Tuesday, 19 June 2012

Dania Kembali Ceria

Alhamdulillah, dari minggu lepas lagi Dania balik ke rumah, hari Khamis, walaupun masa tu baru je kering 
biji campak tu, kebetulan haritu mak dan ayah datang dari kampung nak tengok Dania, so suruh abah bawak Dania balik sat, ayah buatkan air ubat dan bedak untuk Dania.. petang tu mama mandikan dan bedakkan dia, sekarang ni cuma tinggal kesan biji tu saja.. emm bila kesan tu nak hilang pulak yer?emm sabar jelah
so malam tu Dania terus tidur kat rumah... 

Emm Dania kembali ceria, dengan celotehnya yang kadang paham kadang mama buat2 paham heheh
Dania dah tak merajuk dengan mama kan?
dia semakin sayang baby lagi ada, 
kalau ada orang datang nak tengok baby dia mesti mengadu kat mama 
ayat dia lebih kurang cam nilah
"Mama tengok ni, dia acau baby..."
hehehe.. bukan takat orang lain yang dia marah kakak dan abah pun dia akan marah kalau dok pi sayang baby..
satu lagi Dania ni perihatin sungguh, kalau baby jaga dan bunyi sket, la la tu dia panggil mama
"Mama baby keriau..."
kalau mama buat-buat tak tahu je lagi dia panggil mama..




 

Emm sekarang asyik nak kendong baby bear... konon tu baby dia lah...
sekarang ni bercuti dari ke Taska 3 bulan, teman mama duk rumah yer...


p/s : mama gembira Dania dah pulih, memang tak dapat bayangkan masa dia sakit haritu, dengan tak senyum, asyik nak marah jer..dan tak bangun, kesian tengok. Apapun terima kasih kat Makngah yang telah banyak bersabar dengan karenah Dania haritu...


10 comments:

Kakzakie said...

Betul kan kakak kata Zie... mula-mula dia jeles tapi bila dah nampak/jumpa selalu kasih-sayang dia kalah org lain. Kalau boleh adik dia tu dia punya sendiri. Org lain tak boleh kacau.

Cutelah Dania. Suka tengok dia sengih.:)

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... kira ada hikmah jugaklah dia berjauhan sblm ni akibat campak tu kn...

Jaa said...

alhamdulillah, dania dah kembalik sihat... tak lama lagi, adik plak la yang dia nak dukung..hehe

cinnamon.com said...

alhamdulillah..kitalah paling seronok bila tgok anak-anak sehat..kalau boleh sakit tu..bagi dkt kita aje kan..

Ummi Iman said...

Alhamdulillah dah sembuh dah Dania. Biasa bdk perempuan mcm tu kan. Bila tgk mama dia ada baby dia pun nk baby juga :) baguslah ada ciri2 keibuan ;)

Wanieys said...

alhamdulillah dania dh sihat...lega kan bila tengok anak dh ceria dan kembali aktif :))

Zie said...

@Kakzakie heheh betul tu sis...
tapi dia tak kacau baby kalau baby tidur, dia main sendiri ja..

Zie said...

@cinnamon.com betul tu kalau boleh biar kita yg sakit..

fieda said...

alhamdulillah dh sihat dah..

izan mama mia said...

eheheeh...cerianyer dia...comel lor..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers