en suami tanpa berfikir panjang belilah lagi kemera Panasonic pulak.... yang jenis ni aku tak berapa suka, dan memang bukan aku nak jenis ni.. tapi en suami dah beli guna jelah... huhu walaupun agak tak suka kualiti gambarnya... kerana macam blurr... elok lagi canon aku yang lama tu... huhu
Tapi guna jugak aku si Pansonic Lumix siri apa ni.. malas nak buh... tah macam mana tetiba rosak da.... butang nak ubah ke rakam gambar tak boleh, hanya boleh view gambar2 yang dah ditangkap sahaja... amat terasa ketiadaan kamera.... walaupun la ni boleh ambil gambar guna hp tapi bagi aku gambar guna hp memang tak terasa kepuasannya... hanya boleh snap saja... tapi tak dapat betul2 gambar yang kita nak.... chewah cerita macam lah aku ni pro sangat bergambar.. hehehe tak daklah... ini semua poyo... hahahah
Maksud aku eh tadi bahasa diri saya, ni aku pulak.. heheh tibai ja lah.... moga yang membaca tak terasa apa2...
So bila dah takdak kamera ni, terasalah kesunyian... so hati mulalah membuak2 nak beli baru... en suami suggestkan kamera kopak biasa tu... tapi bila pegang nak snap.. alahai ringannya.. macam tak syoklah... walaupun kamera tu dalam rm 300 + + aku dah rasa mahai... kalau seratus aku tibailah... hahah boleh gitu?... so masih tak beli.. dan masih belum buat keputusan....
Satu hari tanyalah si memba opis ni... pakar dalam bab bab ni.. aku tanya nak beli kamera apa yang sesuai? Walaupun dalam hati teringin nak rembat DSLR ( tak kisah jenama apa) tapi bajet dia mau kuranglah dari RM 2000 lah, banyak2 mau miss susu anak bulan depan.. hahaha dok riki2 memang adalah kurang 2 ribu...
Tapi si kawan ni bagitau dan cadangkan kamera ni... walla.. mula2 tengok memang tak berkenan.. 3 4 kali tengok mau jatuh hati tangkap leleh... pesan dia, hang ada anak kecik tak payah beli kamera besar, buat gabai ja... hang nak tgk anak ka nak usung kamera... bila ada kamera ni memanglah nak usung kamera kan.... haha wajib... so bila dia kata lagutu menginsafkan diri ini tuk ambil DSLR. so pilihan yang kedua ialah Sony NEX5 mirrorless macam lam gambaq tu.. ha cantik tak? bila baca spec dia walla memang berkenan gila... bila try dok search depa kata Kamera ni wujud diatas gabungan DSLR dan kopak... so senang nak usung tapi ada lense sahaja.. lense dia boleh di tukar ganti dan boleh tambah... so setakat aku nak amik gambaq anak2 ni tak payang berlense bagai setakat yg di beri dah memadai... so hati tengah berkobar2 nak beli... memang nak kena beli jugak...jugak... semalam dah pi kedai tapi stok tak dak kena pi Penang baru ada mak.. ai susahlah cam ni.... kat mana nak cari ni....
Mesti kena dapatkan jugak... Mirrorless Camera







