Thursday, 29 March 2012

Dividen Bank Rakyat 20%



(BANK RAKYAT) UMUM DIVIDEN 20 PERATUS UNTUK PARA PELABUR Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. Pengagihan itu melibatkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM301.9 peratus kepada RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.


p/s : adalah buat plaburan tahun lepas yang RM 500 tu... emm agaknya bila boleh nak tambah yer?..

         yg untung my hubby lah RM ++++  leh tumpang... tumpang tengok... hehehehe

Mesin Jahit Baru

Hari Sabtu lepas ajak abah gi Kulim saja nak gi pasar pagi dia.. dah selesai gi pasar tu... abah ajak gi makan kebetulan dah tghari pun... lalu depan kedai mesin jahit tetiba abah stop depan kedai tu. Kami pun masuklah. dengan seronoknya tengok mesin yg dijual kat situ emmm bestnya macam2 Harga ada. mahal murah semua ada... yang paling bestnya Zie tak plan pun nak servey ke beli ke apa ker... dah abah berhenti ...runding punya runding tetiba abah nak beli, katanya kesian tengok mama dengan mesin yg lama tu bila nak jahit jer ada jer yg tak kena...

Yang paling rasa ralatnya Zie ni bukanlah pandai sangat nak menjahit, jahit lurus tu bolehlah,, tu pun jangan ada hati nak beli mesin jahit tepi, emmm mengalahkan org amik tempahanlah pulak.. buat malu jer kat tokey kedai tu... promote yg mahal2 alih2 amik yg ni jer... apa2 jelah janji leh jahit dengan selesa...tanpa sebarang leteran bila ada masalah.. hehehe

Apapun kata orang bila benda dah ada pandailah nak mereka apa2 kan? Setakat sehelai dua baju kurung anak2 tu bolehlah.. walaupun senget benget.  hehehe..

 Demo jahitan oleh amoi kat kedai tu
 Berkenan yg ni tapi tak berbaloi setakat nak jahit sepasang dua... tak gitu?

Wednesday, 28 March 2012

Jom Pekena Laksa Teluk Kechai @ Kuala kedah






 Ahad lepas tetiba dapat call dari mak mertua bagitau tok wan tenat.. so tanpa berlengah lagi terus packing baju balik Ayer Itam Kedah... tetiba lalu jalan Kuala Kedah so apa lagi singgah lah dulu isi perut masa tu dah kul 1-30 petang... pagi tadi dah makan nasi so tgh
hari lehlah makan laksa... emmm best sangat laksa Teluk Kechai Zakaria ni... dari dulu sampai la memang rasa yang terbaik..




Dania hanya makan telur rebus jer sampai 2 biji.. emmm...

Dina lak baru bangun tidur, suruh makans  laksa hampir separuh pinggan jugak dia makan.. yg kat atas tu pinggan kosong baru nak buh laksa kat dia.. maklumlah makan laksa semata sayur tak mau so kenalah kelas dulu baru buh kat pinggan dia..


Antara Penyedap laksa teluk Kechai ha ni lah dia sambal nyiur yg best dan sayur daun samak. memang lain dari yg lain..

Korang pernah rasa ker? kalau belum bila nak ke langkawi pastikan anda singgah disini dulu yer...
Tak rugi mencuba, best sangat...

Friday, 23 March 2012

Kata2 Hikmah

‘Waspadalah dengan iman yang bisa menukar dirinya menjadi harta, yang kemudian menjauhkanmu dari fakir, yang kemudian menjauhkanmu dari syurga, dan yang kemudian menjauhkanmu dari tuhanmu..’


Thursday, 22 March 2012

Tiba-tiba Ternampak Buah ni

Tengahari tadi jalan balik dari gi makan, 
tiba2 ternampak pokok buah letup ni...
yahooo... tiap2 hari dok lalu tak pernah nampak, tiba2 hari ni lalu boleh terpandang. 
emm tak sangka dalam kawasan ofis ku ni ada terselit pokok ni itupun dikawasan rimbunan pokok hiasan apa nama tah.. pokok palm kot hehehe.. 
nampak sangat macam tak ada orang nak membersihkan kawasan di sekeliling pokok palm tu.. 
itu yang boleh pokok letup2 ni tumbuh nih..
emmm  jawapannya memang pun . hehheeh

emm agak2 kan sempat ke nak makan buah ni bila masak..? Agak2 dia amik masa lagi berapa hari nak masak yek?

Takut orang lain rembat dulu huk huk...
Maklumlah ramai jugak orang yang lalu lalang...
mudahan ada rezeki ku hehehe, kalau tak maka kempunanlah ibu mengandung ni.. 



Kalau tak silap Sis Tihara pernah buat entry pasal buah ni kan?
dan seorang lagi siapa yek lupalah..

p/s : Member ofis suruh Zie letakan note kat pokok tu sampai dia masak.. 
Dilarang Memetik buah Ini..
hehehe ada betoi gak.. hehehe

Wednesday, 21 March 2012

WW: Sama Tapi Tak Serupa

Ha siapa yg suka pakaikan ank2 baju yg sama macam ni?
kunun nak anak kembar tak dapat, 
dapat pakaikan anak2 sedondon macam ni pun jadilah..
heheh 
layan








Susah betul nak ambil gambar 2 beradik ni duk elok2.. ni jer yg dapat disnap...

P/s : Hari tu gi Ipoh tertinggal charger bateri kamera kat sana. so sekarang ni snap guna HP jerlah..
huk huk kameraku berhabuk situlah.



Tuesday, 20 March 2012

Garangnya Dania

Ahad lepas teman anak2 taman alhamdulillah cuaca petang tu elok jer... kalau tak gas bethujan ... emm sukanya bukan kepalang... bukan main lagi si Dania dengan aksinya...
Cergas betul dia lari sana sini.. mula sampai tu tak ramai, sukalah kejap sana kejap sini...
Pas beberapa minit da beberapa orang anak Cina datang nak main sama, tiba2 dengar suara Dania marah budak2 tu, amboi mak garangnya anak mama ni.. tak boleh kongsi mainan nih... 
hai..buat malu jer.. 
mama terus bagitau abah suruh dia tengokkan Dania jap takut masa dia dok marah (marah cara dialah cakap Jerman) tu budak tu sekeh plak si Dania ni mau tak naya.. abah pun laranglah Dania dari marahkan budak tu...Dania pun ok jer pastu di main gelungsur tunaik ikut tangga , bila terserempak budak C tu dia marah lagi...
hai tak boleh jadi ni....
terus abah ajak Dania naik buai.. emm lega sket..
Tapi kenapalah anak mama ni garang sangat ha? Naper tak nak main dengan kawan2? abih cam nalah Dania kat Taska?..
 emm nanti kena risik dengan cikgu ni...
























P/S : emm sekarang ni kalau berkelahi dengan kakak dia yg menang pastu siap gi depan kakak marah kakak sambil tangan tunjuk kakak ( konon berleterlah)

Kalau kita gomol dia cium dia lama2 nanti dia akan kata ee geram ai.. 
emmm ajuk mama lah mama suka kata kat dia macam tu...

Kalau mama depa tangan dan merengek adik peluk mama, 
dengan segera dia datang sambil tangan depa jugak.

Merajuk no satu, merajuk buat2 nagesss dan muka macam budak nangesss tapi sengaja dibuat2. 
agar kita amik perhatian.. sok sek sok sek.. sedih sangat lah tu. 

Apapun anak mama jugak..

Monday, 19 March 2012

Perkena Charkoteaw


 

Salam Pagi Isnin, kembali bertugas seperti biasa, selesaikan apa yg tertangguh minggu lepas. Emm bukan sesaja nak tangguh tapi masa tak mengizinkan,

Hujung minggu lepas kami tak pergi kemana masih duduk rumah melayan karenah anak2.
Cuma yg ni tak terjangka pun.. tiba2 hubby ajak gi taman mainan saja bawak anak2, lepas gi taman kami terus gi perkena charkoteaw, kat mana lagi tempat biasalah.. Adam Charkoteaw @ Permatang Pauh


Kali ni upload semua gambar tanpa edit.. heheh dah tengah malam maleh nak edit.


Layan jerlah yer..












Mama Dina nak Oder Charkoteaw satu tanpa sayur.


Minum apa yer..

Ha nak air Pink tu...



Ha nilah air Pink Dina. hehehe air Bandung...


emm sedap..









Dania pulak buat apa?... emm dia minum Vitagen 2 botol. hehehe





Ha nilah charkoteaw Dina coz tak ada sayur... 
senang nak makan...


Ni pulak yg mama lah.. hehehe layanzzzz

Dania kutip udang jer...
Habis udang mama

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (27) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (22) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Hiburan (10) Pengantin Popular (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) Majlis (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Family Day (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) Dinner (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) anak buah (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers