Saturday, 31 December 2011

Selamat Hari Lahir Nur Dania Zahira ke 2












Mama ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiranmu yang Ke 2 Tahun... pada 24 2011
lagi 5 hari kamu melangkah ke 3 tahun (kalau ikut tahunlah)

apapun tahun depan nak gi Taska semoga anak mama cepat berlajar yer

Sayang Dania Selalu









Hari terakhir Dina Kat Taska

Kelmarin adalah hari terakhir Dina hadir ke Taska Permata Sungai kechil... 
kemudian ada sedikit jamuan perpisahan oleh guru-guru kat sana, 
dan jemputan adalah ibu dan bapa pelajar. Mama dan abah tak melepaskan peluang untuk hadir.. nilah antara gelagat Dina dan kawan-kawan masa haritu....

Sedikit cenderahati dan Sijil penyertaan oleh Cikgu 
Dina punya
Mama pun ada.. hehehe
Ni Abah punya








Tengoklah tu gelagat anak-anak permata ni dengan sebiji kek... seperti selalu bila ada kek memang dah tak berganjaklah depa ni...selagi tak boleh jamah... di kelilingi meja tu...



Aksi anak mama yang malu-malu kuching bila bergambar... 
Cute jer... bikin mama geram...





Thursday, 29 December 2011

Dapat Baby Kembar Seiras...

Bertuahnya kalau dapat baby kembar seiras macam ni.... 
minggu lepas aku balik kampung ada kenduri kat rumah jiran lama, 
so dah lepas kekenduri singgah pulak kerumah anak tuan rumah kenduri ni iaitu Kak Nani... 
Kak aku cakap dia bersalin anak kembar... aku pun singgah lah kejap, sambil lalu jalan kaki jer... 
Emm sungguh comel dengan bayi kembar dia.... masa aku ziarah tu baru 14 hari... tapi masih kecil aku tak berani nak angkat maklumlah aku kalau baby sendiri 3.6 lebih ni anak orang 2.+ + tak berani lah terasa kecil sangat baby tu.... so aku snap je lah pic diaorang....
Jom layan...


Yang depan tu si kakak... yang belakang tu adik


kakak besar sikit si adik kecil sikit lagilah tak berani


wajah mulus bayi kecil yang chumil





3 pic kat atas ni gambar si adik


yang adik ni baru keluar wad coz "kuning" kulit pun terbakar dek sinaran lampu


Ni pic kakak

P/s : kalau aku dapat baby kembar akibat kelam kabutlah kehidupan harian... komfirm berubah... heheheh apapun memang teringin baby kembar... tapi dah nak 3 orang anak ni pakai harapan jerlah...

Wednesday, 28 December 2011

Hajat Nak Makan Somtam..........Tercapai.

Jumaat Lepas singgah Tesco Seberang Jaya.. tak sangka terjumpa kedai ni yang jual makanan siam... apalagi serbulah... tak kiralah perut dah kenyang ke blum aku oder somtam jer.. memang melekatlah... kecur air liur bila mengenangkannya... maunya every seek pergi nih... mana tahan dengan masam pedasnya... melelah...

Dulu ada kat Tesco Alma tapi sekarang dah tak ada lah... kalau tak dekatlah sikit,...
Apapun bestlah...
Somtam

Bihun TomYam
Balik dari kampung kami singgah sini lagi kali ni aku oder somtam lagi dan bihun tomyam
Bihun ni kureng best sket... macam kat Tesco Alma tu lagi best tapi mana nak cari yang pekat pedas macam tu?.... Pergi Siam pun belum tentu jumpa.... wa wa wa....

Mari Berlajar Gosok Gigi


Sebenarnya mama baru dapat copy semua aktiviti Irdina masa katTaska... 
so bila dikumpul banyak-banyak... ingat nak buat beberapa entry khas untuk tatapan anakku nanti.. 
lehlah dia imbas kembali detik indah waktu bersama rakan-rakan kat Taska Permata Sungai Kecil... maklumlah tahun ni tahun last, tahun depan masuk taska lain plak. coz Dina dah nak masuk 5 tahun

Jom layanzzzzzzzzzzzzzz.




Macam ni yer gosok anak-anak... kanak-kanak Taska Permata 3 Tahun mendengar Kakak Misi terang cara-nak gosok gigi dengan betul.....


Gosok jangan tak gosok..



Macam ni pulak...

 

Dah siap kenalah kumur yer..

Ha ni geng kanak-kanak 4 tahun termasuklah Dina... Pandai dah gosok gigi... 
Alhamdulillah setakat sekarang gigi masih elok.... 



Bukak mulut luas-luas... misi nak tengeok ada ulat ke tak?


 

 Seronok kalau disuruh bergambar.... emmm



Misi dah nak balik jom salam...

Nak tengok Aktiviti Irdina Lagi Klik SINI

Tuesday, 27 December 2011

Terlanggar Burung Merpati


Tah macam mana tadi on the way balik dari membeli makan tgahari, burung tu landing betul-betul depan kereta yg kupandu laju... dengarlah bunyi aku langgar tu tapi kusangka dia berlalu pergi.. bila dah sampai ofis tengok-tengok burung tu masih ada dalam kereta aku... nak keluarkan dia agak sukar coz lubang-lunag angin kereta tu kecil... tetapi atas usaha Mohd Shahril dan Shuaib telah berjaya mengeluarkan burung Merpati itu... emm kesian... mudahan burung tu cepat sembuh...
Ayat kat atas aku Copy kat FB dah malas nak taip...
hehe








Usaha menyelamat dilakukan...


ha dah keluar pun...





berni plak Husna ni pegang burung ni...




Nilah keadaan burung setelah dirawat oleh Nurul Husna...

Mudahan cepat sembuh...
Maafkan aku yer burung Merpati... 
Aku tak sengaja... 



Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (33) ResipiKu Zie (29) Birthday (26) Dina Taska Sekolah (26) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (23) Hadiah (21) Tazkirah (21) Aku dan kawan-kawan (20) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) Menang Contest (17) kursus (17) Kek (16) Kisah anak-anak (15) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Segmen (11) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) perkembangan Rayyan (10) Majlis (9) Rumahku Syurgaku (9) Shopping (9) Taman Lagenda (9) Baju Raya (8) Info (8) Pengantin Popular (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Rumah Baru (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers