Sunday, 31 March 2013

Apa Ada Kat GM Plaza KL

GM Plaza KL akhirnya sampai juga ... pagi2 lagi dah sampai sini. seronok jalan pagi2 tak sesak dengan manusia.. kat sini serba serbi murah tapi dengan belian 3, 6 pcs keatas akan dapat murah.. ini bermakna belian borong amat2 dialu2 kan... hehhehe
kalau kita2 ja pi siap duit ja lah, maklumlah semua nak kena beli borong... mesti bajet lebih sikit tapi memang berbaloi2...


 
Naik atas anak2 tak nampak lain, ini yang dia nak.. jam satu RM 10.00 beli 6 satu RM5.
so borong 5 dapatlah RM30.. heheh







Yang pastinya macam2 ada kat sini cuma kena siapkan duit ja.. abah pulak borong tuala..
emm mama borong baju anak2. bolehlah...
kalau korang sampai sini tak beli sesuatu, emm memang rugilah.. hehehe

Friday, 29 March 2013

Tahniah Din, Husna & Ipah

Lepas zie bersalin dulu ada bagitau nak pas battern kat kawan2 kan.. ha ada kat entry ni
masa tu depa ni tengah mengandung.. alhamdulillah dah selamat beranak pun.. 
Husna kawan ofis dah selamat melahirkan baby boy anak ke tiga ... samalah kita 2 perempuan dan sorang lelaki 
pada 18 Mac 2013
Ehsan FB Husna


Ha ni pulak baby Ipah lahir pada 22 Mac 2013 anak ke dua baby boy .
yang sulung anak lelaki Dini Irsyad..

Ehsan FB Ipah

hai syoknya baby baru... sib baik baru lepas kalau tak jeles jugak ni... huhu

Ehsan FB Din
Ha ni baby En Khairuddin.. ex KPP kat opis zie.. en din pun sama 2 perempuan dan sorang  boy.. baby dia lahir pada Januari haritu.. 

emm comel2 kan baby depa.. emmm 

p/s : kat opis ada dua lagi ibu mengandung kiranya husna pas battern dah kat kak tie dan muna.. hehehe
tahniah.





Hebat Sangatkah Si Pelaku Fitnah


TAZKIRAH - FITNAH
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Copy dari email rakan sekerja, tq kak..di sharekan kat sini untuk kebaikan bersama.
P/s : Moga ini menjadi peringatan buat semua, berfikir sebelum bertindak jangan diikutkan hasutan syaitan dalam diri, banyakkan mendekatkan diri kepadaNya supaya diri dihindari dari segala penyakit hati ini..

Thursday, 28 March 2013

Dua hari Bersama Minda Hijrah Consultant

Ha disinilah destinasi kami sebenarnya, balik dari terengganu tu kami ke Kota Bharu Kelantan menginap pulak kat Sutera Inn Prima... sampai dah magrib, nak cari hotel pulak melilau, hahaha akhirnya sampai jugak... so disinlah kami berkampung 5 hari 4 malam.. ha berakaq...

Hari pertama berlangsungnya Kursus Power Of Image bersama Konsultan Akademi Integrasi Moden..
Kursus yang di sampaikan oleh Dr Nor Ramzan bin Abdul Rahim, best giler... memang tak boring gamat dewan dibuatnya, inilah pertama kali saya diberi tugas menjaga kursus hahah blasah ja, janji semuanya berjalan lancar... mula tu macam tak yakin ja... akhirnya ok ja...(lupa nak snap gambar) peserta kursus seramai 100 orang.. wah gamat dewan

Hari kedua bersama konsultan Minda Hijrah dengan tajuk Kursus Potensi Diri Insan Super penceramah oleh Ustaz Hadi cute orangnya
tahun lepas ada jugak anjurkan kursus Terapi Solat dengan beliau... kebanyakkan buat di luar kawasan ILKM, so tak dapat bersua muka, kali ni, diberi peluang alhamdulillah best kalau dengar celoteh ustaz Hadi ni...banyak ilmu yang diperolehi, sambil menjaga kursus boleh juga setai dan dapat juga ilmu didalamnya... memang best.. kalau boleh tiap2 bulan nak hadir kursus kan? syok rasanya..sebab boleh dapat ilmu dan juga  boleh mengenali konsultan yang best- best macam ni..
Orang -orang kelantan ni sporting tau...seronok dapat berjumpa mereka.


Hari ketiga tajuk kursus yang sama (Potensi Diri Insan Super) peserta yang berlainan 100




Dia mengajar cara Tapping (ketukan) untuk merangsang minda supaya positif

para peserta diberi  ujian untuk memecahkan tile dengan sebiji mentol
ada brani?




Photo: Alhamdulilah hari ni (HMC) berada di Hotel sutera inn prima kota bharu kelantan bagi mengendalikan "kursus potensi diri insan super"bermula 13 & 14 Mac anjuran ILKM untuk seluruh kelantan seramai 200 orang peserta.
 babai Kelantan.. nanti datang lagi

Wednesday, 27 March 2013

WW : Dania Dah Boleh Naik Scooter

Alhamdulillah dah boleh naik, menyunsur laju jer sekarang, 
dulu ingatkan dia ni macam tak boleh naik dah sebab nampak takut sangat.. tapi sekarang emm dah terror..
so pengajarannya sentiasa berfikiran positif terhadap kebolehan anak-anak...
Mama tengok nih... wah lajunya

Mama janganlah malu Dania.. hehehe


Sambil menonton pun dengan scooter dia lah sekarang ni...

P/s : kebanggaan mama ni.. satu lagi nak bagi dia boleh mengayuh basikal pulak...

Tuesday, 26 March 2013

Model Cilik Bergedik Santai

Selamat hari Selasa... ha hari mood nak buat kerja semalam cuti, so petang abah balik kerja terus pi hantar Dina ke rumah tok dia kat Taman Seri Astana SP... sebab tok dia nak bawa Dina pergi majlis kenduri adik ipar nak kahwin.. kami tak pergi pun, wakilkan Dina sahaja.. hehehe apapun sunyilah rumah tanpa Kakak Dina... tak dengarlah abah dok bebel kat Dina.. hehehe
Abah tau yang bebel bukan Mama kan.. jangan pelik...

Masa duk kat sini lama jugak, pastu mama suruh dia posing adui.. macam2 aksi pulak.. mam apa lagi snap lah.. cuma Dania ja masih dngan hal dia. disuruh posing dia buat derk ja.. huhu













Lepas tu tak dengarlah sudah suara Dania menjerit.. sebab kakak dia kacau.. 



Lokasi Masjid Kristal Terengganu

Monday, 25 March 2013

Rambang Mata Bila Tengok Batik Terengganu @ Pasar Payang

lepas posing kat masjid kristal, kami kesini nak cari kain batik dan baju batik.. hehe 
sesi menghabiskan wang ringgit..
agak 3 kali jugak pusing kat bawah nak parking kereta, emm memang penuh lah weh... last sekali kami park kat atas...
masuk dalam Pasar payang tu apa lagi layan kain baju batiklah.. emm memang cantik2 lah..
rambang lah mata ku ini...kejap itu cantik kejap ini cantik, wah tak menahan rasanya.. macam nak semua lah

nilah corak yang ai berkenan biru dan hijau tu cantik kan.. harga dia RM 350.00 emm ada brani? haha gigit jarilah..


Kain batik pakai, siap dijahit..


Ha biru ni pun berkenan.. tapi tak amik jugak...
yang ni RM 250.00


Ha tengok betapa banyak tak banyak... kain tu memang setingi-tinggi nya lah...
pening nak memilih..
Akhirnya mama amik kaler hitam pink, abah amik 2 helai merah dan hitam..
kain batik pakai terengganu 5 helai. untuk mak dan mertua..
dan sehelai kaftan





Pagi Nan Indah Di Masjid Kristal

Auto Publish
-

Lepas ja sarapan pagi tu kami terus check out.. awal kan. maklumlah nak singgah banyak lagi tempat... destinasi seterusnya tentulah kat Masjid Kristal... masa kami sampai tak ada orang pun, apa lagi enjoy lah dengan kawasan tu.. heheh dok sat tu barulah nampak ada orang menyusur masuk...
maklumlah masih pagi.. memang bestlah tak perlu berhangat mentari..
mood anak2 pun masih elok..
abadikan sekeping dua gambar kat sini bersama anak2.. so layanzzz
pas ni kami nak ke pasar payang plak,, nak borong kain batik.. ahaks..











Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers