Jumaat semalam balik kerja, hubby ajak makan kat luar.. mama tanya kat mana, dia kata kat De Pauh Garden.. emm kat mana macam tak pernah dengar... dia kata jomlah...
ok memandang baby tak mau keluar lagi, joomlah....
Tapi mama try search dulu tempat tu.. dah paham jalan baru kata kat abah ok...
dekat Petronas Permatang Pauh tu Abah kata kiri, mama kata kanan... emmm apa lah abah ni ajak mama tapi tak study betul2 jalan dia... sib baik mama cari jugak jalan dia...kalau tak tak jumpalah dibawak abah... hukhukhuk...
Bila sampai.. emmm hebat jugak restauran ni... memang ada kelaslah.. orang pun ramai gilezzz..
emm abah janji nak makan Ikan siakap so masa sampai dia nak ubah selera pulak.. mama kata no mama nak makan nasi jugak... so kami pun trylah Siakap Tiga Rasa ni wauuuu memang sedap....
siapa belum try memang rugi.... sedap memang tak yah cari tempat lain ...
kat sini pun dah terbaik...
Malam tu kami amik 3 jenis lauk jer.. maklumlah makan berdua jer... dina dan Dania bukan makan sangat...
tak termakan kami dek ikan yg memang besar ni...
Kerabu Sotong dan Tomyam...
Harga emmm RM 70.00 ikan saja dah RM 50.00
Standard dia lah kan makan berdua ni rasa rugi sket kalau makan ramai emmm memang rasa jimat... coz ikan yg besar ni boleh makan 5-6 org....
Harga kat sini rasanya memang lebih sedikit berbanding kat tempat lain...
coz harha air sirap bandung ni pun RM 1.80 huk huk...
Pelbagai menu ada disini Western nasi goreng Satey, burger, nasi lemak... dan banyak lagi....
Pastinya bila nak kesini lagi nak cuba yg lain pulak...
Ikan Siakap 3 Rasa ni memang sedaplah...
Jomlah ramai-ramai kat sini... Lokasi berhadapan dengan Politeknik Permatang Pauh..
















































