Monday, 31 December 2012

Cara Dania Belajar ABC

Alhamdulillah, tak sangka sejak saya beli Samsung Tab 7.7 haritu, Dania banyak belajar dengannya. Bukan hanya game, tapi banyak manfaat kebaikan..saya ada upload games bentuk pembelajaran kanak2.. dan ianya sangat berkesan... masa mula Dania main dia macam belum faham arahan dan kenal ABC tapi selepas beberapa minggu dia main nampaknya kali ni dia tekan huruf yang betul... dan saya cubalah nak uji dia secara tulisan tangan dan saya tulis dan tanya dia ni huruf apa, sepantas kilat dia jawap dan betul... emn memang suka sangat...moga Dania akan lebih cepat belajar... bukan saja main games saja pandai tapi boleh juga asas ABC...

Kiranya dari A to Z dia dah boleh kenal huruf2 tu. ...

Cuma huruf W saja dia sebut U dia tak reti sebut penuh... ok lah tu kan....
cayang anak mama..





posted from Bloggeroid

Sunday, 30 December 2012

Cupcake Princess untuk Majlis Birthday Dania

Hari ni mama cuti pagi tu kena hantar Dina tuk pendaftaran PraSekolah.. petang tu tetiba nak buat majlis tuk Dania... biasalah selalu kalau nak buat apa.. mesti kelam kabut sebab tak plan awal2... so mama buat keputusan buat Cupcake tuk Dania... percubaan pertama ni mudahan menjadi... takut jugak buat2 menjunam kek tu.. mau tak ketanah jawabnya....

Mama mulakan dengan 2 adunan... banyak jugak dapat... plan mula2 haritu nak buat hantar kat Taska... bila pikir semula... lain kalilah buat tuk taska.... bagi budak masuk ramai dulu sekarang ni ramai yang bercuti.....

Alhamdulilah nampaknya usaha menjadi.... so inilah hasilnya...
ok tak?... ok ja kan.....
so layan lah sedikit majlis tuk Dania....
Penghargaan buat makngah a.k.a tok Dania dan anak2nya.. yang turut sama membantu.... sangat2 menghargainya.... nampaknya pot tu akan berterusan lah gamaknya... tahun depan bulan 5 Rayyan pulak... hehehe.... tq banyak2.. luve u all...dan terima kasih pada yang hadir...
Bufday Girl Mama







Sedikit Goody Bag








posted from Bloggeroid

Thursday, 27 December 2012

Taman Tema Genting Highland 2012 Part 3

Hari last kami pagi tu lepas sarapan kami cadang nak naik kejap kat Genting so jam 10 kami pun check out simpan semua beg dalam kereta, dan bawa badan je  naik atas, kami pergi naik bas yang pihak Hotel sediakan, hari minggu orang memang ramai, berebut jugak nak naik bas tu, memang penat kalau bawa budak kecik macam Dina dan Dania.. kami memang berasa bertuah sebab tak terpengaruh dengan membeli tiket untuk kesana awal2... kat sana masa banyak dihabiskan dengan menunggu giliran nak main... emm manusia punyalah ramai, memang agak memeningkan kepala bila dikenang... kalau ikut hati memang nak turun la tu jugak... tapi kesian pulak kat Dina dia dah nak naik sangat2 mainan kat situ, si Dania pulak masih agak ketakutan bila nak naik train ke apa mainan... ..  bila dah ramai...memang minda serabut dan tak terkawal habiskan tiket yang dah dibeli cepat2 pastu terus turun. memang tak sempat pun nak pusing semua... Dania dengan mengantuk dan macam2 hal...

Apapun pengalaman yang tak dapat dilupakan, kesimpulannya bagi anak2 besar sikit baru lah meriah kalau nak ke tempat macam nih... kalau anak2 kecik konet macam budak2 ni memang belum tahu erti seronok, yang depa tau penat.......... huhuhu





















Makan-Makan @ Awana Genting Highland Part 2

Bila dah duk sini makan minum semua ditanggung so makan sungguhlah, emm nak makan apa semua ada, hari mula kami makan malam yang sempoi, Dania ratah lauk ikan sahaja, Dina pulak makan koteaw sup, 2 kali dia tambah... 3 kali makan sehari memang mengenyangkan sampai tak termakan, balik2 timbang mak ai naiklah hehehe... sabor jelah... memang banyak pilihan makanan... macam2 dah tak ingat apa yang dijamah.. so sesiapa yang dah kesini memang dah tahu apa yang terbest, siapa yang belum jom makan2 kat sini..


 









Hari kedua bila mama ada kelas abah dan anak2 rasmi dulu naik ke Genting abah ajak hubby Husna dia pun bawa anak2 naik bus ke Taman Tema Genting, so siang tu depa dah round dulu sebelum mama. ooo tak pa esok nya hari ahad baru mama join..


emm memang padat dengan manusia sib baik tak ambil tiket untuk All game kalau tak memang tak sempat nak main pun...next entry kita citer lain... ni nak citer bab makan memang da bommm


malam last kami makan besar lagi kat sini.. memang makan2 sungguh termasuklah my Hubby makan sungguh dia..


ha tengok tu orang lain dah balik, abah masih dok makan lagi.. hehehe...


p/s : malam tu sikit pun tak jamah kambing panggang dia.. emm tak tahu kenapa... mungkin dk teringat kambing kat De pauh kot.. ummmppp sedapnya...

Awana Genting Highland 2012 Hotel Part 1

07.12.2012
8.30 pagi bertolak dari rumah ke Awana Genting, pagitu hantar Rayyan ke rumah mak dia, memang niat nak kena tinggalkan Rayyan jugak, maklumlah kami kesana bukan sepenuhnya bercuti tapi ada tugas sampingan yang perlu diselesaikan, bila dah ada tugas maka dengan paksarela meninggalakan anak kecilku itu, cian Rayyan apapun sekejap jer yer, nanti mama baliklah.

sampai disana agak lewat nak tahu kenapa emm apa lagi sesatlah, yang geramnya signboard untung ke Genting tu tak jumpa, salah kami yang memang tak tahu jalan ni ker? atau salah Majlis kat sana yang tak letak singboard? huhu apapun redho jelah..... malas dah nak cerita kang sakit hati....
sampai dalam kul 4.30 petang.. chek inn terus minum petang depan dewan kami...



Lepas minum petang anak2 apa lagi meraung nak mandi kolam.... apa baju renang tak bawak... emm ni lagi satu hal yang menyakitkan hati baju renang tu dah letak sebelah kata nak ambil nak ambil, tapi tak tercapaipun tangan mama ni nak ambil baju renang anak2...


So bila dah tak ada baju nak pakai kena belilah kat kedai mini kat hotel tu... emm beli seluar sahaja baju saiz Dania tak ada , Dina pulak pakai baju singlet putih....

Masa mandi bukan main seronoklah, sebab air kolam dia tak sejuk sangat, dan memang hangat khas untuk Hotel di Awana ni... emm mama hanya memerhati dari tepi kolam...

Masa mandi tu terjadilah satu tragedi yang tak mungkin dilupakan si Abah dan anak... kisahnya dipendekkan, Dina naik gelungsur kat kolam yang sangat curam abahnya dibawah bila Dina nak kebawah excident dengan abah dibawah kepala Dina terkena gigi Abah, Dina berdarah kepala abah berdarah bibir bawah dan gigi abah patah..... huhu memang sangat mencemaskan waktu tu, Dina meraung bagai dah... cepat2 pengawal kat situ letak iodin kat kepala Dina, luka agak dalam tapi bila keadaan dah ok, Dina nak mandi kolam lagi... huh sangat2 geram dalam sakit2 masih nak mandi lagi anakku ini bertuah betul....




tengok gigi abah serpih 




 si abah emmm kesian pulak mama tengok kehilangan serbelah giginya... hehehe lawak betul... ha tengok tu gigi abah dah repeng... macam guli da....Dina bila tengok gigi abah patah dia pulak yang sedih, mungkin dia pun kesian kat abah tu... agaknya dia pun rasa bersalah...

Lepas dapat mandi lagi baru Dina ok... walaupun berbalut di dahi dia ok ja.... menangis tu mungkin sebab dia malu sikit... hehehehe syabas anak mama...



Wednesday, 26 December 2012

WW : Cuba Teka Siapa Saya.

Siapa Saya disebalik belon unggu ni.?...






Sebenarnya saya tengah gigit belon ni tapi tak dapat


Iyahhh, geramnya saya


Eh mama tengah snap gambar sayalah


Haha kan dah kantoi.. hehehehe.. senyumlah saja...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (66) Gelagat Dina (52) Gelagat Dania (48) Aktiviti Pejabat (39) makan-makan (38) Berita (33) WW (33) Dina Taska Sekolah (24) ResipiKu Zie (24) Kisah Puasa Raya (23) Jalan jalan (22) Birthday (21) Hadiah (21) Kisah Dania (20) Tazkirah (20) Aku dan kawan-kawan (19) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) Menang Contest (17) kursus (16) Kisah anak-anak (14) Kek (13) Kisah Dina (12) Ucapan (12) Segmen (11) Cuti-cuti (10) Dania Taska Sekolah (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) perkembangan Rayyan (10) Info (8) Pengantin Popular (8) Rumahku Syurgaku (8) Sarawak (8) Shopping (8) Taman Lagenda (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Baju Raya (6) Dina N Sepupu (6) Rumah Baru (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Kesihatan (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Model Mama (3) Nuffnang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) PTM (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers