Wednesday, 29 February 2012

Chek List Keperluan Baby


Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru anak pertama. 
Ibu anak kedua ketiga pun boleh baca.. kot kot dah lupa leh imbas kembali 


Barang-barang yang diperlukan oleh baby:
  • Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)- 10 - 15 pasang dah memadai untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau tempat yang panas.
  • Lampin-10 helai dah cukup sebab baby sekarang pakai pampers pakai buang.
  • Pampers-beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir..
  • Pelapik getah utk tukar lampin.beli pelapik yang ringan..senang nak angkat..
  • Kelambu baby untuk elak dari nyamuk dan atuk nyamuk dari gigit..
  • Tilam baby-kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  • Wet tissue-penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  • Tisu kena banyak…
  • Barut Baby –elak kembung perut…ada kat kedai
  • Stoking tangan n kaki baby-penting sebab kuku baby panjang nanti cakar muka dia.kaki pun sama..tapi kaki tak lah sampai cakar muka..hehe
  • Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  • Kain selimut baby-waktu malam
  • Jemuran bulat-senang sidai pakaian yang dibasuh
  • Tong sampah-buang pampers+wet tissue dsb..
  • Botol susu kecik..
  • Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat supermarket ada.
  • Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby.sabun basuh keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  • Cotton bud baby
  • Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  • Minyak bayi utk sapu pada perut baby Minyat TYT / Yu Yee / Telon
  • Mandian, losen., syampu,bedak..
  • Apa-apa yang difikirkan perlu



Perkara yang perlu dibawa masa ke hospital utk lahirkan anak:
  • Kad mengandung, IC, GL
  • Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
  • Lampin sekurangnya 2 helai
  • Kain tuala 2 helai
  • Wet tissue sebab kena sapu najis baby…
  • Tisu kotak
  • Air selusuh or mineral water
  • Pad ibu kena banyak..
  • Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
  • Selipar Jepun’
  • Sapu tangan baby
  • Gelas atau cawan nak minum air
  • Plastik sampah..kot-kot nak letak baju kotor..
  • Stokin mak
  • Pampers- 5 keping
  • Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat
  • Apa apa makanan biskut kering atau roti.. lepas bersalin mesti lapar giler
  • Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby.
p/s ada lagi ker yang tertinggal?

WW : Sarapan Peknga


Jom Sarapan Peknga Pagi ni...
Peknga : Cucur Tempek Nyok
Cicah Kuah Kari Ikan
dan Gula...
Sekali cuba Pasti nak lagi...

Senyum Manis dan Senyum Galak


Eemm tengoklah senyuman anak2 ku ini.. memang berbeza,
yang sorang control manis dan ayu gitu..
yang sorang lagi ala2 galaks... bila disuruhnya senyum...
dia senyum sampai nampak semua gigi yg ada... tahulah gigi dia tajam...
nak tunjuk taring plak.

Walaupun berbeza, namun dua2 anak mama dan abah...
sayang kedua2nya melebihi segalanya...
Kerana senyuman anda berdua yang mampu mengubat segalanya...

senyumlah anak2 ku kerana senyumanmu itu,
adalah penawar segala duka mama dan abah..

Senyumlah anak2 ku kerana suatu hari nanti pasti mama
akan merindui saat kamu tersenyum begini..

walaupun kau senyum begitu,
senyuman itu adalah untuk mama yg selalu snap gambar kamu

berbeza senyuman tapi manis tu tetap ada..
ratu dan tetap menjadi juara dihati mama


kerana kamu berdua, penyeri , dan pelengkap hidup mama dan abah.

Senyuman unik ini khas untuk mama dan abah...
Memang dari baby senyumanmu begini..
eee buat mama geram jer..

Luv u..

jumpa lagi disenyuman akan datang

mungkin lebih manis dari kakak...

Lirik lagu Hafiz & wani
Senyumlah, sayang senyumlah
Jangan kau bersedih, sedih selalu
Kerana ada hikmat di sebalik setiap yang berlaku
Ohh senyumlah sayang senyumlah
Jangan kau bersedih, sedih selalu
Kerana ada hikmat di sebalik setiap sesuatu yang berlaku
Senyumlah selalu
Senyumlah selalu
Senyumlah selalu


Tuesday, 28 February 2012

Rezeki Akhir Februari Menang Beg Angry Bird





Alhamdulillah masih ada sisa kemenangan join GA ni... kali ni dapat beg.. yang cute kat atas tu.. emmm kalau dapat kat kakak ni mesti best giler... (tapi mama baru je beli beg utk dina sabtu lepas)...
emm maksudnya rezeki Adik ni... mama bagi adik lah...

nak tengok siapa yg bertuah dapat hadiah utama klik bawah ni...
tahniah pada kawan2 yang lain...


Terima kasih pada TINTA COMELLOTE kerana mengadakan GA yg best ni...

Ni entry penyertaan haritu...


Terima Kasih daun keladi,..

Monday, 27 February 2012

Persandingan Lisasurihani dan Yusri

Sekadar untuk koleksi peribadi... nak jugak share kan gambar Yusri dan Lisa ni.. 
sama cantik sam padan...
meletoplah... apapun semoga berbahagia





pose Istimewa untuk peminat...
memang terbaikkk..

Khabar Dari Dalam


Alhamdulillah semalam gi scan dr kata baby kat dalam sihat walafiat, mudahan sihat sampai keluar dan besar nanti...Jantina emm sama seperti Zie scan minggu ke 9 hari tu... masih sama tiada yang berubah.. Insyallah.. apapaun, pergi chekup minggu lepas misi cakap berat zie naik 0.8 kg maksudnya terlebih...sebulan dia nak naik 2 kg je ni terlajar 2.8 kg.. haha...
manalah leh nak kawal berat kan time pregnent macam ni, kalau lalu makan tak lalu tak makan...
kalau kenyang memang dah tak leh makan, kang muntah pulak...
apapun janji baby lam perut sihat..
berat dia 1.068 kg dalam 26 minggu...
ada lagi 3 bulan emm harap tu tak terlebih besar yer... biar besar Dania udah lah

Dina dan Dania dulu pun memang besar jugak..
3.67 emmm jenuh nak meneran..

sekejap je kan rasanya... bedebar dan tak sabar pun ada..
mudahan segalanya selamat..je perut 
dapat bezakan baby kali ni aktif, asyik menendang je perut mama ni.. habis pecah...
Tak sabar nak cium bau baby nanti...

p/s tahniah kepada kawan sepejabat Razipah yang telah selamat melahirkan bayi lelaki...
mudahan baby cepat keluar dari spital kerana lahir 7 bulan beratnya pulak 1.22kg.. emm memag kecil sangat..  mudahan baby dia cepat besar, dan boleh pulang bersama ibu...
Sedihkan bila melahirkan baby pulak kena tahan wad... semoga Ipah sabar menghadapinya..

Sunday, 26 February 2012

Proton Tuah Ganti Proton Persona

Cantik bergaya... Hebat gambar Proton Tuah yang bakal menggantikan Persona.. emm cantik jugak yer..
sib baik dah beli kereta baru kalau tengah mencari2 kereta mau dirembatnya proton Tuah ni...
dua kali pandang macam Vioslah pulak..
apapun tahniah..


Siapa yg belum beli kereta rasanya ini pilihan terbaikkk...

Makan Tengahari Kari kepla Ikan








Menu utama hari ini kari kepala ikan.. umm yum yum jom makan... 
baru habis memasak tunggu nak makan jer..... 
lauk sampingn ikan goreng bersama sambal belacan...
itu pun dah membuka selera ini...
ekceli semalam dah buat,, hubby kata sedap, hari ni dia pi cari lagi kepala ikan, 
dan suruh mama masak lagi...Dina pun suka makan kari dengan kicap,
 bertambahlah pulak mek sorang ni..


Gambar Nikah Anna Raffali Dan Suami

Tahniah diucapkan kepada Anna Rafali yang telah selamat menjadi isteri kepada Ahmad Aznaim...
Tahniah diucapkan..semoga kekal keanak cucu..
manis betul Anna, dengan baju kaler Kelabu ni.. suka sangat...........




Kredit to Oh Bulan..

Saturday, 25 February 2012

Sesi Membeli Keperluan Baby Baru

Aduh penat sungguh hari ni, tadi masa masak emmm rasa macam nak pitam... mungkin tak tahan bila badan berpeluh... ye lah duk kat dapur, memasak bukannya dok releks kan.. emmm sib baik dapat kawal, lepas dah masak, masuk bilik dodoikan si Dania, sekali ngan mama terlelap, lepas tu baru bangun makan, lepas makan baru lega sket.
Lepas je zuhur, kami semua keluar mula2 gi klinik nak intai baby kat dalam, alhamdulillah sihat dan masih tak bertukar, baru rasa lega sket, lehlah buat persiapan seterusnya, iaitu acara membeli baju..

Lepas gi klinik gi Pekan Parit Buntar, belikan beg si Dina dan kasut, ni  gara2 nak tiru kawan2,  kawan2 ada beg itu dia pun nak, ada kasut ini dia pun nak.. emmm memandangkan mula sekolah haritu beum beli lagi mama pun oklah jom beli,

Lepas balik dari Parit Buntar terus ke Tesco Sbrg Jaya rembat susu anak2 dan Pampers...

Lepas gi Tesco, mama ajak abah singgah Jusco pulak, coz nak beli seluar pregnent, ala seluar yg besar kat perut tu, emm rembatlah sehelai.. pastu abah ajak tengok baju baby, emm naiklah atas, tengok2 ada baby fair... alang2 dah jumpa so mama rembat je lah 5 pasang baju dan 2 helai tuala tuk baby.. oklah harganya..
baju pun untuk baby cutelah, tapi masa membeli ni, mata ni masih berkenan dengan design baju baby girl lagi...
dok nampak skirtdan ropol2 lagi... hahaha tulahkan baby girl ni lebih menarik perhatian nak membeli..

Apapun kali ni kita tukar corak pembelian lah pulak... coz yang lam perut ni dah kompom bebirt.. emm Alhamdulillah, ada jugak rezeki beranak Lelaki...

p/s Emm Tadi gilah merayau tengok tudung Nur Kasih (bukan saiz s & m) kat tesco harga lagi mahal dari Pasar kemboja semalam, harga pasar kemboja 45 harga tesco kat kiosk tu 65.. emm baik beli kat pasar kemboja..corak dan design sama tapi harga lain2.. selagi boleh buat pilihan, baik pilih betul2.

Jom Sarapan Roti Susu

Saturday come again. 

Good morning everyone, and happy weekend!



Emm apan nak buat hari ni yer?.. Cadangnya tu nak buat macam2 tapi tak tahu lah larat ke tidak..


Ingat mula tu nak gi  scan baby lam perut ni dulu... pastu nak gi beli barang apa yg patut... mungkin tuk baby 


ni..


Tiba2 en suami bawak balik ikan mentah dan barang2 masak, alamak.. emm kena masak dululah jawabnya... 


lepas masak surelah penat.. camner nak kluar?  emmm ..


apapun pagi2 ni nak sarapan dulu perut dah berbunyi ni.. baby pun dah lapar dah ni... jom... macam biasa roti 


canai cicah susu... emm yum yummm





Friday, 24 February 2012

Tudung Saiz S & M

Salam Juamaat sekadar melepaskan geram hari ni,,
 break tadi Zie, Husna dan Kak Sue gi Pasar Kemboja kat Parit Buntar... 
Kat situ tempat orang borong kain baju dan tudung untuk buat meniaga, kami2 ni pergi bukanlah nak borong sakan.. sekadar nak beli pakai sehelai dua ja
Tapi yang geramnya saiz tudung yang ada kat pasaran ni kenapalah pendek2 dan singkat? 
semuanya saiz s & m
kesianlah kat kami ni yg inginkan saiz L, maksudnya biarlah labuh sikit melepasi dada dan bahu.. 
ini tak bila kita try mesti atas bahu dan tidak menutupi dada.. 
aduh rasa frust sangat, yelah yang kita berkenan susah nak ada,,

kalau saiz L pun kadang tu semuanya stail lama ataupun corak yg kurang menarik...

Saiz M tu bukan tak leh pakai, cuma berada betul2 paras dada dan terangkat kat bahu ,, seganlah kita ni nak pakai macam tu gi opis,.. kalau boleh nak jugak yg terkini dan menutupi apa yg kena tutup... 


p/s : nak jugak bertukar feyen tudung, tapi kalau terhad macam ni.. 
emm alamatnya, ketinggalan zamanlah jawabnya..

Doa Amalan Ketika Mengandung


Salam Jumaat semoga hari2 kita dipenuhi dengan bunga2 cinta bersulam keimanan...
terlanjur sedang berbadan dua ni saja nak sharekan amalan doa ketika mengandung, mudahan bermanfaat untuk kita semua...
Mudahan dapat dikongsikan bersama
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…

Thursday, 23 February 2012

Gambar Penikahan Lisasurihani dan Yusri


Nak jugak ucap tahniah kepada Lisasurihani dan Yusri...
Sama cantik dan sama padan...
mudahan kekal ke anak cucu..
cepat2 dapat anak yer..





Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.
Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

Busana baju kurung moden Lisa  adalah rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.
Hantaran ada lagu The Beatles
Hantaran berupa 9 dulang daripada pihak perempuan iaitu,  tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone.
Manakala 7 dulang daripada pihak lelaki pula berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila.
Majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.
Lisa dan Yusry berbulan madu di mana?
Pasangan ini dijadualkan akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi.
Kredit to : Oh Bulan..& Rotikaya & Beutifulnara

Heliza AF @ Jawi Penang

Emm bertuahlah badan tak payah nak bersesak2 nak bergambar dengan retis ni kan..
 emm lapang jer...
Ni semua kerana Konsultant Amin Idris yg telah menjemput Heliza Af ni khas untuk satu slot dalam ceramah Kursus Magnet Pentas yg diadakan di ILKM Jawi ni... 21-23 Feb 2012
Kursus ni utk Guru2...
Credit utk Kak Zarina... kerana buat kursus ni kat sini,, kalau buat kat hotel tak berpeluanglah kami2 ni bergambar dengan Heliza... 2 hari dia kat sini...so sweeat jer Heliza ni....

Suka kat mata dia, alamak sedondon lah plak...



Kecil molek betul Heliza ni... kami ni bahagi 2 dgn dia..hehehe


ni hari kedua waktu Lunch .. kami kat Paya Serai Banquet Hall...

Terselit sekeping gambar hari pertama dia tiba .. hehehe


Lepas makan ada satu slot yang di sampaikan oleh Heliza... kami2 yg kat opis ni walaupun tiada nama dalam list Kursus tu pun tu pun turut tumpang sekaki kat dalam Kursus tu..
jom tengok aksi Heliza menyampaikan slotny itu..






Tak kering gusi kami dibuatnya memang best... oklah... bijak menarik perhatian peserta kat dalam kelas ni..
last sekali dia menyampaikan sebuah lagu yg dipopularkan oleh Ella...
standing in the eyes of the world

nilah Amin Idris...

Jom ke Fan Page dia


Amin Idris

Promote sket... 

P/s : oo rupanya ramai lagi staf yg bergambar yer... emmm bukan main lagi... tu pun sorok2 yer...
 emm rahsia dah pecah... sukanya

Sian plak Dina nak tengok Heliza ( cikgu Shuhada) Filem Syurga Cinta...
Suka sangat dia tengok Filem ni berulang kali... Bila mama kata mama jumpa cikgu Shu terus dia tanya Awal dan Ikmal... emmm ingat betul dia...ingat ptg semalam nk wak Dina jumpalah.. rupanya Heliza balik jam 5 ptg tu jugak.. emm sianlah pulak...tak palah tengok gambar mama dan Heliza udah lah yer...

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (26) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (22) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) Hiburan (10) Pengantin Popular (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) perkembangan Rayyan (10) Majlis (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) anak buah (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers