama yer....

Tuesday, 25 June 2013

Naik Belon Penang Sarawak-Sarawak Penang

Entry syok sendiri nak naik belon.. hehehe nak naik pi mana pulak cik Yah ni.. hahaha nak pi Sarawaklah.. Jadi urusetia untuk Kursus Bakal Pesara disana.. di Hotel Pearl Habour View Kuching...
Harini bertolak dari sini 10.30 pagi nak ke Bayan Lepas Penang...

Gumbira sedikit sedih... sedih sebab nak tinggalkan insan2 kecilku bersama suami tersayang.. huhu bukan tak pernah tinggalkan depa, tapi kali ni mungkin sebab pi sorang kot tu yang sayu dia lain macam ja.. huhu.
Pasti mama merindui anak2 mama ni... terutama sikecil Rayyan.. huhu nanti nak bawak baju muchuk dia lah... habuan rindu. huhu wa wa ...lama ooo 5 hari 4 malam oo.. balik 29 Jun 2013 malam..

Pergi naik MAS balik naik Air Asia.. dua dua merasa... balik tu sebab nak nak direct terus ke Penang... tu yang nak naik Air Asia ni... Zie bukan pi seorang tau tapi berdua dengan Penyelaras, Kak Suhana... so tak lah jakun sangat.. hahaha..

Apapun salam semua dah nak berangkat ni... tata..
oh akan sangat merindui hubby dan anak2.. huarrrr..








Monday, 24 June 2013

Alhamdulillah MAC kat HQ dah Selesai

Nak cerita serba sedikit mengenai MAC dan ketibaan kami kat KL minggu lepas... 
Perjalanan kami 4 beranak mama, abah Dina dan Dania dari rumah, 2.30 petang dan sampai sana jam 6 petang... sementara nak jumpa Hotel Presscot ambil masa jugak... hehehe tak tahu sebenarnya walaupun dah selalu pi.. hehehe
jam 6.30 jugak kami check inn.. sib baik dah book so tak ada masalah bilik full.. 
Mulanya hubby macam tak mau dok presscot katanya tak ada parking dalam/bawah hotel.. bila dah tanya tengok2 ada.. so dia pun ok ja.. 


Harga pulak RM 195.00 Bilik Superior memang selesa, bila tunjuk kad Goment dapat diskaun lagi so jadi RM 170.00.. ( masih mahal lah sebab nak klaim esok kena tolak RM40 huhu ) dan katil single dia besar boleh tidur selesa dengan anak2.. emm oklah..luas.. tapi kata orang buat apa ambil hotel besar habuan nak tidur ja. ... esok dah nak check out.. huhu tak palah..Tapi penting bagi kami nak parking so kami ambil Hotel ni.. kami utamakan parking kereta.. bila leh park kat dalam baru leh tidur lena..

Lepas check Inn Kul 8.00 malam kami merayau lagi.. apa lagi Ke Sogo lah shopping apa yang patut, lepas tu pi makan, pastu balik hotel tidur... zzzzz

Gambar bersama group 4 yang bakal menyusur bergambar dulu.

Esoknya kami keluar awal 7.30 dah gerak ke dewan peperiksaan selamat kena yang firt.. 1-43.. So soalan Memang menguji iQ.. jawapnya main logik akallah.. hehehe..

My Best prent hehe Azueen... pandai azueen ni... masa mac laju je dia nak cakap...


.. Kat hotel En suami dah check out dan mai kat Mama dalam kul 12.oo Lepas habis MAC lebih kurang  jam12.15 terus jumpa dia kat bawah.. lepas kami makan2. terus buat keputusan balik.. singgah kat Ipoh Rumah Kakak.. kat situ mak Rayyan call bagitau Rayyan demam.. tapi tak sebut pun kat mama abah dah warning mak rayyan supaya tak bagitau mama.. huhu sian mama.. sampai jam 10.30 terus ambil budak mucuk tu... emm kesian demam panas.. merengek ja... malam tu tak mau tidur... so esoknya mama terpaksa cuti.. emm hari sabtu dan ahad dia dah ok... 




Wednesday, 19 June 2013

WW : Baju Tenis dah Dapat



P/S : boleh ke nk main tenishari Jumaat ni. huhu, tapi saya tak dapat join dengan kawan-kawan..
sebab petang ni bergerak ke KL.. tata Penang..

Tuesday, 18 June 2013

Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan untuk UPSI

Heheh saja nak ceita, bukan selalu jadi pengawas peperiksaan ni... Peperiksaan yang dimaksudkan adalah PJJ UPSI yang dibuat kat tempat kerja saya di ILKM Jawi ni... fuh dewan ni boleh muat 400 orang.. so bayangkanlah kepadatan orangnya dan keluasan dewan ni... 
pertama sekali kena siap kaki lah bagi kuat sihat... nak menapak tu bukan senang... 
Apa yang kena buat.. emm apa lagi nak edar kertas soalan, kertas jawapan. lepas tu kutip slip peperiksaan., ronda-ronda masa peperiksaan berlangsung dan bila masa dah tamat kutip semula kertas jawapan dan soalan.. emm memang banyak guna kaki.. so kaki tu tak yah lah pakai kasut bertumit bagai. memang sakit lah sapa pakai kasut bertumit... saya pulak heheh jangan mare no.. chek pakai selipar sahaja.. memang tak tahan kalau sakit kaki maklumlah hehehe usia meningkat ni kaki kena jaga... 
hehehe.. so itu ja lah yang nak diceritakan.. huhu 
satu lagi aircond tak dak kat blok ni memang panassssssss... huhu... kepada yang ambil periksa jangan gelabah na.. nanti berpeluh takleh nak jawap periksa plak..
so pada cikgu2 semua selamat berperiksa yer...
23/6 ni baru habis...







Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers