Thursday, 30 May 2013

Check Up Rayyan Setahun

Jom tengok budak kena cucuk...tapi tak ada pulak gambar cucuk sebab mama tengah pegang Rayyan abah tak ikut, so tak adalah gambar budak nanges tu..

Misi tengah ukur tinggi Rayyan

Timbang Berat Rayyan.. setahun dah tak payah bukak seluar dan pampers..

Checkup Rayyan 28/05/2013
Berat : 9.15kg
BMI dia ok ketinggian pun ok.

Alhamdulillah usia Rayyan setahun akan kena cucuk lahkan.. Nages kejap ja masa jarum masuk kat peha tu, Bila misi dah cabut jarum tu dia dah ok... Misi kata kali ni depa dah tak bagi ubat demam, kalau lepas cucuk ni demam kena bawa pi hospital.. Alhamdulillah Rayyan sikit pun tak demam.. Syabas betey hehehe.


Kat bawan ni ada sedikit perkembangan Bayi di Usia setahun.. diambil kat baby centre.. cuma nak share ja..
tapi diedit dan tambah pada kebolehan Rayyan sendiri..
Yang tulisan senget tu kebolehan Rayyan...

Langkah-langkah pertama bayi Rayyan

Alhamdulillah dah cekap berjalan, walupun belum pandai nak imbang badan, maklumlah kaki kecik, bila kepala didongak dan tangan diangkat keatas, badan tak seimbang dia akan jatuh terduduk.. emm dah pandai nak melompat pulak, nak menari, pusing badan di suatu tempat. Berlari (berjalan laju). Semua kat sini adalah kebolehan anak mama si Rayan.

Permainan baru bayi

Padai bermain dengan kawan atau kakak/abang.. seronok tengok dia gelak mengekek bila bermain dengan kakak Dania, seperti berlari, kakak ligan dia, atau bermain mainan bersama.

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.

Memudahkan waktu tidur
Salah satu perkara yang menyenangkan semasa membesarkan bayi ialah apabila sampai waktu untuk tidur - masa yang anda boleh gunakan untuk berehat dan mengembalikan tenaga anda. Tetapi, apabila bayi anda menghampiri hari jadi pertamanya dia akan semakin enggan untuk tidur di siang hari¸ dan kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur. 

(Yang ini Memang terjadi kat Rayyan memang susah nak tidur siang.. asyik nak main.. balik dari rumah mak petang tu baru tidur kejap bangun dan tidur semula sampai pagi... Masa ni barulah tidur malam akan nyenyak.)

Sukar berpisah
Anda boleh membantu bayi anda untuk lebih berdikari dengan tidak menunggu dekatnya setiap masa. Jika dia bertatih ke bilik yang lain, tunggulah beberapa minit sebelum mengikutinya. Jika anda pergi ke bahagian lain dalam rumah anda, panggil bayi anda datang kepada anda apabila anda sudah berada di bilik itu – dan jangan bekejar-kejar kepadanya setiap kali dia menjerit. Bukanlah perkara yang terbaik untuk bayi anda untuk mendapat kebebasan sepenuh daripada ayah dan ibu; anda tentu mahu dia memahami yang dia boleh bergantung kepada anda bila-bila masa, dan, walaupun dia menyedari kehadiran dan pemergian anda, ini tidak begitu mengganggukan dia. 

(Rayyan Ok sahaja bila mama tinggalkan dia dekat pengasuh, suka lagi.... dekat umah memang selalu biarkan dia bertatih kesana kemari... kalau kita kedapur dia pun ikut sama.. kalau kita kebilik dia pun ikut jugak...sampai mama susah nak kehulu hilir, sebab dia dah blok jalan mama.. huhu) mama nak masak lah sayang kang terlanggar pulak...

Lebih memahami bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya boleh bertutur beberapa perkataan selain "mama" dan "dada", didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.

Pada masa ini, bayi anda sudah boleh memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah "Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba, "Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga, seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak".

 (Rayyan dah boleh jugak geleng kepala laju sungguh) hehehe

Gunakan potensi penerimaan yang ada pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau "boleh ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.

Memberi nama kepada benda-benda

Anda memainkan peranan penting dalam membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu - semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda. Apabila menaiki tangga, kira bilangan tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya. Pastikan anda memberikan dia pilihan sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan anda dengan menjawab apabila tidak dijangka. 

Tuesday, 28 May 2013

Happy Birthday Khalish Rayyan


Alhamdulillah hari ni 28 Mei 2013 genap usia Rayyan 1 tahun, cepat benar masa berlalu kan... Rayyan pun dah boleh macam2.. diusia setahun ni gigi dah enam batang, berjalan dah cekap, dah nak berlari pulak..dari usia 11 dia dah makan nasi keras... makin membesar bagai juara..

Mama rasa macam tak nak masa berlalu kerana tak nak hilang bau baby bila cium Rayyan... huhu tapi mana boleh kan, melawan kuasa Allah pulak... 
apapun mama bersyukur kerana kepada Allah kerana Dia Rayyan hadir dalam hidup mama..terima kasih kerana menjadi anak mama dan abah.. kau pembawa rezeki kaulah segalanya dalam keluarga kecil mama dan abah.. 
Saat pertama kali melihat mu, terasa bertuahnya mama dapat melahirkanmu..

 
Melihatkan lirik air mukamu menambahkan bahagia dalam hidup mama dan abah.

Melihatkan kebolehanmu membuat mama dan abah kagum.

Saat kau berjalan terasa cepat benar kau membesar, sedangkan mama dan abah masih belum puas memelukmu sebagai bayi.


Saat bersama takkan dilupai, kaulah harapan mama dan abah, 


Kaulah segalanya...Khalish Rayyan

membuaimu, menatihmu, menyanyangimu adalah saat terindah..
Penyambung warisan bagi mama dan abah..

 
Kau juga pelindung kepada 2 orang kakak, Dina dan Dania..

Yang amat menyanyangimu..

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU KHALISH RAYYAN..
MAMA, ABAH, KAKAK DINA DAN KAKAK DANIA SAYANG 
KHALISH RAYYAN.. SEMOGA ANAK MAMA YANG BENAMA RAYYAN NI AKAN MENJADI ANAK YANG SOLLEH, DISEGANI DAN MENJADI KHALIFAH YANG MENURUT PERINTAH ALLAH.
EMMUAH... aamiinn

Monday, 27 May 2013

Calar Jatuh Depan Pintu

Emm nampaknya Rayyan dah dapat hadiah hari jadi.. esok dah genap setahun...hehehe my little hero mama ni pagi2 lagi dah buat riuh setaman... lepas mandi dan pakaikan dia baju... dia pun keluar lah dari bilik, mama duk lam bilik lagi dok layan kakak Dina dan Dania.. tetiba dengar sayup jer baby menangis... makin lama makin kuat terus dapatkannya.. tengok2 abah dah angkat... jatuh kat depan pintu nak langkah keluar.. bendul tu dalam setapak anak tangga jugaklah... tinggi oo.. tu dah dapat penangannya... dulu dia terlajak dengan walker tapi tak tertunggeng kali ni dengan kaki dua tonggeng buyonglah jawapnya... 
kat dahi benjol sedikit lindung dek rambut tak nampak lah... 
Cepat-cepat mama ambil dia dari abah dan usap2 belek kat muka mulut, tengok2 dahi.. cepat2 tuamkan dengan tuala... huhu nangess berlagu roklah... hehehe 

Kisah malamnya pulak, masa tengah tidur... dah nak pagi dah pun dengar2 kedebuk jatuh dari katil... wa..... wa... keriau lagi... hai camna lah buleh golek kebawah ni... aduhai bagi susu terus senyap(mungkin sebab mengantuk riau sat ja lah)... buleh sakit sahaja... kecik-kecik dah nampak buasnya... tidur pun boleh jatuh katilkan.. bukan dia tidur tepi dia tidur kat dalam.. dia jatuh melurus kekaki, malam2 lain kita rasa dia sentuh kaki jugak semalam golek balik punya terus kedebuklah... hehehe em 2 kali dah jatuh katil... 
Pagi tadi beleklah kepala ka apa ka... nampaknya tiada kecederaan serius... 
Dalam dok jaga tu mesti ada juga kemalangan kecil dirumah...
sementara nak besar kan...
Hantar rumah mak... seronok bukan main... mama nak tata pun dah tak pandang dah... 



Kiss U Rayyan.. emmuah.
p/s : beyat mama selalu cium jenih tenyeh kuat2..sampai nak nanges.. hehe geram..


Santai Bermain Bowling Dengan Family

Khamis minggu yang lepas kami warga kerja ILKM bersantai2 main bowling dengan keluarga masing-masing, dah lama rasanya tak main bowling last main tahun lepas masa tu pregnent 5 bulan tapi hadir ja lah bukan main... Rasanya ai belum pernah main dengan kawan-kawan ofis, selalu tak berkesempatan, ada sahaja halangan, kali ni diberi peluang tak nak lepaskannya... tapi ai main tak habis pun main satu game ja... dah penat, lagi dua game let go kat anak-anak.. malas nak pulun kang dapat sakit tangan ku ini jenuh... sapa nak ganti buat kerja kat ofis... tapi sib baik kerja sekarang dah tak menulis dah semua guna PC.. oklah kalau terseliuh pun masih boleh kerja tak beralasan lah pulak.. ekekekeke 

Ceritanya kami tiba lambat, heheh sorry yer, siapkan tempahan orang last minit call.. huhu terkejan dibuatnya... sampai dalam kul 6.15 patang.. orang lain semua dah habis makan.. kami apa lagi sambar terus...tapi ai tak makan pun.. bawak balik makan dalam kereta... huhu dah sejuk tak sedap..
Sampai-sampai-sampai tak cakap banyak ngap dulu.. hehehehe

Geng dengan anak masing2.. yang dua tu bakal dukung baby baru agaknya tahun depan...
Kak Ima tak main ngasuh anak Ejay... 

 
Pemain-pemain handalan sedang beraksi.. my hubby tu ngenyeh sakan mesti masuk longkang tu...

 
Anak Tasya, Anak Kak Ima dan anak Wan..
Pas game kat depa... huhu

Sempat lagi main game kat tab... huhu laki sapa tak tau..

Penuh lane, group kami ja...




Rayyan nak main bola tu yer berat lah sayang...Si Dania suka kawal Rayyan nak jalan pun susah..





Anak-anak main dengan rakan sebaya.. riuh dengan depa... berlari sana sini..



Akhir sekali Dina dapat main... tu pun setelah mama tak larat main... oklah tu...
balik rumah sampai kuo 9 malam... terus hantar kek tadi kat kastemer.. huhu

Main Kat Giant Kulim, Land Mark


Sunday, 26 May 2013

Rayyan Baby Johnson"s Of The Year

Diumumkan pemenang Baby Johnson's Of The Year 2013
Jatuh kepada Khalish Rayyan...
hehehe beranganlah mama... try submit gambar Rayyan tuk contest ni... mudahan ada rezeki...
emm terlalu banyak penyertaan dan baby semuanya comel2.. peluang hanya tipis.. apapun tak salah mencuba, mana tahu rezeki Rayyan ada di sini..
Jomlah kawan-kawan masih ada peluang nak hantar gambar anak2...




Saturday, 25 May 2013

Gigitan Keramat Rayyan

sekarang ni pantang leka sikit akan jadi mangsa gigitan Khalis Rayyan lah.... adui tajamnya gigi dia. Gigitan dia buat mama keriau satu rumah..
Budak ni kan suka mengutip.. sekecil2 zarah kat lantai dia nampk dan kutip ngap masuk mulut... bila mama nak korek ambil benda dalam mulut dia ha dia ambil kesempatan lah nak gigit jari mama tu.. ADUH duh duh


Friday, 24 May 2013

Samsung Galaxy S4 dalam genggaman



Alhamdulillah masih boleh membeli dengan duit bonus tahun ni dan duit bonus tahun lepas.. keluarkan dan beli benda ni sekedebuk.. nak hai puas hati...
haha nak tunggu orang hadiahkan heheh bagai dikatalah.. so duit sendiri ada guna sahaja... untuk diri usah kedekut kan.. terima kasih jugak kat my hubby yang tolong uruskan pembelian ni...
Tarikh beli 22 Mei 2013...
nak tengok sikit nak pakai lama mana... hehehe
Hp lama jui kat kawan opis.. tq sudi beli.. elok juai kat dia kak z kata awat tak habaq kat dia rupanya dia nak jugak... huhu mana nak tau... 
Yang syoknya hp ni dia boleh update atau buat entry terus dari web tak payah nak install apa2 aps untuk taip blog macam bloggerdroid tu... sama macam kat PC atau laptop kita.. dulu masa dok riki note one dulu aplikasi ni tak dak lagi... skunk dah ada...masa beli tap 7.7 pun ada tahun lepas pun dah ada... Note 2 tak pasti ada ka dak...
yang ni memang terbaik meletop.. top top lah... jom 


Wednesday, 22 May 2013

WW : Nasi Talam

Ha amik kau nasi talam, ni bukan talam biasa kat Nasi Arab tu ni talam yang orang dok buat angkat lauk kenduri. hehehe..



Tuesday, 21 May 2013

Nasi Arab Mandy @ Lagenda Height

Ahad lepas kami ke SP, sampai dalam tengahari apa lagi en Hubby ajak pi restoran kegemaran dialah... Nasi Arab Mandy kat Lagenda Height.. Emm sampai tepat 12.00 hari memang tengah lapaq... So apa lagi oder cepat2 nak makan lapaq sudah.... Rayyan pun layan jugak... Termasuk mek Dania... Nak ayam nak ayam.. Sedap betul lah tu... Mama ambil set ayam abah ambil set kambing... Dua dua pinggan licin... So sedap... Kali ketiga kami mai singgah sini...
Kali kedua dulu zie pernah oder kebab kambing dia fuhh memang terangkat jugak sedap... Ingat nak ulang oder kebab tapi belum siap awai lagi... Makanya kena mai lagilah... Nak makan kebab pulak...



Rayyan pun sedap makan nasi arab mandy nih..

Yang atas ni Set seorang makan kambing kalau nak ayam sahaja pun boleh...
 untuk buat lauk tambahan.. yang atas kiri tulah kebab kambing dia.. sedapnya..(gambar masa kami mai dan oder kebab)



Yang dua atas ni set talam.. untuk 4 orang makan... 

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers