Thursday, 28 February 2013

Rayyan dah Boleh Berdiri

Alhamdulillah, hari ini genap Rayyan 9 bulan dilahirkan, dan umur ini jugak Rayyan mama dan boleh berdiri... haritu baru je nak merangkak, tengok2 seminggu lepas tu dah boleh berdiri... bila dah boleh berdiri ni... mulalah nak menapak... emm dah boleh tu kalau tengok g aya... setapak dua dah lepas...
Kebolehhan anak2 rasanya sama sahaja... masing- masing boleh berdiri dan berjalan diusia ini InSyaaAllah sebelum setahun dah boleh berjalan laju ni... tengok tu Rayyan nak kecik sangat bila berdiri, pastu nak berjalan dah... 
emm bila tengok anak2 dah membesar terasa cepat benar putaran waktu berpusing... rasa macam tak mau je anak2 membesar, takut nanti rindu nak peluk baby.. huhu...
aduhai pasti mama akan merindui detik dan saat manis bersama anak2... 
huhu masih adakah rezeki nak ber anak lagi? emm 
kalau ikut mama rasanya dah cukup, tapi abah nak lagi.. 
huhu boleh kah nak beranak lagi...
apapun Allah yang tentukan... kalau ditakdirkan anak 3 ni sahaja dah bersyukur sangat2....
terasa diri sangat bertuah dapat merasa menjadi ibu, ibu kepada anak2 yang sangat comel di mata mama...
sayang dinadaniarayyan



Monday, 25 February 2013

Kursus Tahun 2013

Emm tawaran kursus dah kelaur untuk tahun ni nak join kursus apa yer... emm pening jugak nak memilih...
semua nampaknya best-best. tahun ni Sistem pemilihan kursus mengikut permohonan kakitangan. jadi pada mereka yang nak masuk kursus yang ditawarkan hendaklah memohon melalui GotNa... 
Zie pun belum memohon lagi, maklumlah duk tempat sendiri, 




p/s : nak pi kursus tapi sehari je boleh? hehehehe sebab kerja banyak.... tak pun kursus kat sini jelah..senang........tupun kalau ada yang sesuai.. huhu

Friday, 22 February 2013

Irdina dan Dania Berikan Mama Hadiah Bermakna

Alhamdulillah, nampak gayanya azam mama tahun ni tercapai, emm nak tahu apa? mestilah kejayaan anak-anak mama, apa dia? meh sini nak cerita...

Yang pertama kejayan Nur Irdina Zahra dah boleh tidur di bilik sendiri. 
kali ni pujukan mama dah berjaya dan yang pastinya Dina macam selesa tidur sendiri, bila jaga malam dia tak lah lari pergi kat bilik mama. (walaupun mama tahu anak mama ni selalu juga terjaga malam)..
Kiranya perasaan dia dulu tu dah tak ada, dulu kalau dia cuba nak tidur sorang kejap je dia masuk bilik mama katanya bila dia pejam macam tak boleh nak lena... hehehe alasan banyak betul kan..
Tahun ni masuk Pra sekolah haritu dia dah mula tidur bilik sendiri...Tahniah dari mama.

Yang Kedua tentulah nak free kan Dania dari diapers, Alhamdulillah berjaya jugak itupun berkat usaha cikgu kat Taska dia, (mama cuma bantu pada sebelah petang dan hari cuti ja) yang memang nak ajar anak-anak Permata tanpa pakai pampers.. dalam 2 minggu sahaja asuhan akhirnya Dania dah boleh bagitau mama nak ke toilet, walaupun mama kureng faham. hehehe. Kalau nak buang air besar pun dah pandai bagitau. 

Ayat Dania Mama nak cing ke let (kencing kat toilet). (cikgu kata Dania berat mulut nak cakap kencing.. dan beberapa kali jugak banjir kat Taska dia..) hehe terima kasih cikgu kerana membantu...sangat-sangat menghargai. (Dina dulu pun Cikgu kat Taska ni jugak yang ajar)heheh mama jugak yang releks. 

Lagi satu Dania ni kalau kat rumah bila kita ajak ke toilet dia mesti lari sana -sini jenuh nak pujuk pi toilet dia mesti mengelak. Alih-alih banjirlah dalam rumah... lepas diajar oleh cikgu barulah dia ringan mulut dan senang nak ke toilet.. Alhamdulillah.

Walaupun agak lambat dari Kakak tapi mama tak kisah yang penting anak-anak mama boleh buat, bukan nak katalah setiap anak memang ada kelebihan dan kekurangan masing2.. so sebagai ibu kenalah akui, tapi ada kelebihan kat lain. Jangan risau jika kekurangan ini tapi carilah kelebihan dia. pasti anda tersenyum bangga.

Macam Anak-anak ku jugak, 

Kelebihan Irdina pada usia 2-3 tahun

  • Petah berkata-kata  ( bercakap macam org 4 tahun)
  • Free diapers 2 1/2 tahun
  • Uruskan diri mandi, pakai baju dan bersiap sendiri , sikat berbedak.(Dania mama yang mandikan lagi)
  • Kenal warna
  • Boleh menyanyi
  • Boleh kayuh basikal beroda  (dania tak boleh lagi)


Kelebihan Dania pada usia 2-3 Tahun

  • Walaupun jerman stail tapi perkataan dia di usia 2++ ni dah boleh membanggakan( boleh buat ayat 3-5 pp) Cth Pagi tadi tanya mama (mama nak pakai baju mana ni?)
  • Kenal Huruf dan Angka ....terbaru Kenal alif ba ta
    • (kakak dulu kenal huruf O ja)
  • Kenal Warna
  • Free Diapers usia 3 tahun
  • Boleh pakai selipar atau kasut tapi tak terbalik. (tak pernah terbalik)
  • boleh beza kasut/ selipar kiri kanan. (kakak dulu sampai 4 tahun kadang2 pakai kasut / selipar terbalik lagi huhu)

Banyak lagi tapi tak tertulis kat sini...

Dalam seminar Parenting Skills ( untuk jadi ibu yang baik mestilah memberi ganjaran untuk setiap kejayaan anak-anak)

p/s : Jadi kat sini tak salahlah kalau mama nak belikan apa-apa kat anak-anak..sebab mereka sangat2 membanggakan hati mama ni..:)

Thursday, 21 February 2013

Meja Study Untuk Anak Mama

Alhamdulilah, dah besar anak mama...
Emm dah Pra Sekolah tahun ni... Balik rumah mesti ada kerja sekolah yang hendak disiapkan... Kadang meniarap kat lantai.. Kalau  Rayyan tak ada kat rumah oklah...
Kalau ada Emm kakak tak sempat menulis Rayyan lah yang tarik dulu...
So mama suruh dia buat atas meja besar dia tak mau.. So dia duk atas meja ABC dia...
Berebut dengan Dania pulak...
Jadi.. Mama pun tengah dok pikir nak beli meja Study baru kat Dina ingat nak beli yang biasa ja.... Sekali pi kedai tadi nampaklah meja Study yang cute ni....
Hati dah berkenan... Nak kena tanya big bos dulu.... Mesti abah tak setuju... Huhu
Kalau nak beli yang ni mesti kena beli 2 unit... Maklumlah si Dania ni mesti nak jugak...
Emm so bertambahlah ongkosnya....
Fikir balik try beli satu dulu.... Apapun mama nak jugak meja tu...
Mama plak yang lebih anak tu tak dak apalah sangat kan... Hehehe biasalah...
Mama dia kan nak yang terbaik untuk anak2 ...
So joomlah layan dulu gambar meja yang mama berkenan tu...
Dapat gaji sok leh rembat satu dulu... Harapnya abah setuju lah yer...
Bila beli nanti kat mana pulak nak letak... Huhu penuh dah bilik Dina ni...
Harga kat sini RM 180.00 rasanya ada lagi tak tempat yang boleh dapat murah...
apapun kena survey dulu dua tiga round hehehe.
 Meja ni kartun Angry Bird Mesti Dina suka.. Dania lagilah...meja dan kerusi ni boleh laras ketinggian, (sebab tu yang mahai kot) kalau tengok betul2 sama besaq meja ABC tu ja..

Dania
Kakak Dina

p/s : Mama ni jenis beli barang kat anak-anak bukan pada hari tertentu kira ikut mama ja..
So bila tiba birthday depa tu yang mama Jarang bagi hadiah..
sebab depa dah dapat apa yang depa nak terlebih dahulu... huhu...
haritu dah beli Tab sorang satu so maknanya... hadiah jugaklahkan.. emm beli meja ni pun kiranya hadiah jugaklah kan... janji benda yang berguna dalam pembelajaran, bukan semata hadiah mainan sahaja...

Tapi : ada syaratnya mama bagitau Dina kalau mama beli meja ni Dina kenalah rajin berlajar.. kena jadi anak yang baik, dengar cakap mama dan abah.. pandai mengaji, dan bla bla bla...

Wednesday, 20 February 2013

The Chicken Rice Shope


Lepas penat bermain tadi tu... kami kesini makan-makan, say yes tak pernah masuk sini... kat mana lagi, kat The Chicken Rice Shope . emm rupa2nya memang best sangat ayamnya...
sedap menjilat jari. hehehe
len kali leh singgah lagi... en hubby memang suka nasi ayam.. dia pun suka, katanya memang sedap... tapi bini buat lagi sedap.. hehehe sekali sekala bolehlah kesini.. kalau tiap-tiap minggu kopak jugak kan... ni pun pasal belum cuba tu yang ajak hubby masuk jugak... ok lah...
jom layan anak2 punya gelagat dekat sini.. riuh macam 10 orang hehehe
 
Rayyan yang dah lapar sangat lah tu.. dah petang nasi dia pulak kat dalam kereta..
minum susu jelah..

Waktu abah pilih menu.. masih-masing dah buat
bising berebut sukdu dalam raga tu.. huhu

Air sampai dulu pun nak berebut jugak, Rayyan yang tengok memang tak puas hati kalau boleh dia pun nak berebut jugak... kalau dah amik suap dia baru ok..
 
Satu lagi kalau makanan sampai emm mesti cepat-cepat alih jauhkan dari dia, kalau tak dia dulu yang habiskan..(tumpahkan) huhu kang tak pasal kempunan..

Menu nasi ayam 2 jenis lauk ayam tuk abah,Set kanak-kanak tuk Dina, mama sup bebola ayam 6 ketul, Dania pulak mintak udang Goreng tepung tu..
Emm layan .... terliur pulak masa taip enry ni.. hehehe
Jom pi lagi..


p/s : tak dak WW hehehe

Tuesday, 19 February 2013

Masa Bermain

Dah lama tak bawa anak main kat sini, bukan apa, malas nak mengerah waktu nak balik, 
emm nak tahu kenapa ha tengok gambar yang bawah tu, 
siap menangis bagai.... 
memang sah akan begini... 
memandangkan petang tu dah janji nak bawak depa main kat taman permainan, 
sekali hujan, so abah terus lajak ke Jusco... 
so sinilah tempat dituju... so abah lah melayan.. 
mama plak pi habiskan duit beli baju.. hahaha...
Dina dapat kawan...





tengok tu sian Rayyan dok tengok ja kakak dia main...





seronok main ajak balik tak mau.... 


kakak tolong pujuk

sibbaik jumpa beskal ni.. reda sikit nages dia...
pastu ok dahh...



Sunday, 17 February 2013

Oreo Blueberry Cheese Cake

Kek ni dibuat sempena Birthday Ann yakni Yong panggilan manja anak-anakku.. Yong anak Makngah a.k.a tok anak2ku.. kek simple ja Oreo Cheese, first time cuba emm bolehlah...
mulut saya tak berapa nak terasa cheese nya sebab batuk dan selsema...
mulut ni rasa payau jer...
 tanya en Hubby dia kata ok ja.. sedap.. heheh ye ke...
ada yang terliur tak? meh sini nak buat lagi...




p/s : sorry Yong Kak tak tau Yong tak suka cheese.. kalau tidak dalam minda ni memang nak buat kek cokelat ja, cam na leh terajin plak tak tau.. hehehehe
update resipi dari Aku.Zack

Friday, 15 February 2013

Video : Seksi si RAYYAN Gaya Nak Merangkak

Encem boy mama ni dah ada gaya nak merangkak 
tapi sampai sekarang masih belum merangkak lagi...
tapi baru-baru ni dah boleh tui bagun sendiri dah sambil berdiri gantung kat sofa, 
kita yang tengok pun seriau.. emm dalam hati mama Rayyan ni macam kakak Dania apa, 
terus berjalan, 
maksudnya berjalan dulu baru merangkak..
 hehehe 
emmm cargas cargas....










Jom layan budak ni menonggek baru.. merangkak belum
si seksi yg nampak kaki tu Kakak Dania hehehe




Thursday, 14 February 2013

Blueberry Crepe dan Cokelat Oreo Crepe

Kini Zie ada buka tempahan Cokelat Oreo Crepe dan Bluberry Crepe so pada mereka yang duk area Nibong Tebal dan Jawi atau Parit Buntar boleh dapatkan oder anda sekarang... Maklumlah demam durian Crepe dah berlalu.. So sekarang meh cuba perisa baru ni pulak.... Pasti best punya....
Macam biasa nak oder boleh call atau watssap ja... 013 4837691

Terima kasih pada mereka yang telah oder Crepe Durian dari Zie, sejak post pasal tempahan Crepe Durian, sampai sekarang masih ada lagi tempahan....terima kasih pada mereka yang repeat oder jugak...
Terima kasih Allah atas rezeki yang kau berikan...


Salah Mama Sebab tak Belajar Cakap German...

Siapa pandai cakap German kat sini? walaupun dah 3 tahun bersama dengan anak dara kedua tu tapi mama masih tak fasih cakap bahasa german... kena gi belajar dengan anak ponakan lah Mohd Hanif Osman.. dia kan baru balik dari German sah-sah terrrer... tapi haritu balik kampung suruh dia cakap dengan Dania dia pun tak paham.... hahaha geleng kepala dia....habis tu camno?

Al kisahnya si Dania ni nak belajar kencing kat bilik air..... satu hari si anak ni bagitau kat mama..
"mama nak cikelat", mama pun dengan pantas jawaplah, ha pergi ambil kat peti ais ( mama paham si anak ni nak cokelat)... tanpa hiraukan dia.. coz sibuk ber watssap.. hehehe 
Si anak ni pun pergilah dapur pastu patah balik tiba2 dia kata " mama Ania kencing".. eh alamak... mama pun tanya balik kenapa tak cakap?...so kenalah mengemop bagai... 

Lepas 2 hari.. mama dengar lagi ayat macam tu, tapi hari ni mama macam faham sikit ayat dia, so mama pun cepat-cepat bawak dia pergi toilet... pastu barulah teringat balik... rupanya haritu yang terkencing dalam seluar tu rupa-rupanya nak "kencing kat toilet" emm mama pun bagitau abah, abah emm senyum jelah... haha  terkenalah mama ni...

sebenarnya mama selalu pesan kat Dania kalau nak kencing kena pi Toilet...So anak mama ni memang dah taat ikut perintah... memang dia dah cakap nak pi toilet.. cuma mama ni yang tak faham bahasa german dia.. huhu...


apapun tahniah kat Dania... alhamdulillah dah mau kencing kat toilet.. walaupun agak terlambat dari Kakak Dina... 

p/s : nak jugak tempek gambar... walupun tidak ada kena mengena... hehehe cayang anak mama..

Saturday, 9 February 2013

Rayyan Yang Chubby

Sekarang ni kalau dukung Rayyan memang terasa hantap, emm memang dah debob sikit dah, semangat betul anak jantan mama sorang ni, kalau makan moi sekarang ni memang berselera betul dia... seronok kalau suap dia makan, kejap- kejap ja dah habis... sekarang 3 kali sehari makan, esok kami nak balik kampung jumpa mak, aka tok anak2 ku.. emm mesti tok rindu kat Rayyan ni.. emm tok pun rasanya mesti tak larat nak dukung atau pegang dia.. memang semangat, tengah lasak..

  




p/s : sekarang Rayyan dah tak mau minum susu mama, tak tau sebab apa, kalau dulu balik ofis dia akan minum susu mama sampai lah malam pun, tah macam mana dua minggu lepas mama nak bagi nenen, dia boleh gigit sambil tarik, aduh sakit, bila kita menjerit dia gelakkan mama, dia buat main2.. sampai sudah dia tak hisap pun, pastu try bagi lagi siap nak muntah pulak.. huhu sedih lah. kenapa Rayyan tak nak susu mama yer...tak puas kot, kalau dulu dia minum susu badan, dia mesti merenget nak minum susu botol pulak... .emm tak palah janji anak mama sihat walafiat. kan?

Gambar : Sony Nex5
Lokasi : rumahkusyurgaku

Friday, 8 February 2013

Parenting Skills

Alhamdulillah walaupun sehari sahaja namun Ilmu dapat semalam amat berguna untuk saya dan kawan-kawan ambil sebagai panduan untuk mendidik anak-anak dan juga menjaga keharmonian rumah tangga.
Seronok sangat dapat join seminar ni dengan konsultan yang tak asing lagi Anice Training Centre.. dulu pernah jugak join kursus dengan Anice ni masa tu kat Pantai Merdeka.. 2 tahun lepas.. memang tak kering gusi bila dapat join kursus ni lagi dengan CR Abu Bakar Hj Shafie.

Sedikit mukhadimah yang selalu kita dengar :

Maksud Hadis: " Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan didiklah mereka dengan penuh kasih sayang "

Mendidik anak-anak ada 3 Fasa

1. Umur 0-7 Tahun - Sayang-sayangkan anak

  • Layan anak seperti raja.
  • ikut keendak dia.
  • Jangan menghukum dan lebihkan nasihat.
  • Didikkan agama.
  • Biar dia berkembang secara semulajadi.
  • Jangan takutkan dia dengan hantu dan sebagainya.

2. Umur 7-15 Tahun- Tangan-tangankan anak\

  • Kena sabar dengan karenah anak pada usia ini.
  • Fasa ini pembentukkan sahsiah diri.
  • Kena lebihkan pendidikkan agama. ajar anak solat.
  • waktu ini dah boleh beza baik buruk,
  •  kalau salah pukul ( dengan kain di bahagian belakang dari pinggang kebawah)
  • Selepas marah jangan biarkan sahaja sebaikknya kita terangkan semula kenapa, sebab apa,
  • Kalau buat baik beri ganjaran ( mereka akan seronok)
  • *Kalau hukuman kena ikut peredaran zaman, zaman la ni anak 4-5 tahun dah bijak pandai, dah tahu mana baik dan buruk ( so kena ikut perkembangan anak2 itu sendiri)

3. Umur 15-Remaja (dalam tangunggan) - Berkawanlah dengan anak.

  • Dah mula gatal/bercinta
  • Suka ikut kawan.
  • Suka dan minat tersendiri.
  • Kena lebihkan terap dengan agama beri pendidikan yang secukupnya.
  • Berkongsilah hobi dan minat yang sama.


 Sedikit Ilmu yang didapati nak bagi anak-anak dapat 10A atau 20A kita kena ajar anak kita dulu mendapat 5A,

1. Akidah
2. Akhlak
3. Adab
4. Amalan
5. Akademik

Bagi anak-anak makan makanan yang elok-elok, sebelum ke sekolah diwajibkan memberi anak sarapan pagi. ia amat berkesan dalam pembelajaran dia nanti.  Baik Akidah baiklah akhlak, ada akhlak baguslah adabnya, ada adab baguslah amalannya, ada 4A ni maka baiklah akademiknya.

Teknik Komunikasi yang berkesan

  • Jangan perlekeh si anak  membandingkan mereka dengan orang lain.
  • Elakkan perkataan negatif terhadap anak-anak. ( memaki hamun didepan anak2 dengan perkataan negatif)
  • Wujudkan kemesraan dengan anak-anak. ( sentiasa bersama anak-anak)
  • Padam rekod lama ( kalau ada kesalahan anak dimasa lampau lebih baik maafkan)
  • Banyakkan belaian positif
  • Dengar dengan teliti dan aktif.
  • Sentuhan ( nak tunjukkan kasih sayang mesti dengan sentuhan)
  • Selesai masalah bersama.
  • Nasihat dan tauladan.
Antara Kesilapan Mendidik Anak

  • Membanding-bandingkan anak.
  • Merendahkan kebolehan anak.
  • Marah tidak bertempat
  • Terlalu manjakan anak.
  • Suka membebel dan mengkritik.
  • Tidak menjadi pendengar yang baik
  • Tidak menwujudkan kemesraan.
  • tidak menjadi model yang baik.
Mudahan mendapat sedikit tips dan ilmu.. Kat mana pun kita kalau cukup Ilmu agama nescaya anak itu akan menjadi anak yang baik/ soleh dan solehah. apa yang kurang tu hanyalah dari saya..

P/s : Mudahan anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh beriman dan mentaati ibu bapa. amin..
anak adalah harta yang paling berharga, apabila kita mati dengan doa anaklah, kita akan berbahagia disana.
 "Dina , Dania dan Rayyan Mama dan abah mengharapkan anak-anak mama menjadi insan yang berguna bahagia dunia akhirat, ingatlah susah payah mama dan abah menjaga dan mendidik kamu bertiga dengan penuh kasing sayang yang tiada bandingan". 3 Penawar di Hati Mama dan Abah



Thursday, 7 February 2013

Seminar Sehari




Hari ni join Kursus Kat Ixora Hotel kat Bandar Perai Jaya, Baru lepas pendaftaran.. isi dia belum ada nanti kalau dan boleh share sedikit pengisian tajuk ni.... Konsultan dari Anice Training Centre tajuk Parenting Skill

Wednesday, 6 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

jOM JOIN lAMA tAK JOIN rASANYA..
nak join klik Banner 

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-
1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

Friday, 1 February 2013

Jom Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum, salam hari Jumaat.. indah sungguh pagi ni.. semoga kita mendapat rahmat di hari ini..
Siapa kat sini pandai bahasa arab? kalau tahu aduh bahagiannya.... sungguh bahasa arab sangat membantu kita mendapat sedikit ilmu dalam pembacaan al-quraan kan.. tapi tulah dulu dah belajar tapi sedikit sahaja yang ingat.. so sekarang bila anak dah masuk sekolah, ada pulak bahasa arab kan, secara tak langsung kita kena ingat balik apa yang pernah kita belajar dulu.. bukan setakat abc, 123 alif ba ta... sahaja... semua bendalah.. mudahan sedikit ilmu yang saya ada akan di curahkan kepada anak2 .. In syaa Allah berkat dunia akhirat.

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Kelantan (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) Trip Medan (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers