Wednesday, 31 October 2012

Tuesday, 30 October 2012

Check Up Khalish Rayyan 5 Bulan

heheh kali ni tak ada gambar Khalish Rayyan kat klinik coz mama pi klinik sorang2, abah kena kerja, kebetulan Khamis lepas mama amik cuti nak balik kampung so sebelum balik mama bawak Rayyan gi check up dulu....

Ha tengok gambar tu makin galak dan bersemangat yer, makin besar agak dah nampak akalnya.. mudahan akal yang baik2 jer... tak mo yang tak tentu pasal tau penat mama ni...
apapun cayunk anak katan mama coang ni.
ucuk acam mama ni...

Tarikh checkup : 25 Oktober 2012
Berat : 7.4 kg ( 7.2 k g)
Panjang : 65 cm ( 63cm)

check up bulan depan 29 Nov 2012

sekarang Rayyan dah memusing dah bila meniarap,, haha cargas betul anak mama
bila kita pegang dia dah mula nak melompat, fuh semangat,,
harap tak sakan melompat.. si Kakak Dania dulu tak melompat sangat.
Rambut dah makin panjang dah leh buat ala2 anak korea dah..
 


Ha cute tak Rayyan dengan rambut ala2 korean hehehe 
baru lima bulan dah macam2 fesyen rambut rayyan leh buat..
hehehe jangan jeles yer... kawan2 Rayyan kat luar sana... 

Monday, 29 October 2012

Cerita Seminggu Lepas

Salam Selasa, memang agak menyepi seketika, walapun ada entry tapi hanyalah sebagai penghidup blog sahaja, hati masih mati nak update dan bw.. namun malam ni agak tenang sedikit, itupun setelah anak2 sudah melelapkan mata,,, aduh sekarangni bukan main sibuklah sibuk dengan si kecilku itu siapa lagi si Khalis Rayyan.. emm makin membesar, makin ada sahaja peel baru, namun masih terkawal, anak sekecil Rayyan memang lebih kepada Ibu, kalau dia meragam janganlah suruh abah tolong jagakan, makin meraun sakanlah... bila mama ambil terus senyap... emm sabarjelah....

Khamis 25 Oktober 2012

Hari ni mama cuti, abah pulak masih bekerja, abah kata di pergi kerja mungkin separuh hari sahaja, emm mama ok ja, masih boleh menunggu, pagi tu mama siapkan rendang ayam tuk dibawa balik, haha rendang ja, ketupat makan yang mak buat, em sedap....
Selepas abah bawa balik ayam sepantas kilat tangan ni memasak, agak2 Rayyan pun dah bangun Rendang ayam mama pun dah siap, emmm memang pantas kan...


ha siap sudah rendangku berasap lagi
nak resipi Klik SINI

Lepas siap masak, bawa Khalish Rayyan untuk check up seterusnya iaitu 5 bulan, kena cucuk lagi kali ni, emm macam biasa Rayyan memang anak boy lah coz tak menangis hehehe suka2..
Rekod Imunisasi Rayyan... bulan depan cucuk lagi yer..


lepas habis check up Rayyan balik kemas baju2 dan tunggu abah, balik pastu balik rumnah mak, kat parit Panjang, mak masih disitu, ditemani anak2 arwah ayah, so minggu raya tu Zie dan suami pulak temankan mak. (tuk pengetahuan ayah telah meninggal dunia seminggu sebelum raya haji tahun ni pada 18 Oktober lalu) entry ni

Raya Pertama 26 Okt 2012 kami beraya dengan mak, 
Raya kedua kami kerumah tok sebelah suami balik semula rumah mak. 
Raya ketiga masih dirumah mak, dan mak nak berpantang atau menghabiskan eddahnya 4 bulan 10 hari di pondok, kerana mereka lebih lama berada disitu, dan untuk kebaikan juga kerana rumah yang ayah duduk dengan mak sebelum ni memang agak kedalam dan tiada jiran dekat, agak sukar untuk mak tinggal disitu tanpa ditemani seseorang, kalau dipondok ramai sedikit jiran tertangga. tidaklah terasa terlalu sunyi. 
Dalam kul sepuluh kami pun hantarlah mak untuk kesana, mudahan mak berasa selesa sedikit disana,
Tika dan saat ini masih terasa kehilangan ayah.



Friday, 26 October 2012

Minat Kumpul Duit-Duit Lama

Tajuk tak hingat, macamlah banyak sangat kumpul duit-duit lama, walhal baru je dapat pegang dan jumpa, tu pun mak yang bagi... ha ada yang tak pernah tengok?.. 
Zie pun ada yang tak pernah tengok... tambah2 duit sepuluh sen kertas tu... memang agak terujalah.... kalau ada yang nak, rasa sayang ja nak bagi....
Duit duit ni memang dalam simpanan Zie... ada jugak suami Husna berkenan, tapi en suami macam tak nak bagi pulak... memang ada dia nak beli... tapi lum terbukak hati nak jual....
Kalau disimpan lagi lama, agak agak lagi bernilai tak? heheh.... 









Wednesday, 24 October 2012

Durian Crepe

Memang sekarang ni demam Durian Crepe... niat dihati nak etend kelas wat durian crepe ni.. tapi keadaan tak mengizinkan lagi.... so cuba cuba try resipi dari Kak Azlita. Mula mula siap melenggang terus masukan durian dan creamnya.. memang dah tak sabar nak merasa... sekali masuk mulut... fuh mwmang tak terkata sedap... memang bestlah...tapi oleh kerana percubaan pertama, dengan ketaksabaranya sama tu yang gulungan crepe tu tak berapa nak elok tu... apapun...rupa tak penting yang penting rasanya tul tak? huhu sapa pernah makan? cuba cerita bestkan?....

Buat tak banyak adalah lam 10 biji... letaklah dalam peti es... sekali bukak tengok macam hilang satu... terpikir lak siapa yang makan, mustahil abahnya, coz dia kalau tak sua depan mata tak mahu makanya.... sekali agak petang tu barulah ada insan mengaku tanpa disoal, rupanya Kakak Dina yang makan... wah minat jugak yer....

Dina memang peminat Durian.. Kalau makan pulut durian memang bertambah....durian crepe ni pun... berulang jugak dia makan....nanti mama buat lagi yerrr...



p/s: Susahnya nak cari durian sekarang ni.... adapun mak ai mahalnya...yang ni pun abah beli 3 biji RM 20.00 isi pun ada yang keras... emm memang tak berapa nak puas hati.... sabar jelah...

Kursus Pertama Tahun ni

Alhamdulillah hadir jugak untuk kursus yang pertama...itupun sesi kedua... yang first haritu tak hadir.. tulah dah cuti bersalin 3 bulan.. dah agak ketinggalan jugaklah... apapun moga tahun depan ada kursus lain..



posted from Bloggeroid

Tuesday, 23 October 2012

2 Batang Gigi Dina dah Buruk

Salam Selasa ... diam tak diam dah Selasa pantasnya masa berlalu... tak terkejar rasanya...

Ni kisah anak dara zie..si Dina Emm sebenarnya gigi Dina dah buruk 2 batang.. buruk pun tapi masih kuat...emm tulah selalu lupa ja nak gosok gigi.. inilah punca kerosakannya. Tapi oklah kan umur 5 tahun gigi masih elok. Kuat lagi... cuba cuba jugak goyangkan giginya yang buruk tu... manalah tahu tiba2 longgar.. tapi tak longgar pun..

Selalu jugak pesan kalau sakit atau longgaq bagitau mama.... satu lagi takut jugak gigi kekal tumbuh sebelum gigi susu dicabut... emm kang jadi macam gigi mama tak sama... huhu...






P/s : Tahniah Ina (Ibu Alisha) yang telah melahirkan baby baru 4.40 petang Isnin 22 Oktober 2012 berat baby2.65 kg.. jantina Rahsia pulak... ada sesiapa yang dah tahu? hehehe


posted from Bloggeroid

Friday, 19 October 2012

Ayah Telah Pergi Buat Selamanya

Cukup sangat susah hati bila dapat panggilan awal pagi..

Semalam tengah bersiap nak pi kerja.. suami dapat pangilan dari anak buah.. panggilan yang amat memilukan, terkejut dan tak sangka... dia bagitau yang ayah dah meninggal... memang agak memeranjatkan.. Innalillahiwainnailaihirajiun...

Sebenarnya dia seorang ayah yang baik amat menyanyangi anak cucu termasuk anak2ku.. kasih sayang yang diberikan walaupun hanya baru 5 tahun menjadi ayah dan tokwan kepada anak2 ku...

Ternyata Allah lebih menyanyangi dirinya dulu.. dia telah pun pergi mengadap Illahi pada 18 Oktober 2012 pada jam 6.30 pagi.
Umurnya pada tarikh kematiqn adalah 86 tahun.

Kata mak ayah tak sakit teruk sangat cuma mengadu pening kepala, dan bila dibawa pergi klinik ambil ubat dia semakin baik.. dalam 2 hari saja sakit kepalanya...

Ternyata dengan senang dia pergi... selepas raya haritu dah balik jumpa sikit pun tak nampak perubahan...ayah macam biasa saja...

Mudahan roh ayah tenang disana...Al FATEHAH untuk Arwah
Ya dia adalah ayah tiri yang amat2 baik...
Mood sedang bercuti di Parit Panjang 
posted from Bloggeroid

Wednesday, 17 October 2012

WW : Harley Davidson : 1910-1938



Dengar jer nama Harley Davidson pasti terbayangkan motosikal besar yang berharga mahal tu kan?Tapi pernah tak korang bayangkan macam mana la rupa motosikal yang terkenal ini suatu masa dahulu dimana waktu permulaan terkenalnya motosikal nie.Jom kita tengok gambar-gambar lama yang lebih menerangkan keadaan ketika itu.

Tuesday, 16 October 2012

Auto Show @ Auto City Juru

Salam selasa, pagi ni hati bagai dipanah petir... huhu sebab bangun pagi tadi rasa badan Dania panas lagi aduh kenapa ni yer.. mula tu ok lagi pastu zie pi mengadu kat mak Rayyan (pengasuh) dia kata cuba pi chek darah, takut demam denggi.. Ya Allah risaunya saat itu hanya. takkan demam denggi kot..sebab gejala lain tak ada cuma demam, batuk dan selsema sahaja. 
 Tapi tak salah pergi chek kan... so bagitau abah, dan abah cakap kul 10 ni nak pi chek darah Dania kat Hospital... 
kata mak Rayyan kawasan kediaman kami tu memang kawasan denggi, tu yang lagi cuak tu... mudahan  Dania tak apa-apa... mama yang tak keruan sebenarnya... dah makin susah hati. ni... 


Apapun layan dulu gambar2 kami kat Autoshow @ Auto City Juru... jom...
Tajuk Lain citer lain yer... layan jer.. jiwa kacau nih..



emm nak mintak abah beli satu cam ni buleh? hahaha



mama tumpang bergambar.

Dina kata : mama tengok macam kereta budak... 
teruja depa tengok kereta camtu..





Marah mengancam


Hijau menawan

Biru kesukaan





Lepas round satu pusingan 
Dina lapaq pulak... emm layan dia makan dulu..


p/s Doakan Dania yer... mudahan baik-baik yer.. (pujuk hati sendiri)..
kul 10 mintak keluar jap nak pi Hospital... (debaran sungguh.....)  

pssttt : Masakan dalam entery semalam masakana Zie adalah Kari Ikan 


UPDATE JAM 2 PETANG :
Alhamdulillah, Selepas dapat result ujian darah...Dania tak apa2..
 terima kasih semua  atas doa kalian...
Syukur sangat2 


Monday, 15 October 2012

Pot Luck Kami Jumaat Lepas

Salam pagi Isnin, moga pagi ini bertambah cerialah kita semua yer... walaupun dua hari lepas melalui detik cemas.. tapi alhamdulillah semuanya dah kembali pulih seperti biasa....

He he best jugak sekali sekala boleh buat masak masak macam ni.... asyik makan oder jer... cemuih dah lah, So Jumaat lepas kami buat pot luck tuk makan2 Selepas Bacaan Yassin di Pejabat... memang mengubah selera.... best sangat.... macam2 masakan dapat dirasa.... 
masakan Melaka ada, Siam ada, dan yang paling banyak masakan Utara lah... macam lauk... penuh pinggan dibuatnya... hilang diet haritu.. hehe... apapun... best best lain kali sebulan sekali kena buat nih... leh ubah selera... dan merasa hasil air tangan kawan-kawan kan...

Cuba teka mana satu masakan yang di masak oleh Sayangku Zie ....
main teka2 pulak yer.... 










ps : alhamdulillah anak2 dah sembuh.. emm Dania pasang surut demam dia... semalam pi amik ubat lagi... hari ni dah nampak ok dah... mudahan dah tak panas badan dia...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (33) ResipiKu Zie (29) Birthday (26) Dina Taska Sekolah (26) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (23) Hadiah (21) Tazkirah (21) Aku dan kawan-kawan (20) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) Menang Contest (17) kursus (17) Kek (16) Kisah anak-anak (15) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Segmen (11) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) perkembangan Rayyan (10) Majlis (9) Rumahku Syurgaku (9) Shopping (9) Taman Lagenda (9) Baju Raya (8) Info (8) Pengantin Popular (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Rumah Baru (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers