Siapa yang suka daging kambing angkat tangan..... saya lah tu.... dulu memang tak pernah sentuh danging kambing ni... sekarang sejak berumur 30 tahun baru berjinak2 dengan daging ni...
itupun gara2 bos dulu suka sangat kalau buat dinner atau ada bbq mesti ada daging ni...
so untuk tidak melepaskan peluang merasa keenakan daging ni.. cuba2 try..
ya Allah memang sedap dan terbaik......
sejak dari itu memang menjadi penggemar daging ni...
Ha kali ni nak makan satey kambing pulak.. biasalah dah lama hubby ajak tapi malas nak gi coz malam.. cakap dia hari biasa bolehlah kalau hari kerja malaslah nak berjalan jauh...
jauh ker? emmm bolehlah tahan... siapa yg pernah gi Bukit Merah tahulah gerai ni kat mana...
betul2 simpang keluar tol Bukit Merah... Gerai makan tepi jalan tu, sebelum naik ke Bukit Merah Lake Town Resort...
Dulu masa datang sini, malam tu perut lapaq hubby lah keluar cari makan tiba2 dia bawa balik satey ni.. emm sedap jugak.. sejak tu kalau kami nak makan satey kambing terus ja kesini...
malam sabtu haritu sampailah hajat kami nak makan satey ni.... mula tu oder sket je... pastu tak cukup oder lagi sepuloh.... emm boleh camtu...
Jom Rasa Satey ni... sedap..
Dina pun tak melepaskan peluang merasa keenakan daging kambing..
Dania pun sama... bukan main lagi gigit satey tu....
Tambah lagi sepuluh..
hehehe
kalau tak silap daging rusa pun ada jugak kat sini...tapi tak sedaplah...
Satu je yg tak best kat sini,,, kita dok syok makan,, nyamuk kat bawah dok gigit hisap darah kita plak...
aduhh gatallah... nyamuk tiruk plak tu...
Adoiyaii.
Jom tengok Khasiat Daging Kambing ni
Khasiat dan kelebihan daging kambing
Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaek!
Kelebihan Daging Kambing
![]() |
| Senyum Kambing |
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Baca lagi kat sini
ihsan































