Friday, 30 November 2012

Tujuan Manusia Diciptakan

Sedikit tulisan dari buku Isnad Tadawi : mohon disyerkan apa yang baik untuk tatapan bersama, sebenarnya buku ini diberi semasa menghadiri Program Usrah selama 3 jam di ILKM mudahan apa yang disyerkan dini akan dapat sdikit sebanyak ilmu secara tak langsung.

Surah Al-Baqarah (2:Ayat 30)
Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah (pentadbir) dimuka bumi ini,"

Bedasarkan ayat diatas, pada suatu ketika dahulu Allah telah berfirman kepada para malaikat bahawa Allah hendak mencipta Nabi Adam a.s (serta manusia yang lain) untuk dijadikan pentadbir atau pengurus muka bumi. Namun para malaikan berasa kuatir bahawa manusia akan memusnahkan bumi.Agak pelik juga kerana Nabi Adam a.s adalah manusia yang pertama yang hendak dijadikan , jadi kenapakah para malaikat khuatir yang manusia akan memusnahkan bumi?

Thursday, 29 November 2012

Ujian Pap Smear

Hari ni Chekup Rayyan, kebetulan harini jugak ada ujian pap smear kat Klinik Sg Duri, so misi kat situ arahkan untuk jalani ujian ini, maklumlah anak dah tiga, so memang dah lama tak buat ujian ni, last haritu masa lahirkan Dania. Mula tu rasa gentar jugak, tapi oklah untuk kesihatan diri jugakkan, bila lagi nak buat kalau nak pi sendiri2 jangan mimpilah, so misi dah ada terus ja chek, pasal chek up Rayyan next entrylah yer, hari ni semangat nak cerita pasal Pap Smear, kawan-kawan kat sana dah buat Ujian ni? Ha kalau belum jom lah sama2 kita buat ujian ni, tak llama ambil masa lam 5 minit dah siap, keputusan 2 minggu lagi… ok jom baca apa tu pap smear.


Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus (seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah) dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.




pss: bab malu tak yah citerlah, semua malu, hehehe so buat tebaljelah, ok...

Wednesday, 28 November 2012

Pavlova Resipi yang Sedap


Korang pernah makan? emm dah lama kenal tapi sampai lah satu hari baru je dapat rasa... emm memang wallah.. sedap manis2... nak buat jugak resipi ni.. tapi belum nak try lagi.. mudahan suatu hari dapat buat jugak... Pvlova ni di oder dekat kawan, waktu majlis perpisahan dan sambut birthday bulan lepas... memang da boom



Siapa yang belom rasa mesti kena coba... kalau tak rugi hehehe..

Resipi Pavlova

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Buah Limau

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.


Gaya Meniarap Baby Rayyan

Macam-macam gaya bayi 5 bulan ni meniarap...habis bulan ni dah nak masuk 6 bulan... aduh pantas yer... macam-macam gaya pusing dah Rayyan ni... Rayyan meniarap dia awal usia 3 bulan.. em memang pantas dan cepat... dah tak sabar nak suapkan baby Rayyan bubur nasi..harap Rayyan suka bila makan nasi nanti...












Rindunya anak mama Coang ni...

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2013

Hehehe ada ke yang tercari2 Jadual Gaji tahun depan nih? hehehe jom tengok..
Tanda siap2 kat Kalender.. t senang..

Tuesday, 27 November 2012

Usrah Mengembalikan Kehebatan Ummah

Kursus 3 jam... Pengendali oleh Isnad Tadawi Group ... Moga mendapat Ilmu dalam program Usrah ini...







posted from Bloggeroid

Monday, 26 November 2012

Melatih Baby Rayyan Berenang

Sesi pagi adalah kelas untuk baby Rayyan belajar berenang, baby Rayyan baru 6 bulan dah diajar berenang kat kolam renang, hehehe, eh tak adalah latihan intensif yang macam anak Dr Sheik Muzaffar tu, sekadar memperkenalkan baby Rayyan dengan air kolam saja... wah Rayyan seksi bergaya lagi di dalam kolam, ha cute tak auntie2 semua... ini adalah pertama kali Rayyan mandi kolam ni... 

Mula tu mama dan Dina ja yang mandi, last sekali dah nak balik mama bagi Rayyan cuba2 bermain air kolam, mula tu nampak Rayyan macam gayat jer, lama2 dia dah mula tersenyum seronok... wah suka betul... sampai penant mama duk pegang dia, tapi mama terlepas jugak dia maka tersedut jugak dia air kolam tu, sampai batuk2. hik hik sorry yerr






Tengok tu dah nak menyelam pun dia.. hehehe

Kaum ibu yang kepenatan menuggu anak2 mandi hehehe

Ha sikit hari lagi selalulah ajak mama mandi kolam nih... hehehe
dah nampal bakat tuk jadi perenang negara nih hehehe

Sunday, 25 November 2012

Tempahan Durian Crepe Area Jawi, Sg Bakap, Nibong Tebal dan Kulim

Alhamdulillah, berkat belajar resipi Durian Crepe akhirnya menarik kawan2 untuk mencuba,  dan terus mencuba....anda bila lagi, ingin merasa Durian Crepe ini bolehlah call saya... Resipi 5 tepung  diadun untuk menghasilkan crepe yang enak.... kepada anda semua yang berada berhampiran Sg Bakap, Jawi, Nibong Tebal atau kulim bolehlah menghubungi saya di FB saya atau terus hubungi saya di
013 4837691Whatsapp Messenger pun boleh... atau email saya di zaiziedinadania@gmail.com...  SELAIN DURIAN CREPE ! PERISA BLUBERRY PUN ADA! nak rasa jangan malu sms me ok... rasa masam manis yang umph....








Jomm oder sekarang... minimum oder 2 pax... 1pax 6 pcs RM 10



nak oder pastikan 3 hari awal yer... 

Jom oder kek pulak.. nak call me ok


Tiramisu Kek


Russian Black N White Kek

Red Velvet 

Snowy Peach

Snow Chesee Blueberry 

Nak tengok banyak lagi kek 







Saturday, 24 November 2012

Family Day ILKM 2012

Family Day penghujung tahun 2012 haritu Family Day tahun Lepas kat Flaminggo Hotel Penang lebih meriah, kali ni lebih kepada santai dan makan2. Pilihan kali ni kat Cinta Sayang Resort Sungai Petani... 
tiada hadiah cabutan bertuah, coz no bajet ma.. hehehe apapun meriah majlis malam tadi semua staf hadir dengan family masing2 meriah gamat hall.. dengan jeritan pekikan anak2... 
Kali ni Dania tak datang sama, abah lah ni nak tinggal semua anak2, sib baik mama berkeras nak jugak bawak yang lain..kalau tak semua abah nak tinggal... kesian lak kat Dania... sorry sayang lain kali mama tak mau tinggal dah anak2 mama, kalau boleh nak semua hadir...
Kali ni tak meriah pulak dengan gambar.. lupa pulak nak bergambar dengan abah... hehe so layan jer gambar yang ciput nih...
Dina emm suka kalau dapat dukung Rayyan

Danish anak Shahril dan Dillah wt Rayyan



Ain, Miza dan Dina
Seronok depa dapat berjumpa sekali sekala..

Meeting apa tu tak habis lagi..

Bisik apa tu Dillah?
Laku sungguh kak Ina juai belon..

Dee dukung Rayyan dan Wan dengan anaknya

Dayah dukung Rayyan

Faizal wt anaknya comey dan bolat matanya...

Ann Rayyan dan Sha isteri Faizal

Dina dan Neena anak Husna

Karaoke Time.. kak Dib dengan lagu Uji Rashid...

Hehe Zie pun tak lepaskan peluang First time nyanyi nih.. ketaq nak mampus... hehehe
Menyumbangkan lagu.. kah kah keh keh keh

Lagu Bila Diri disayangi by Uky's
suara pecah sebab ketaq.. hehehe hujan malam tu haha jangan mare

Bossanova n the group



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (66) Gelagat Dina (52) Gelagat Dania (48) Aktiviti Pejabat (39) makan-makan (38) Berita (33) WW (33) Dina Taska Sekolah (24) ResipiKu Zie (24) Kisah Puasa Raya (23) Birthday (22) Jalan jalan (22) Hadiah (21) Kisah Dania (20) Tazkirah (20) Aku dan kawan-kawan (19) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) Menang Contest (17) kursus (16) Kisah anak-anak (14) Kek (13) Kisah Dina (13) Ucapan (12) Segmen (11) Cuti-cuti (10) Dania Taska Sekolah (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) perkembangan Rayyan (10) Info (8) Pengantin Popular (8) Rumahku Syurgaku (8) Sarawak (8) Shopping (8) Taman Lagenda (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Baju Raya (6) Dina N Sepupu (6) Rumah Baru (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Model Mama (3) Nuffnang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers