Saturday, 29 September 2012

3H2M @......

Bercuti konon tapi kemana kami minggu nih.... tak kemana cuma kerumah kakak di Ipoh... kebetulan malam ni dia ada buat kenduri sikit, so abah dengan tiba-tiba nak pergi... so lepas solat magrib semalam kami terus bertolak kesana... so hari ni bersiaran dari rumah dia... penat2 maklumlah nak wat kenduri mestilah bertungkus lumus, sebab lauk pauknya bukan disediakan oleh katering... semuanya pakat masak... memang kena kerah tenagalah.... Insyallah majlisnya adalah malam.. so siang ni masa untuk memasak... sib baik zie anak kecil, lehlah cilok2 sikit.... haga tu yang penting....

p/s: rancangnya nak naik Cameron Highland... agak2 hujan tak....

Wednesday, 26 September 2012

Tuesday, 25 September 2012

Review Buku Kanak-Kanak Koleksi Cerita Moral

Semalam pergi Giant singgah Hassani Book Store, abah beli buku ni tuk Dina, untuk anak apa salahnya kan.... dulu mama asyik beli buku melukis dan buku tulis ABC, 123, buku mewarna, sekarang sejak dak boleh mengeja ni, inilah buku cerita Dina yang pertama, seronok dia bukan main lagi, tapi bila nampak buku mewarna tetap mintak mama belikan jugak, mama kata kali ni Dina kena beli buku membaca pulak, Dina kan nak jadi budak pandai, maknanya kena beli buku ceritalah, kena rajin membaca pulak.
emm barulah dia letak balik buku mewarna tu...

Best pulak mama tengok buku ni, ada lapan cerita didalamnya, dan mempunyai 129 muka surat... 
RM 29.00 penuh dengan warna2 ceria setiap watak didalamnya...
emmm mama pun teruja nak membaca sama....

Selain berbentuk buku Koleksi cerita moral ini juga terdapat dalam bentuk DVD, 
kiranya dua dalam satulah ni...kalau dah habis membaca anak2 kita bolehlah menonton cerita pulak... emm Dina dan Dania tak sabar nak menonton tu.... semalam balik terus tidur... 
emm petang ni TV itu mereka yang punyalah....
apapun selamat membaca dan menonton untuk anak2 mama.. mudahan cepat belajar yer.... 





 sebenarnya bukan abah beli satu.. tapi ada lagi 5 buku ha..ha.. yang ni yang nipis jer.. cerita pendek...RM 2 satu buku.. 

Monday, 24 September 2012

Rahsia Tandatangan AISHAH: Duit Dari Alam Bunian?


Macam menarik jer cerita nih.. jom kongsi bersama, pernah jugk dengar kawan bertanya ada tak duit dalam simpanan dompet saya yang ditandatangani oleh AISHAH, kalau ada katanya boleh ditukar lepas itu akan dapat lagi wang lebihan hasil dari pertukaran itu.. ? Menarikkan tapi kenapa ada apa punca dan sebabnya,? tak tahu pulak. Bila terjumpa artikel ni kat MR barulah tahu, tapi adakah benar apa yang diperkatakan ini.. emm jom sama2 baca... ;)

Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia?
Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini.

Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia :

  • Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 – Julai 1962)
  • Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 – Julai 1980)
  • Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 – Jun 1985)
  • Tan Sri Dato’ Jaffar bin Hussein (Jun 1985 – Mei 1994)
  • Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 – Ogos 1998)
  • Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 – April 2000)
  • Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 – Kini)

Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

Saturday, 22 September 2012

Musim Demam ke?

Semalam dah rasa badan Dania agak dedaq.. emm macam nak demam, bangun pagi tadi, dah sah sah panas terus masukkan ubat, ok kejap ja petang tu panas balik, pastu bagi makan ubat, macam biasalah kalau bab makan ubat ni memang kena paksalah.... partyang pling susah... apapun berjaya juga setelah mendapat pertolongan abah... malam ni panas jugak harap esok beransur baik..
Dania kalau demam ada masa elok main, ada masa dia akan merap... kalau dia merap tu memang kena dekat ja dengan dia...


harap tak jangkit kat Dina dan Baby yer....Dina plak asyik batuk jer...

p/s : baru nak BW line tenet macam hampeh... geram toi....

BLOGLIST KESUMA ANGSANA


Salam semua, jom join Bloglis KA,
Tarikh tutup 26 Sept 2012
Nak join Klik Banner atau kat SINI

KA ni best tau kalau tak caya jom terjah blog dia.


Friday, 21 September 2012

Dina & Diana

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari... mudahan apa yang kita akan lakukan hari ini mendapat berkat dariNya. Aktiviti di ofis seperti biasa Senaman pagi, bacaan Yassin, dan sepatah dua kata perkara berbangkit dari bos dan staf yang lain, pastu makan......
. Harini cuma update gambar2 Dina Dina dan Diana... sekali sekala jumpa, bukan main bermain... memang dah tak kacau kita dah.. asyik main-main kadang-kadang bunyi jugak gaduhnya, sorang merajuk, pastu salam baik semula... macam tulah anak2 kecil ni kan, kadang nak tergelak tengok gelagat mereka main dan gaduh tuh.... 

Sabtu lepas jugak Zie amik anak buah yang duk kat Simpang Ampat bawak balik jumpa Famili yang lain, iaitu Udin dan Fatehah ( anak arwah kakak) dah lama jugak tak jumpa depa, raya haritu tak sempat nak bawak balik, minggu tu ada masa kebetulan kakak yg duk Ipoh balik so bolehlah berjumpa. Dan yang paling merindui mereka Mak zie lah, bawak depa pi rumah mak.
Ala gambar kat rumah mak tak dan nak edit.. tak pa layan gambar ni dulu. 
Tak leh nak cerita banyak kisah anak2 arwah ni nanti sebak, oklah undur diri dulu..
Masing2 dalam mulut ada gula-gula tu yang muncung cenggitu tu..









Suka tengok Diana pandai bergaya, kejap2 pusing gini kejap2 pusing gitu... 


Fatehah, mama, kakak yg sulung, (mak Diana) 

Mama pun tak nak lepaskan peluang.. bergambar sama.
dari kiri Fatehah anak buah (anak arwah kakak yg kedua) 

Thursday, 20 September 2012

Eh Apa Encem Boy Mama Buat Tu?

Eh apa tu yang Khalish Rayyan buat tu... menyenget semacam jer... emm apa lagi, step yang seterusnya dah boleh meniarap... emm genap 3 bulan 3 minggu Rayyan dah boleh meniarap, Alhamdulillah, cepat pulak rasanya anak mama ni meniarap, caiyok -caiyok.. heheh maklomlah si kakaknya dulu bukan main lama baru leh meniarap makan bulan jugaklah, kalau tak salah dalam 6 bulan keatas rasanya... bila letak tu terlentang lah menguet pun tidak.. 


Tengok tu usaha susah payah nak meniarap pun... wah wah pusing lagi

Ha dah boleh, sampai nanges-nangeslah dia yer....


yeyey Khalish Rayyan dah boleh meniarap... 

p/s : rambut yg panjang telah mama dan abah gunting. sikit jer kat celah telinga tu.. dah mencecah lubang telingalah... 

Wednesday, 19 September 2012

Si Rambut Kerinting Makin Debablah..

Baru ni berkesempatan jumpa budak si rambut kerinting ni.... raya haritu tak bali minggu lepas baru balik, geram betullah dengan rambut dia... makin panjang rambutnya... Debab pulak tu... cerita ibunya kalau bab makan memang mengalahkan orang dewasa.... mau 4 ke 5  kali makannya ... alahai memang ibunya pun rajin masak... memang anaknya pun sukalah makan yer.... montel dahsi Diana ni.... siapa dia ni.. sepupu Dinalah... beza umuq setahun Diana dah 6 tahun..baru pra sekolah,
bijak budak ni... dah boleh membaca dengan lancar... huhu kalah Dina....
macam biasalah kalau dengar je lagu baru sekejap je dia boleh hafal... emmm siap lengok sekali... 
apa yang best maksu gewam tengok rambutnya yang memang kerinting habis, semula jadi... jom layan...
pada sesiapa yang gerun atau seram dilarang melihat....
rambut diana dulu 














Tuesday, 18 September 2012

Jom Mandi Kolam

Minggu lepas lepas gian ke kolam renang, teringin nak bawak anak2 berenang sambil-sambil mamanya pun buat kuak lentang sama. Godek sana sikit godek sini bagi basah sikit. hhehe best jugak... anak anak pun enjoy leh berenang.. hehehe pagi mandi kolam, petang balik kampung... minggu depan ingat nak mandi kolam lagi...







Dina dan Nena...emm depa ni memang berani

Mama pun join sekaki.. hehehe bawak Dania.. emm gayat tuh...



Friday, 14 September 2012

3 Sifat Kepujian Dina

Sekarang sejak mula bekerja, memang rasa masa amat2 terhad, jadual hidup berubah serta merta, hehehe, memang tak menyempat nak buat apa, masa yang ada hanya untuk anak2, nak BW memang tak menyempat hanya membalas jejak kawan2 yang datang singgah, itu pun belum berbalas walaupun yang datang 2 3 orang jer, baru je nak bukak blog baby Rayyan panggil mama, waktu tidurkan dia sambil menyusu kita pun lelap sama, heheh tu yang aktiviti membelog amat2 kurang. Harap maaf yer, kalau dah lama tak jenguk kawan2....dan terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah di blog ni yer..

Berbalik pada tajuk...
Sekarang Dina ada 3 sifat terpuji wah hahahaha  Alhamdulillah, nampaknya sekarang Dina kuat makan dan kurang minum susu hanya minum pagi dan malam.

Sebut pasal makan tadi, semalam abah dah beli sate dan young tau fu untuk makan malam, mama cadang nak masak malam tu untuk esok, nak masak pagi memang tak harap bangun awal, so bila dah masak ni (sambal sotong), dan bau menusuk hidung Cik Dina ni, apa lagi mintak nasi lah, mama kata mana mama masak nasi, mama cuma masak lauk ja, dia nak jugak makan nasi, so terpaksalah masak nasi malam2. Huhu menambah lagi ketiadaan masa mama. emm tak palah tuk anak, bila anak minta apa-apa ni, risau jugak kalau tak tunaikan. Bukan main lagi pesan kat mama, mama masak sikit sudahlah... emm yelah, So mama pun ajarlah dia basuh beras dan letak nasi... wah dah pandai masak nasi pulak dia..
Malam sebelum tu mama masak nasi goreng, siap pesan lagi "mama Dina nak makan banyak sikit tau" memang lepas dia habiskan satu pinggan dia mintak tambah lagi, siap jeling kat abah yang tambah ni takut abah habiskan nasi goreng tu hehe.

Kalau dah kuat makan kena rajin masaklah kan, sekarang ni kalau mama masak apa2 dia  pasti akan menjenguk di dapur, kali ni bukan tengok saja,dia nak tolong mama masak, bila mama petik je api dapur, terus dia cakap mama nak tolong mama, emmm kalau kita nak cepat memang rasa bantuan anak tak diperlukan, memandangkan dia amat2 bersungguh2, mama pun bagilah dia tolong sikit, contohnya tolong masukkan sayur ker, atau masukkan sotong, atau letak garam, gula.. dan kacau masakan dalam kuali.. emm satu lagi dia rajin basuh pinggan, tapi satu jer yang tak berkenan dia akan tumpahkan buih air sabun dalam bekas... habislah air sabun mama...

Satu kuat makan, dua rajin tolong mama masak dan ketiga............................ suka nyakat Dania lah.....
huhu penat mulut berleter.........  suka sangat bagi Dania nangesssss.. huhu sakit telinga mama ni...

So makanlah dia nasi pukul 9.30  malam... joom layannnnnnnnnnnnn


 
Dania pun tumpang sekaki..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (33) ResipiKu Zie (29) Birthday (26) Dina Taska Sekolah (26) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (23) Hadiah (21) Tazkirah (21) Aku dan kawan-kawan (20) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) Menang Contest (17) kursus (17) Kek (16) Kisah anak-anak (15) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Segmen (11) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) perkembangan Rayyan (10) Majlis (9) Rumahku Syurgaku (9) Shopping (9) Taman Lagenda (9) Baju Raya (8) Info (8) Pengantin Popular (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Rumah Baru (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers